5: Kapten Part 2

745 31 1
                                    

"How?" Tanya Yaya. "How what?" Aku bertanya. "Your date with Haris?" Sampuk Arina. "Oii, bila pula aku date dengan dia? Aku just pergi handball training bukan pergi date dengan dia." Aku berkata. "Ya, but still jumpa dia kan?" Kali ini Anis bersuara. "Hesy! Apa benda lah korang ni. Pergi training je. Tu pon kata date." Qila berkata sejurus dia masuk ke dalam dom. "Kan?" Aku dan Qila berhigh five. "Spoillah kau ni, Qila." Kata Ainaa.

"Jomlah siap. Nanti lambat pergi audi." Aku bersuara. "Jom pakai baju warna kuning." Cadang Ainaa. "Alah, aku ada baju warna oren je." Aku mengeluh. "Takpelah. Oren ngan kuning kan jiran. Pakailah." Kata Ainaa. Aku menunjukkan simbol ok menggunakan jari.

Di aspura....

"Haris, asal pakai baju oren? Kan dah plan nak pakai baju kuning dengan budak aspuri?" Wafy bertanya. "Sorry, I can't make it. Baju kuning aku tak bawak. Aku bawa baju oren je. Okay ape. Oren dengan kuningkan jiran." Wafy mencebik. "Banyaklah kau punya jiran."


Kami berjalan menuju ke Audotorium Utama SMKTM. Aku dan rakan-rakan menuju ke seat yang berada di bahagian tengah. Perjumpaan ini diadakan sebulan sekali.

"Patutlah tak nak pakai baju kuning, rupanya dah berpakat dengan buah hati nak pakai baju warna sama." Khalid mengusik Haris. Berkerut dahi Haris. "Benda kau merapu ni?" Haris menyoal memerlukan jawapan. "Cuba tengok geng aspuri semua baju kuning kecuali Ain. Dia pakai baju warna oren. Sama macam kau." Khalid menjelaskan. "Aku tak ada apa-apa dengan dialah. Kebetulan je kott." Haris menerangkan. "Yelah tu. Kau ni bukan boleh percaya. Misteri." Giliran Adam untuk menyakat Haris. Berderai tawa antara mereka. Haris mengepal penumbuk dan menunjukkan kepada kawannya. "Nak rasa?" Haris menyoal sambil tersenyum sinis. Kawan-kawannya mengangkat tangan ke udara. Surrender!

"Semua pelajar diminta untuk senyap. Assalamualaikum. Saya minta semua murid berkumpul di sini kerana saya ada beberapa perkara nak bagitahu. Yang pertama, sekolah akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar untuk Tingkatan 5. Latihan ini akan diadakan pada 18 April 2017. Perkhemahan ini akan diadakan selama 4 hari di Cameron Highland. Maklumat yang lain akan diberitahu kemudian. Ada lebih kurang seminggu lebih lagi. Kedua, sebulan selepas LSB, sekolah kita akan menjadi tuan rumah untuk Festival Sukan Peringkat Kebangsaan. Setelah dibincangkan, pihak sekolah bersetuju untuk mempertandingkan acara bola jaring, bola keranjang, badminton, hoki, rugby dan bola baling. Kapten pasukan kepada acara yang saya sebutkan tadi sila ke hadapan. Oleh disebabkan sekolah kita telah menubuhkan pasukan bola baling perempuan, maka acara itu akan turut dipertandingkan. Jadi, semua kapten naik ke atas pentas." Arah Cikgu Husaini.

Aku bergegas naik ke atas pentas. "Kapten-kapten sila duduk mengikut sukan." Kedengaran suara sumbang yang mengatakan aku dan Haris mempunyai hubungan.

Kenapa baju diaorang sama?

Diaorang ada hubungan ke?

Kurang ajar perempuan ni, suka-suka je nak dekat demgan bf I.

Perampas!

What?! Aku, perampas?! Kebetulan jelah. Aku tak ada apa-apa affair dengan dia ni tau. Korang tak tahu apa-apa, better shut up! Aku marah dalam hati. Tanpa aku sedar, Haris sedang memandangku.

Apasal dia ni? Macam marah je. Oh, mungkin dia terasa kot. Adoii! Kata Haris. "Okay, sekejap lagi saya nak jumpa kamu semua dekat sini lepas semua pelajar keluar, boleh?" Cikgu Husaini bertanya. Aku mengangguk lalu turun dari pentas.

"Okay, setakat ni je perjumpaan kali ni. Nanti saya akan panggil untuk kali kedua. Faham?" Kami mengangguk. "Semua boleh bersurai." Aku bangun untuk pulang ke aspuri.

