✔ Bab 41: "Padamkan Rasa Cinta". ✔

31.1K 1K 206
                                    

SEBULAN Telah berlalu. Zara menjalani kehidupannya sebagai isteri pertama. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di madrasah.

Meskipun begitu. Dia tetap tidak dapat mengelak dari melihat aksi-aksi manja Ainul Mardhiah bersama Yahya.

Sakit. Ya, sangat akit. Tetapi apakan dayanya. Semua kepahitan itu harus dia telan.

ZARA Keluar dari biliknya.

"Kak Zara." Tegur Ainul Mardhiah.

Dia menoleh kearah Ainul Mardhiah.

"Jom makan sekali." Pelawa Ainul Mardhiah.

Dia mengukir senyuman. Seraya melangkah menghampiri tempat makan.

Sejak sebulan ini. Boleh dikira berapa kali sahaja dia masak. Selalunya Ainul Mardhiah yang masak.

"Hmmm.... Sedapnya bau." Suara Yahya menyapa gegendang telinganya.

Zara segera berpura-pura memandang ketempat lain, seolah-olah tidak perasan akan kehadiran suaminya.

Yahya menghirup bau lauk diatas meja.

"Cubalah rasa." Tutur Ainul Mardhiah.

"Tak payahlah rasa. Abang tahu kalau Mardhiah yang masak. Mesti sedap." Tutur Yahya. Sempat dia mengerling kearah Zara untuk melihat reaksi wanita itu.

Zara yang menyedarinya. Segera berpura-pura menyusun pinggan.

"Abang..." Ainul Mardhiah bersuara manja.

Yahya sekali lagi mengerling kearah Zara sebelum memandang wajah Ainul Mardhiah.

"Ya. Ada apa?." Tanya dia.

"Mardhiah ada berita gembira." Tutur Ainul Mardhiah.

Zara buat tak dengar, sambil tangannya sibuk menuang air kedalam gelas.

"Apa dia?." Tanya Yahya.

"I'm pregnant." Tutur Ainul Mardhiah.

Senyuman dibibir Yahya mati saat mendengarnya.

Luluh hati Zara saat mendengarnya. Sendi-sendinya terasa lemah. Air matanya bergenang serta-merta.

"Abang."

Yahya bagaikan baru tersedar dari lamunannya. Dia kembali mengukir senyuman.

"Wow..." Gumamnya dan terus memeluk Ainul Mardhiah dihadapan Zara.

"Terima kasih sayang." Tuturnya.

Zara segera berlalu kedapur. Tidak kuat rasanya untuk dia melihat semua itu lagi.

SELESAI Makan. Zara segera masuk kebiliknya. Namun belum sempat dia menutup pintu biliknya. Yahya menyerbu masuk kebiliknya dan terus menutup pintu bilik.

"Ustaz." Gumamnya terkejut.

"Ustaz buat apa dekat bilik saya ni?. Keluarlah... Nanti apa pulak kata Ainul." Ujar Zara.

"Dia dah masuk nak tidur." Ujar Yahya.

Zara berpaling dari suaminya.

"Tahniah..." Tuturnya.

Yahya memusingkan tubuh Zara menghadapnya. Kedua bahu isterinya dipegang kemas. Matanya merenung tajam kedalam mata berkaca isterinya itu.

"Dia mangsa kekecewaan saya pada awak Zara. Awak tak rasa bersalah ke?." Tanya Yahya.

Zara memalingkan pandangannya dari Yahya.

"Mangsa?. Selama sebulan ni saya tak nampak dia macam mangsa pun... Tapi apa yang sama nampak Ustaz dan dia saling mencintai." Tutur Zara.

Dia Ustazku. [C].Where stories live. Discover now