✔ Bab 37: Hari Air Mata. ✔

Comenzar desde el principio
                                    

Eryn angguk, mengiyakan.

"Ya. Me too."

Zara tersenyum melihat ketulusan Eryn dan Melly.

"It's ok. I tak salahkan sesiapa.. Lagipun suami i sayangkan i. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Itu dah cukup dah bagi i. Sedih sikit-sikit tu biasalah... Nama pun hidup bermadu kan?." Ujar Zara.

Air mata Melly bergenang serta-merta mendengarnya.

"I bangga dengan you Zara. You betul-betul lain dari Zara yang i kenal sebelum ni." Ujar Melly. Seraya menggenggam tangan Zara.

"Thank you Melly, Eryn... Lepas apa yang i dah buat dekat korang. Korang masih lagi nak berkawan dengan i." Tutur Zara.

"Auch.... Aaa......" Mereka menjerit serentak. Masing-masing mengalirkan air mata.

"Zara!!!. You buat i nangis." Teriak Eryn sambil mengusap air matanya.

Melly turut mengelap air mata dengan tangannya.

"You're too much Zara. I dah lama tak nangis tau." Tutur Melly.

Zara tersenyum. Meski hatinya sedang terluka. Tetapi dengan adanya Eryn dan Melly. Sedikit sebanyak mengubati lukanya.

_
YAHYA Melabuhkan punggungnya diatas tilam.

Telefon pintarnya direnung lama. Wajah Zara terbayang di matanya.

"I miss you." Gumamnya.

"I miss you too."

Sampuk Ainul Mardhiah berbisik ditelinganya. Tangan gadis itu memeluk lehernya dari belakang.

Yahya terkejut. Dia pantas melepaskan diri dan berpaling kearah Ainul Mardhiah.

"Mardhiah." Gumamnya.

Ainul Mardhiah tersenyum melihatnya.

Yahya menelan air liurnya melihat Ainul Mardhiah yang tidak mengenakan tudung. Rambut yang panjang mengurai itu dibiar lepas.

Cantik. Ya, sangat cantik. Itulah kali pertama dia melihat gadis itu tidak mengenakan tudung.

Tetapi tidak tahu mengapa, dia tidak merasakan getaran yang sama seperti mana yang dia rasakan saat kali pertama dia memandang wajah Zara, walaupun ketika itu Zara memakai selendang menutup kepalanya. (Rujuk Bab 2: Pertemuan.)

"Bila awak masuk? Saya tak perasan pun." Tanya Yahya kepada Ainul Mardhiah.

Ainul Mardhiah mencebik.

"Dah lama dah. Abang je tak perasan." Tutur Ainul Mardhiah.

Dia terdiam sejenak. Kerana merasa janggal apabila Ainul Mardhiah memanggilnya dengan panggilan 'Abang'.

Dia tersenyum dan menundukkan kepalanya.

"Sorry. Saya tak perasan." Balasnya.

Ainul Mardhiah mencebik lagi.

"Saya dah panggil awak dengan panggilan Abang. Tapi awak bahasakan diri awak 'saya' pulak." Ainul Mardhiah memeluk tubuhnya.

Dia memandang sekilas gadis itu.
Manja. Adakah gadis ini sedang bertingkah manja dihadapannya?. Itulah yang berada dibenaknya sekarang.

"Sorry." Balasnya sepatah.

Ainul Mardhiah berpaling kearahnya. Seraya menggenggam erat tangannya.

Dia terkejut dengan tindakan isteri keduanya itu. Namun dibiarkan sahaja, takut Ainul Mardhiah terasa dengan sikapnya.

Renungan Ainul Mardhiah dibalasnya.

Dia Ustazku. [C].Donde viven las historias. Descúbrelo ahora