"Kau jangan terasa dengan apa yang dorang cakap. Dorang dengki tu." Aku terkejut. "Kenapa pula dorang nak dengki dengan aku? Aku tak kenal dorang pon, tetiba nak kata aku perampaslah apalah. Sedih tau tak?" Mata mula bergenang. "Aku tau kau sedih sebab tulah aku datang pujuk kau ni." Haris berkata. "Aku tak fahamlah, setiap sekolah yang aku masuk, semua dugaan yang aku hadapi semua memedihkan. Memeritkan. Allah je yang tau perasaan aku sekarang ni." Mutiara jernih menjejaki pipiku yang merah. "Allah uji kau sebab dia tahu kau mampu tempuh dugaan tu. Kau banyakkan bersabar dan berdoa. Doa insan yang teraniaya ni makbul tau. Aku faham perasaan kau. Relax okay? Dahlah jangan nangis. Tak comel tau budak besar nangis." Haris mengusik aku. Aku mencebik. "Cuba senyum." Aku mengukirkan senyuman kepada Haris. "Haa, kan comel?" Aku berasa malu.

Senyuman dia. Mengingatkan aku kepada Lena. menenangkan aku, Ya Allah. Kau berikanlah dia kekuatan dan ketabahan untuk terus hidup. Sesungguhnya kami hanya insan yang lemah. Kami berharap kepadaMu Ya Allah.

"Dahlah mengelamun. Jom balik asrama aku ngantuklah." Aku mengejutkan Haris dari lamunannya. "Jom. Aku pon dah ngantuk." Kami berjalan menuju ke asrama. "Jangan lupa tau esok training." Aku menunjukkan simbol okey.

Kenapa aku berasa tenang apabila bersama dia? Ya Allah, kau panjangkanlah persahabatan kami, Ya Allah.

"Haris, you dengan budak perempuan tu ada affair ke?" Aleeya, pelajar kelas 5 Beta yang dikatakan perasan cantik, belagak dan sombong. "Suka hati akulah. Kau siapa nak sibuk-sibuk? Kalau aku ada affair dengan dia sekalipun, it is none of your business!" Kata-kata Haris menusuk ke dalam hati Aleeya. "You ni kenapa? Setiap kali you jumpa I, you selalu nak marah-marah. Tapi kalau dengan betina tu, you okey pula. Siap gelak-gelak. Kenapa?" Haris menjeling. "It. Is. None. Of. Your. Business! One more thing, nama dia Ain Helena bukan betina. Faham?!" Sepatah sepatah perkataan itu keluar dari mulut Haris. Haris berlalu dari situ. "Haris!" Aleeya menjerit setelah mendapati Haris berlalu dari situ.

"Semua boleh beratur. Kita akan panaskan badan. Okay?" Mereka mengangguk. "Hari ni kita akan buat balingan padu dan balingan atas. Sejam sebelum habis, kita buat tournament sikit. Tournament ni just suka-suka untuk tahu peraturan and masa bila nak baling bola. Boleh tak?" Setelah mereka mengangguk, aku memulakan latihan.

"Guys, time up. We will meet tomorrow at the same time. See you soon." Aku membenarkan mereka pulang setelah jam menunjukkan pukul 0605.

"Hai. Pandai awak main tadi. Terpegun saya tengok. Dari belakang saya tengok macam lelaki, tapi bila tengok depan perempuan rupanya. Cantik lagi." Kata Eriq. "Dah habis cakap dah? Kalau dah blahh." Aku berkata. "Jangan marah. Hilang keayuan." Kata Eriq lagi. "Kau nak apa ni?" Aku bertanya lagi. "Saya nak awak." Dia berkata dengab muka selamba.

"Ain!" Aku mencari arah suara itu. "Sekejap! Aku nak chaw. Jangan kacau aku lagi." Aku menggertaknya lalu bergerak ke arah Wafy.

"Kenapa, Wafy?" Aku bertanya sejurus sampai di tempat Wafy berada. "Haris nak cakap something. Pergilah dekat dia." Wafy menunjukkan ke arah Haris berada. "Okay." Aku berjalan ke arah Haris. "Haris, kenapa kau panggil aku?" Haris menoleh. "Duduklah dulu." Aku mengambil tempat di sebelah Haris. "Hujung minggu ni, students boleh balikkan?" Aku mengangguk. "So, aku ingat nak pergi beli baju untuk Festival Sukan nanti. Kalau kau okey, aku kau ngan Wafy pergi beli kat Al-Ikhsan atau Sport Direct. Kau on tak?" Aku berfikir. "Rasanya aku tak ada apa-apa hujung minggu ni. Aku okay je." Aku tersenyum. "Kalau macam tu, nanti aku ambil kau dekat rumah." Aku mengangguk. "Haris, aku okey tapi duit?" Haris tersenyum sinis. "Duit kaulah." Berderai tawa Haris. "Duit kelablah. Kau ni pon. Apa guna duit yang kita kutip kalau tak guna." Aku menepuk dahi. "Sorry. Lupa." Haris menggelengkan kepala. "Banyak makan semut."

♡Chance♡Where stories live. Discover now