part 30(end)

3.4K 225 26
                                    

Pedang di tangan aku sekali lagi aku hayunkan laju ke arah Kurima.

Namun dengan mudahnya dia mengelak dengan bergerak satu langkah ke sisi.

Ranting magis di tangannya dihalakan kepada aku dengan senyuman sinis.

Satu cahaya laju keluar Dari ranting itu dan meluru laju ke arah aku dan terkena tepat pada perut aku.

Disebabkan serangan itu aku terundur ke belakang dan hampir berlanggar dengan pasu² bunga Yang berada di kawasan itu.

Tangan aku menekup perut yang mula terasa senaknya.

"Huh. Lembiknya kau ni. Aku ingat ke kuat sangat." Kutuk Kurima.

Aku memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam. Kau tunggu. Aku dapat kau aku robek² isi kau!

Perlahan² ranting magik di tangan Kurima bertukar menjadi sebilah pedang perak.

"Apa kata kita lawan pedang? Tak bestlah kalau guna magis je~" ujar Kurima sambil menilik pedangnya yang tajam macam jarum tu.

Satu senyuman sinis terukir di bibirnya sebelum dia menyerang aku secara tetiba tanpa sebarang amaran.

Aku hanya mampu mengelak dan menahan semua serangannya dengan pedang milik aku.

Bunyi lagaan pedang disusuri dengan ngauman naga menghiasi kawasan itu.

Tengah kami berdua menyerang masing² dengan menggunakan pedang, tetiba sahaja Kurima hilang Dari pandangan aku.

Damn it! Sihir halimunan!

Tengah aku terkial² mencari kelibat si setan tu, aku rasa sesuatu membelah betis kiri aku secara tetiba.

Tanpa berfikir panjang aku menghayunkan pedang aku ke arah belakang aku. Namun, tiada apa² yang berlaku.

Kini tangan kiri aku pula yang terbelah. Sekali lagi aku menghayunkan pedang, tetapi tiada apa² yang berlaku.

Tangan dan betis kiri aku mula mengeluarkan darah yang banyak.

"Keluarlah pengecut!!!" Jerit aku kuat.

Satu ketawa halus kedengaran, tetapi aku tak dapat kesan dari mana ia datang.

Tetiba satu tikaman pedang dari belakang menembusi perut aku.

"Shielda!!!"Jerit Eren yang masih terbaring di atas tanah.

Aku pula masih terpaku. Baju aku mula diwarnai dengan warna merah darah.

"Gotcha." Satu bisikkan dari Kurima mula kedengaran betul² di tepi telinga aku.

Badan aku ditendang dari belakang membuatkan perut aku terlepas dari tikaman Kurima.

Aku jatuh terbaring di atas tanah akibat kehilangan banyak darah.

Aku boleh nampak Kurima yang mengatur langkah ke arah aku dengan muka yang kecewa.

"Aku kecewa dengan kau." Kakinya diletakkan betul² di dada aku lalu ditekan kuat dengan tumit kasutnya.

Aku hanya mampu mengerang kesakitan. Aku dah tak berdaya.

"Aku ingatkan, bila aku lawan dengan kau, aku akan dapat kepuasan dan keseronokkan. Tapi, aku silap. Kau sama ja dengan manusia² lemah yang lain." Tumitnya ditekan lebih kuat dari sebelum ni pada dada aku.

"Erghh!!!"

"Tapi tak apa lah. Lepas kau mampus, aku akan bunuh semua keluarga kau, dan aku akan jadi raja kat dunia ni! Hahaahhaha!"

Aku terpaku dengan kata² Kurima. Bunuh keluarga aku? Maksud dia...

Bonda, Eren, Eli, Licius, dan Aurora. Dia akan bunuh mereka? Aku tak boleh biarkan!

Magic In Heart|COMPLETE|Where stories live. Discover now