Aku mengucap syukur dalam hati. Terus aku menganggukkan kepala dan berdiri. Aku dan dia berpimpinan tangan menuju ke wad papa.

" Fia."

Aku meluru ke arah mama dan mendakap mama erat. Kami sama-sama melihat papa yang tengah baring dan tak sedarkan diri itu. Di pinggang papa dah berbalut. Maybe kesan tikaman. Aku kerling abang dan Usyair.

" Dah buat laporan polis?" Soalku terus.

Mereka berdua nampak tersentak dengan soalan aku. Luthfi pula tersenyum hambar.

" Fia.." Abang menegur.

Aku tersenyum sinis.

" Kenapa? Tak nak buat? Nak tunggu Fia pula mati ke? Baru nak buat?"

" Fia!"

Semua terkejut selepas dengar aku kata demikian. Aku meraup wajahku lembut. Aku pandang papa dengan rasa sebak.

" Fia tak tahu apa yang dah terjadi antara korang. Tapi for sure Fia takkan berdiam diri. Fia nak buat laporan polis. Tak kisalah dia tu polis ke or tak ke, laporan polis tetap akan dibuat. Atau korang nak Fia kena bunuh baru nak tangkap dia?"

Tajam aku merenung abang dan Usyair silih berganti. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Aku tersenyum hambar.

" Ma.."

Mama membuat anggukan perlahan.

" Mama ikutkan saja Fia. Mama tak nak papa dan anak mama menjadi mangsa Zia. Mama takut."

Aku usap belakang mama dengan keluhan kecil. Zia. Kali ni kau memang betul-betul dah melampau. Aku takkan berdiam diri Zia.

**

Surat laporan sudah berada pada tangan aku. Aku tersenyum sinis. Puas hati aku. Kali ni aku tak perlukan bantuan sesiapa. Abang ke suami sendiri ke. Tak. Aku yang beranikan diri datang seorang diri ke balai polis buat laporan keesokan harinya.

Terkejut juga orang yang ambil laporan aku saat aku sebut nama Zia. Aku cakap aku ada bukti dan dia terpaksa terima. Mesti lepas ni heboh kan? Dan mereka baru tahu bos dorang kena tikam dengan pekerja sendiri.

Aku melangkah ke arah kereta dan masuk ke dalam. Aku melepaskan lelah. Tapi jauh disudut hati aku tetap rasa takut dengan apa yang aku buat. Zia tu berbahaya. Dia bukan perempuan biasa. Dia akan buat apa saja asalkan keinginan dia tercapai.

Aku memandu keluar daripada balas polis dan menuju ke hospital. Nak lawat papa. Kesian mama jaga papa seorang. Abang dan Usyair pula pergi kerja dekat luar kawasan. So, tinggallah aku, mama dan kak Dahlia. Kak Dahlia pun sanggup ambil cuti untuk jaga mama dan papa.

Sampai saja dekat hospital, aku menuju ke bilik rawatan papa. Ternyata mama dan kak Dahlia masih ada. Aku tersenyum nipis melihat mereka.

" Mama. Kak."

Aku salam mereka berdua dan melihat papa. Aku usap kepala papa lembut.

" Dari mana Fia?" Soal kak Dahlia.

" Balai polis. Baru lepas buat laporan polis."

Mereka berdua nampak terkejut tapi tak banyak cakap. Mungkin redha dengan apa yang terjadi.

" Usyair dan Lokman tahu ke Fia?" Soal mama.

" Kan Fia dah cakap dekat dorang semalam. Percaya ke tak terpulang pada mereka."

Aku ambil buah yang dipotong mama dan aku masukkan ke dalam mulut. Lama tak makan buah. Rasa lapar pula.

" Mama dan akak pergi la balik berehat. Biar Fia pula yang jaga." Ujarku.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now