27•12•2013

2.4K 93 0
                                    

Jumaat.

Tidak seperti hari - hari biasa, Mira pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak enak.

'Aku salah makankah? Kenapa pening ni?' gumamnya bersendirian.

Mira seorang guru. Guru Matematik. Namun jika dilihat dari penampilannya, sudah pasti ramai yang menyangka Mira ialah seorang surirumah. Mira lebih selesa berpakaian longgar, tudung polos, tidak mengenakan make-up.

Sejak akhir - akhir ini, Mira sering sakit. Sakit yang dianggap sakit biasa saja.

Sampai di rumah, dia terus solat Asar. Walaupun agak payah baginya untuk banyak bergerak dek pening. Selesai solat, Mira berehat seketika sementara menunggu solat seterusnya. Memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat, dia tidak perlu mengemas rumahnya kerana dia telah berbuat demikian pada sebelah pagi.

Oleh kerana terlalu penat, Mira tertidur.

#bagi yang beragama Islam, tidur pada sebelah petang (selepas Asar ) amatlah tidak digalakkan. Sila rujuk penjelasan ustaz - ustaz atau alim ulama mengenai hal ini.

Jam 6:05 petang.

'Astaghfirullah..' ujarnya. 'Tertidurlah pula..'

Mira bergegas ke tandas untuk membersihkan diri dan seterusnya bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Usai solat, Mira ke dapur, membantu kakaknya, Siti memasak untuk makan malam. Walaupun masih lagi berasa pening, dia tetap menggagahkan dirinya ke dapur.

Semasa Mira leka menuang minyak ke dalam kuali panas, tiba - tiba......

'ADUH!!!' jerit Mira.

Penglihatannya menjadi kelam. Mira tidak dapat berdiri dengan betul. Telinga kiri Mira dirasakannya sangat sakit.

'MAK!!' jeritnya. Pendengarannya dirasakannya semakin jauh. Sekelip mata sahaja, Mira tidak dapat mendengar lagi menggunakan telinga kirinya. Siti bergegas mendapatkan Mira yang sudah terbaring itu. Mira tidak mampu membuka matanya kerana kepalanya dirasakan berputar dengan laju. Ibu Mira segera mendapatkannya. Mujurlah, minyak panas itu tidak tumpah ke atas Mira kerana dia sempat mengelak.

'Mira!Mira! Kenapa ni nak?' Ibunya cemas. Ayahnya segera mencari kunci kereta. Mereka membawa Mira ke hospital dengan segera.

Mira tidak berkata apa - apa walaupun dia menanggung kesakitan yang amat sangat. Dia tidak ingin melihat ibu bapanya risau melihat keadaannya.

Sesampainya di hospital, pegawai perubatan di bilik kecemasan memeriksa keadaan Mira. Ujarnya, telinga Mira terkena jangkitan kuman, akan sembuh setelah beberapa hari atau seminggu kemudian. Walaupun agak kurang yakin dengan penjelasan pegawai perubatan itu, Mira tidak berkata apa - apa. Kepalanya terlalu pening untuk berkata apa - apa.

Semuanya berlaku secara tiba - tiba. TIBA - TIBA.

Sebenarnya, Mira perasan sesuatu yang pelik sepanjang hari itu. Namun, dia menidakkannya, berharap agar perasaannya itu hanyalah mainan hatinya semata - mata.

Rupa - rupanya....
Itu hanyalah permulaan.

Permulaan kepada sebuah cerita.

SIHIR-Where stories live. Discover now