Bab 10

1.7K 75 1
                                    

TOK ! TOK !

"Kejap !"

'Ish, siapa pulak yang ketuk pintu ni, aku belum siap lagi lah..' bebel Amni dalam hati sebelum melangkah untuk membuka pintu.

Buka saja pintu, tersembul wajah Arin dihadapannya.

"Wow ! cantiknya akak !" puji Arin sebaik saja melihat kakaknya yang cantik mengenakan dress labuh warna dark blue mixed soft purple itu yang dihiasi labuci di sekitar lengan dress tersebut.

Amni tersenyum menampakkan lesung pipit dikiri dan kanan pipinya.

"Alaah ! well, akak kau memang cantik apa.. hahaha" Amni apa lagi, masuk bakul angkat sendirilah gamaknya.

Arin menceber.

"Eleh, ujub ! "

"Hahaha.. ni, awalnya siap. Akak belum siap lagi ni haa.. masuklah dulu." tegur Amni seraya mempelawa adiknya masuk.

Arin menutup kembali pintu bilik kakaknya setelah menapak masuk dan melabuhkan duduknya di katil.

"Pasal akak lambat sangat bersiap ni, tadi kemain lagi eh membebel kat Arin suruh cepat siap. Laa ni, dia pulak yang lambat.."

Amni tersengih. Memang betul pun, usai saja menunaikan solat Isyak tadi, dia sudah membebel pada Arin supaya bersiap awal. Siap ugut lagi, kalau lambat dia tinggal. Tapi, tengok sekarang siapa yang lambat bersiap. Amni terus mencapai shawl rona biru laut untuk dipadankan dengan dress yang dipakainya kini.

"Alaa, akak sakit perut tadi. Tu yang lambat sikit nak bersiapnya. Acum !" nampak sangat bohong.

Amni menjeling Arin melalui cermin hias. Arin melemparkan pandangan tajam buat kakaknya.

"Hmm, kalau tak boleh bohong tu, tak yah lah nak buat." perli Arin.

Amni terseringai.

"Hehe.. tak pa, acara start pukul 9:30 malam nanti, ni baru pukul 8:40 malam. Ada banyak lagi masa ni.." kata Amni sambil tangan sibuk membetulkan shawl di atas kepala.

"Hmm, iyalah tu. Tadi kemain beriya suruh kita siap awal, last-last dia sendiri yang lambat.." rungut Arin lagi dengan ayat yang sama.

Mana taknya seawal pukul 8:20 malam tadi dia sudah bersiap kerana takut ditinggalkan kakaknya itu.

"Ehee, iyalah.. sorry, eh.. jadi tak angah pergi hantar kita ni ? " soal Amni kemudiannya.

"Erm, entahlah kak. Tak nampak angah pun tadi.."

"Eh ? tak nampak ? mana perginya angah ?"

Arin sekadar menjongket bahu.

"Hm, dah lah jom.. akak dah siap ni.." ajak Amni lalu mengambil beg tangannya di atas meja membaca.

Mereka sama-sama keluar dari bilik Amni menuju ke tingkat bawah.

******
Iphone 6s miliknya menyanyi nyaring di atas katil. Syameel yang sedang bersiap-siap itu bergerak ke arah katil untuk mendapatkan handphonenya.

"Hello.. Assalamualaikum.." sapa Syameel sekilas panggilan dijawab.

"Hello, waalaikumussalam.."

"Haa, ada apa Adli ?"

"Tak, ni kau dah siap ke ? aku on the way nak ambik kau ni.." ujar Adli pada Syameel di corong talian.

"Dah siap dah. Eh, aku rasa kau tak payah ambik lah, biar aku drive sendiri. Lagipun, kau kan nak ambik student practical kau tu kan ? so, aku taknak lah kacau daun.." ujar Syameel pula sambil berseloroh.

I LOVE YOU Cik Pinocchio ! [COMPLETE]Where stories live. Discover now