Tengku Raykal ' s POV
Beberapa hari yang lalu ..
Pada petang yang sunyi , aku duduk di atas bangku halaman rumah .
Bosan betul , agaknya apa yang Alysha tengah buat eh . Nak mesej dia la . Telefon pintar jenama Apple yang berada di atas meja kopi dicapai .
Aku terdengar bunyi enjin kereta berhenti di hadapan rumah . Kereta mummy dan daddy . Eh , belakang tu kereta siapa pulak .
Mummy dan daddy keluar dari kereta . Aku menyalami tangan kedua - dua ibu bapaku .
" Daddy nak kenalkan kat kamu ni , Sophia , anak kawan daddy . Ingat tak waktu korang kecik - kecik dulu main sama- sama . Waktu rumah lama kat Kajang " , seloroh daddy sambil memperkenalkan , Sophia kepadaku .
Gadis yang berkulit putih mulus , rambutnya ikal mayang berwarna coklat keperangan dan memakai kaca mata bulat berwarna hitam . Comel .
Hmm.. Sophia ? Asal macam tak pernah ingat . Aku cuma memberikan senyuman manis kepadanya . Sejak bertemu dengan Alysha aku dah pandai hormat perempuan . Bukan muhrim , tak boleh salam. Takpe, slow -slow aku belajar agama.
Sophia membalas senyumanku .
" Alah , kamu ni Raykal takkan tak ingat kot , yang dulu kamu panggil Sof tu apa . Main anak patung Barbie dengan Ken " , kata mummy .
Laa.. Sof ? Dulu selalu aku ejeknya sofa . Malas nak panggil jadi panggil sofa la .
" Ohh ha.. sof rupanya " , ujarku sambil menggaru belakang kepala . Ingat la sikit - sikit . Memori 4 tahun , mana la nak ingat sangat .
" Ha jom la masuk " , pelawa aku .
Pembantu rumah aku menyediakan air blackcurrant dan puding roti . Aku menyuakan pinggan ke arah ibu bapaku dan Sophia . Aihh , janggal rasanya .
" Um , Raykal dulu kita rapat kan . Ingat lagi Sof waktu tu nangis - nangis sbb Raykal cabut tangan patung Barbie Sof ", kata Sophia mesra kemudian dia menjamah puding roti .
" Haah ann , daddy kita pindah sini bila eh " . Bukan aku hilang ingatan , tapi memang aku tak ingat .
" Kita pindah waktu Ray umur 8 tahun sebab kan daddy ada urusan di sini "
" Ohh haa "
" Ni daddy datang ni pun ada sebab , ayah Sophia , kawan daddy ni bersepakat nak satukan kamu berdua "
Haa..apa yang aku dengar ni . Habis , Alysha cemana pulak . Aku tak suka betulla jenis dah main rancang - rancang ni . Biarla aku pilih sendiri . Baru 16 tahun kot . Jangan- jangan , ada kena mengena dengan share syarikat .
Aku menghela nafas .
" Mummy setuju sangat Ray , waktu dulu mummy memang suka sangat tengok kamu berdua rapat . Sophia ni pun , bukannya orang yang kita tak kenal " sambung mummy pula.
Ahh sudahh . Dah la dia ada depan ni . Aku nak buat riaksi macam mana. Hati aku dah bertaut pada yang lain .
" Tapi..mummy , Ray dah ada orang lain.. Ray.." belum sempat aku menghabiskan ayat , daddy terus memotong kata- kataku . Daddy buat isyarat mata , yang Sophia ada di sini .
Yaa aku tau tu tapii..
Ish yang Sophia ni pun satu diam je . Bukan nak bangkang kata mummy dan daddy .
YOU ARE READING
Royal High School
Teen FictionAlysha terpaksa berpindah sekolah disebabkan Dato' Shahrul iaitu papanya ingin menumpukan perhatian kepada syarikat baru di Damansara . Masuk sahaja di sekolah itu , ramai yang memandangnya hairan kerana Alysha satu - satunya pelajar yang memakai tu...