Bab 52

30.7K 810 36
                                    

Kereta jenama Audi Karl memasuki perkarangan kedai setinggan. Nasib baik, Cikgu Anita sudi menolongnya dengan memberitahu kedai runcit yang selalu Aira singgah untuk membeli barang. Itupun setelah beberapa kali dipujuk oleh Karl. Dengan rela paksanya, Cikgu Anita beritahu kat mana lokasi kedai itu. Jadi senang sikit nak jumpa Aira.

Mungkin semalam Aira masih tak mahu bersua muka dengannya. Namun kali ini, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Aira kembali padanya. Walau apapun jadi, Aira mesti ada di sampingnya semula. Bak kata pepatah 'genggam bara api biar sampai jadi arang!' So, jangan fade up Karl!

Dari dalam kereta, mata Karl meliar mencari kelibat Aira di kedai yang dimaksudkan. Beberapa minit mencari, akhirnya tersemat segaris senyuman di birai bibirnya. Sesusuk tubuh yang amat dirindukannya kini berada di depan mata. Ketika itu, Aira sedang membayar barang-barang dibelinya di kaunter. Karl mengeluh lega. Betapa rindunya hati dia untuk melihat wajah isterinya. Hampir setiap malam, dia mimpikan Aira dan setiap kali itu jugalah dia meraung-raung memanggil nama isterinya itu. Nampak tak, rindunya di situ?

Serta-merta Karl keluar dari kereta. Enjin kereta di matikannya dan dia bergegas ke arah Aira yang ketika itu juga turut sama melangkah keluar dari kedai.

"Aira."seru Karl.

Tak semena-mena aku menoleh ke belakang. Suara itu sangat aku kenal. Aku tergamam tatkala melihat Karl berlari-lari mendapatkan ku. Aku ingatkan dia dah putus asa nak jumpa aku sebab kejadian semalam.

"Karl?"riak wajahku terkejut.

"Aira, maafkan abang. Tolong jangan marah abang lama-lama macam ni. Abang rindukan Aira. Abang betul-betul cintakan Aira. Tolong jangan buat abang macam ni."rayu Karl penuh mengharap.

Aku mengeluh perlahan. Mataku meliar ke sekeliling. Aku lihat orang yang lalu lalang memerhatikan saja gelagat kami berdua.

"Saya dah cakapkan yang saya taknak jumpa abang? Saya taknak jumpa abang!"tegasku dengan nada kasar. Seraya itu, aku mengalih langkah meninggalkannya.

Namun, pantas Karl mencengkam tanganku. Langkahku mati. Aku menoleh memandangnya.

"Apa lagi yang abang perlu buktikan pada Aira supaya Aira percayakan abang? Abang betul-betul ikhlas cintakan Aira. Sekarang, abang cuma nak Aira ada di sisi abang. Tolong, Aira."Karl merayu bersungguh- sungguh.

Aku tergamam. Tipu kalau aku tak rindukan dia. Aku masih sayangkan dia. Aku masih ingin bersama dia tapi bila dia ragut kepercayaan aku, aku betul-betul kesal. Bayangkan selama ni, kau hidup dalam sandiwara dia semata-mata. Selama ni, aku cuma dihujani oleh kata-kata manis yang benar-benar palsu. Dia kata sayang, dia kata cinta tapi dia keluar dengan perempuan lain. Bila kau fikir dia ikhlas sayangkan kau, rupanya tak. Dia kahwin dengan kau semata-mata nakkan harta kau.

Jadi, perlu ke aku biarkan saja dia terus-menerus bagi harapan pada aku? Kenapa orang seperti dia perlu seksa aku sampai macam ni. Aku ni manusia yang masih ada hati walaupun aku tak selevel dengannya. Tolonglah fikirkan semua itu.

Aku menekur memandang lantai. "Untuk kali ini, saya dah malas nak percayakan abang atau sesiapa. Saya harap abang boleh buang saya dari hidup abang. Tolong lepaskan saya kalau itu yang terbaik."ujarku mendatar.

"Maksud Aira?"
"Ceraikan saya."

Karl terdiam. Sungguh, dia terkejut pada permintaan Aira yang baginya langsung tak relevan. Kenapa dia perlu lepaskan Aira kalau hatinya masih sayangkan gadis itu?

"Abang takkan lepaskan Aira sesenang itu aje. Abang masih sayangkan Aira."tegas Karl pada pendiriannya.

Aku menarik sengih pendek. Wajahnya aku pandang tanpa perasaan.

Dia bukan Pilihan[✅COMPLETED]♡Where stories live. Discover now