Terlepas (Part 3)

Začať od začiatku
                                    

"Aku mesti lari.!" Dia bingkas bangun dan berlari ke dalam hutan semula. Talifon bimbit di dalam poketnya di campak ketika berlari. Keadaan yang gelap di redah tanpa mengira kemana tujuannya lagi. Asalkan jauh dari jalan raya dan selamat dari polis. Hanya itu yang di fikirnya saat ini.

BUKK!!!

Amin terlanggar pokok lalu tersungkur dan berguling-guling beberapa kali.

"Aaaahhhh!" Raungnya dalam kesakitan. Tubuhnya di rasakan terlalu lemah. Dia memejamkan matanya. Tidak terdaya untuk menggerakkan walau seinci pun tubuhnya.

〰〰〰

"Tidur mati budak ni!" Vinu menyekeh kepala Amin. Gulsan,Wahab dan Indra hanya tersenyum. Baru tadi Amin mengigau. Menangis seperti kematian isteri. Teresak-esak. Kemudian tubuhnya menggeletar seperti orang ketakutan. Peluh memercik di dahi. Sempat pula Gulsan mengejek mengatakan Amin bermimpi melihat neraka membuatkan ketawa yang lain mati. Bahu Amin di goncang kuat namun tetap juga pejam matanya. Kerana terlalu kuat menggoncang dahi Amin terhantuk di dashboard. Itu pun tidak berjaya untuk membangunkan Amin. Akhirnya mereka membiarkan Amin terus melayan mimpinya.

〰〰〰

"Bangun!!" Satu suara menjerkah di tepi telinganya. Amin terkejut. Tercungap-cungap nafasnya.

"Aku kat mana ni?" Soalnya. Kakinya di rantai. Begitu juga kedua-dua tangannya. Bilik yang berbau hanyir itu di pandang sekelilingnya. Akhirnya pandangannya jatuh pada seorang perempuan tua yang bersila tidak jauh darinya.

"Siapa kau?!" Soalnya.

Orang tua itu cuma tersenyum sinis.

"Aku adalah dendam. Dan aku melunaskan dendam orang pada pada kau!" Jawab si tua itu. Rambutnya yang panjang beruban menyentuh lantai. Tangannya terketar-ketar menabur kemenyan dalam dupa. Terdapat lima jenis anak patung yang di perbuat dari jerami padi di pacakkan di hadapannya. Dan salah satunya sedang di ikat.

Amin mengecilkan mata cuba memerhati dengan terperinci tulisan yang ada pada tubuh anak patung yang terikat itu. Tulisan pada anak patung yang terikat itu membuatkan matanya terbeliak. AMIN BIN SAFAR!!

"Apa yang kau nak buat,hah?!" Soal Amin. Ketakutan mula meresap kembali. Menggigil tubuhnya.

"Aku cuma melunaskan dendam yang di mahukan oleh orang yang mendendamimu!" Jawapan dari perempuan tua itu menyentap jantungnya.

Amin terkebil-kebil. Wajah-wajah orang yang di tindasnya mekintas satu-persatu. Segala ugutan dan ancaman dari mereka kembali bermain di fikirannya.

"Siapa yang hantar kau?" Soal Amin.

"Cuba kau fikirkan kembali. Hahahaha...." ketawa yang nyaring itu  begitu menakutkan di tambah lagi dengan wajahnya yang hitam dan menyeramkan.

"Apa kau nak dari aku? Aku boleh bagi kau duit. Kau cakap je nak berapa. Aku boleh bagi. Percuma!" Kata Amin. Tangannya menggigil-gigil.

"Hummh!malangnya bukan itu yang aku mahu." Anak patung jerami bernama Amin di capai lalu di belai-belai kepalanya.

Amin membeku seketika. Belakangnya terasa seperti ada sesuatu yang sedang merayap. Seiring dengan gerakan tangan orang tua di hadapannya itu.

"Tolonglah! Jangan bunuh aku. Aku merayu sangat.!" Tapak tangannya di rapatkan lalu dia menunduk berkali-kali.

Bomoh tua hanya tersenyum melihatnya.

"Baiklah. Aku tidak akan membunuh kau.." Si tua itu bangun terbongkok-bongkok ke arah pintu bilik.

Amin berasa lega sekali. Tapi bola matanya ingin tersembul melihat seekor makhluk seperti king kong dengan mata merah menyala yang muncul tiba-tiba sebaik sahaja pintu terbuka.

"Aku serahkan kau pada dia.!"

DUMM!!

Pintu di hempas kuat saat anak patung jerami bertukar tangan. Amin yang sedang melutut tersandar ke dinding akibat terlampau terkejut.

"To-to-tolonglah! Jangan bunuh a-aku!" Amin tergagap-gagap.

Anak patung jerami di angkat tinggi. Kedua-dua tangannya memegang kaki dan badan patung itu.

PRAK!!PRAP!!KRAK!!KRAKKK!

Tapak tangan berbulu itu tanpa ragu-ragu melipat dan mematahkan anak pating jerami tersebut.

"Aaaaaaaaaaaaaa!!!" Suara jeritan melengking dari Amin sebelum terkulai ke lantai dengan darah yang terpercik ke serata tempat. Tubuhnya terlipat dengan kaki di kepala dan tangan yang di pusing kebelakang kelihatan sungguh mengerikan. Kepala yang pecah menampakkan otak yang terpercik ke dinding bilik menimbulkan bau hanyir segenap ruang.

Anak patung jerami bernama Amin di baling ke tubuh Amin yang kaku. Sebagaimana rupa anak patung itu begitulah rupa Amin ketika itu.

〰〰〰

"Aaargghhh!!!!"

"Ya Allah,Amin!"

"Aaaaaaaaaa...!"

Kereta Hilux nyaris terbabas dengan keadaan yang tak terduga itu.

Tubuh Amin tergeletik seperti ayam di sembelih sebelum menyemburkan darah ke arah cermin kereta. Darahnya juga terpercik keluar dari telinga lalu terkena di wajah Gulsan. Setelah lima minit tergeletik tubuhnya perlahan-lahan jatuh ke bawah. Melembut seperti tiada tulang. Bola matanya tersembul keluar. Semua yang berada didalam kereta berlari keluar.

"Sial!! Bala apa pulak ni,woi!!" Jerit Vinu.

Mata KeraWhere stories live. Discover now