Selepas berfikir selama 3 saat, aku baru terfikir yang kemungkinan aku tertinggal kunci kereta dalam locker waktu tukar buku Matematik tadi. Jadinya, marilah kita ke locker.

Baru aku nak berpusing nak buka langkah, aku bersyukur aku tak bergerak. Bukan sebab ada tahi kucing ataupun tahi burung yang masih fresh.

Tapi sebab aku nampak kelibat Afiq depan pagar sekolah. Ini bukan sebarang tahi, tapi lebih geli daripada tahi.

Semenjak Afiq dan Alice officially a love bird selepas announcement dalam instagram live ala ala press conference version cikai yang mereka berdua mempunyai hubungan itu berjalan lancar, makin kerap aku nampak muka si Afiq ni.

Yea, Afiq and Alice yang buat announcement kelmarin....

Persoalannya sekarang, adakah sabun botol Joy boleh membasuh pinggan sehingga ke Singapura? #what

Ok cut the crap. Persoalannya sekarang adakah Afiq ini sudah nekad untuk bertukar jantina yang dalam bahasa halusnya daripada jantinanya yang lelaki ke jantina perempuan ataupun bahasa kasarnya menjadi Sajat? memandangkan dia lebih meluangkan masanya di St. Mary Girls School yang terang lagi bersuluh flashlight you're my flashlight yang ni sekolah perempuan?

Anggapan aku semuanya salah bila kelibat Alice, dengan catwalk bersepahnya itu keluar daripada bangunan indoor sekolah berjalan ke arah Afiq yang sedang menunggu sambil bersandar di kereta miliknya.

Mungkin dahi aku terlebih pantulan sinar cahayanya sampai effect pantulan cahaya itu ditangkap kemas oleh Alice. Satu jelingan padu dan smirk bingai dihadiahkan untuk aku.

"Aku rasa kalau ada tahi kucing depan aku lah kan, aku bersyukur sebab sekurang kurangnya aku boleh balas balik smirk bingai si wonderland ni.. Ya Allah geramnya aku dengan muka dia...." monolog aku sendirian.

Aku ingatkan drama sampai part tu jelah.. rupanya tak habis lagi bila Nia, ya Nia, berjalan ke arah Alice dan Afiq. Daripada jauh kelihatan Nia diarah macam orang bodoh oleh si wonderland.

Afiq dan Alice mulai masuk ke dalam kereta begitu juga dengan Nia yang kembali ke keretanya. "Aku kena follow kereta si somepah dan wonderland ni..."

Ya, dia memang sengaja nak main cak cak. Kunci kereta yang tadinya tak ada dalam bag tiba tiba ada. Enjin aku hidupkan dan mulai bergerak mengikuti kereta Afiq dan Nia daripada belakang.

Sambil sambil tu, telefon aku dibuka lalu aku mengdail nombor Nia.

"Hello Nia, kau kat mana?"

"Hey Lisa.. a..aku dekat er er.. ha dekat library! tengah study! kan dah nak dekat exam semester?"

Aku diam. Sampai hati kau Nia—ng rapik....

"Hello? Lisa? still there?"

"Yes.. tak apa la kalau macam tu. Lepas kau balik sekolah nanti, whatsapp aku. Aku nak ajak lepak cafe petang nanti."

"Er..Lisa.. bukan aku taknak, nak. Tapi.. aku rasa aku tak boleh, mummy aku baru balik daripada Dubai petang ni."

"Hmm okay then. Esok lusa boleh kan?"

"Ha.. ya ya inshaAllah esok lusa. Okay la, pengawas library ni dah hantar signal death stare kaw kaw punya. Bye Lisa."

Talian terus dimatikan tanpa sempat aku cakap kata kata selamat tinggal. This is totally not the same Nia yang aku kenal selama ni....

Aku masih mengekori kereta Afiq dan Nia daripada belakang. Sama ada Afiq dah tangkap cintan cinta mati kaw kaw punya dengan Alice dan Nia terlalu takut dengan Alice sampaikan langsung tak perasan kereta aku through side mirror?

Selepas perjalan selama 10 minit, kereta Afiq dan Nia berhenti di Apricant Lake. Kelihatan Alice mengeluarkan barang barang yang banyak daripada tempat duduk belakang seperti barang barang party lalu diberikan kepada Nia. Selesai semua barang dikeluarkan, kereta Afiq terus meninggalkan kawasan Apricant Lake manakala Nia, membawa semua barangan pemberian Alice tadi ke tasik.

Daripada jauh, aku boleh nampak Nia gigih pasang semua barang barang dekat kawasan tasik. Aku syak, Alice nak buat party. Tapi... kenapa Nia?

Satu jam kemudian, mata aku masih tak lekang memerhati Nia yang kelihatan penat dengan masih berpakaian uniform sekolah.

Tak lama selepas itu, kereta Afiq pun muncul berserta satu buah kereta.
Kelihatan Alice keluar daripada kereta Afiq manakala 3 orang perempuan yakni geng geng Alice keluar daripada kereta yang lagi satu.

Apa—benda—ni—doh—aku—confius.



⛅⛅⛅i think the process untuk sampai ke main idea which is the fake relationship things bergerak seperti siput, if you guys think the same as me, i'm so sorrry :((

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


⛅⛅⛅
i think the process untuk sampai ke main idea which is the fake relationship things bergerak seperti siput, if you guys think the same as me, i'm so sorrry :((

• 26th October 2017 •

crush : serendipity | ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora