"Korang nak apa lagi?! Tak cukup lagi ke nak hancurkan aku dengan adik aku?! Hah?!" jerkahnya dengan mata yang bergenang.

Carl Hans Mikael bersandar di tepi pagar sekolah dengan mata terpejam rapat. Suara abangnya yang kuat dan menggerunkan itu dia dengar tetapi tak mampu untuk bersuara.

Betul-betul hilang tenaganya dibelasah oleh Joe.

Ketika itu dia sedang menunggu abangnya untuk pulang bersama-sama, walaupun abangnya tak mahu pulang bersamanya.

Tetapi lain pula yang jadi bila Joe dan rakannya yang datang menyerangnya tanpa sebarang kata.

Dia cuba melawan dan berjaya membalas serangan Joe tetapi dia makin teruk dibelasah akibat rakan Joe yang menahan badannya daripada bergerak.

Mana mungkin dia yang akan berjaya jika mereka bertiga dan dia keseorangan.

"Aku benci tengok muka adik kau! Semak kau tahu tak?! Alih-alih dia jugak yang dapat nama! Menyampah lah sial!"

Suara Joe juga meninggi dengan wajah yang tegang dan penuh kebencian.

Joe mengepal tangan membentuk penumbuk lalu maju ke arah Carl Que Alexander. Dilayangkan penumbuk pada lelaki itu tapi tersasar.

Carl Que Alexander dan Joe mula bergelut sesama sendiri.

Rakan Joe hanya mampu melihat tanpa masuk campur apabila dua lelaki yang terkenal dengan sifat bengis masing-masing sedang berlawan, mahu mereka yang teruk dibelasah nanti.

Carl Que Alexander, pelajar yang digelar dengan gelaran budak setan kerana sikapnya yang tak mempunyai sifat lembut pada lawannya.

Mereka berdua hanya mengikut arahan daripada Joe, itu pun setelah diugut Joe berkali-kali.

"ARGHH!"

Joe terlentang di atas jalan tar dengan wajah berkerut sakit. Carl Que Alexander pula yang ingin menyerang Joe terhenti sebaik lelaki itu mengacah pisau dihadapannya.

Joe memang gila! Cemburu hingga sanggup membunuh!

Mr Killer's Girl  |✔|Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