Satu ☑

1K 55 9
                                    

BUAT julung kalinya, sekolahku menjadi tuan rumah untuk perlawanan bola sepak peringkat sekolah. Hari ini, pasukan bola sepak kami bersaing dengan sebuah pasukan yang agak terkenal dengan kelicikan dan kehandalan pemain-pemainnya.

Untuk menyemarakkan lagi semangat juang pasukan sekolahku, pengetua memberikan pelepasan kepada semua murid-murid sekolah untuk menyaksikan perlawanan sengit itu secara lansung. Dengan itu, aku bersama dua lagi sahabat baikku iaitu Diandra dan Vanida tidak mensia-siakan peluang yang datang.

Sejujurnya, kami bertiga bukanlah peminat tegar sukan bola sepak. Tetapi, kami sangat berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat secara langsung pemain kesayangan kami beraksi.

Berbeza dengan Diandra dan Vanida yang sangat menggilai Tengku Iskandar, playboy besar di sekolah kami, aku pula sangat mengagumi Faris, ketua pasukan bola sepak sekolah kami.

Walaupun sebenarnya satu sekolah sudah sedia maklum akan hubungan cinta yang terjalin diantara Faris dan Kirana, namun perasaan yang wujud di dalam lubuk hatiku ini, sangat sukar diganggu gugat. Biarlah semua pelajar perempuan di sekolah ini berebut-rebut ingin mendapatkan perhatian si Tengku Iskandar itu, tetapi mataku dan hatiku tetap utuh memilih Faris. Biarpun aku tahu perasaanku terhadapnya tidak akan sampai ke mana. Kerana semua pun tahu Faris seorang kekasih yang sangat setia. Baginya hanya Kirana satu-satunya gadis yang bertakhta dihatinya.

"Gigit jarilah kau Zee, kalau terus suka kat budak Faris tu."

Ah! Aku tak peduli. Katalah apa pun. Datanglah sejuta Tengku Iskandar pun, aku tetap akan suka hanya pada Faris seorang. Kecewa belakang kira. Yang penting sekarang, hatiku telah terlanjur menyintainya. Dan aku tidak mampu untuk berpatah balik.

Telah Kuterima HatimuUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum