• Part LVI •

10.1K 463 3
                                    

“Good Evening to all passengers. Thank you for choosing KLM Royal Dutch Airlines.. ”

Emma membuang pandangannya keluar tingkap. Tengku Shamri telah pun bertolak ke Amsterdam dua hari yang lalu menaiki jet peribadi keluarga mereka.

Emma terpaksa menangguhkan penerbangannya kepada petang tersebut kerana terdapat beberapa hal yang perlu diurusnya di Redwood Specialist Hospital. Tiba-tiba, telefon milik Emma bergetar menandakan telefonnya itu menerima panggilan daripada seseorang.

Incoming Call: Dylan

Emma memandang skrin telefonnya dengan dahi yang berkerut. Dia teragak-agak sama ada hendak menjawab panggilan tersebut ataupun membiarkannya sahaja.

“Excuse me, miss? You need to turn off your phone.” tegur seorang pramugari.

Emma mengangguk faham. Dia menarik nafas lalu mematikan panggilan tersebut. Pramugari tersebut mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

Emma masih memandang skrin telefonnya yang kini sepenuhnya gelap. Air matanya yang jatuh segera dikesatnya. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia memasukkan telefonnya ke dalam beg tangan lalu merenung semula ke luar tingkap.

•●•●•●•

Dylan turun dari teksi setelah membayar tambang teksi dengan dua keping not RM50. Dia berlari ke dalam lapangan terbang.

Dia mengeluarkan telefonnya lalu mendail laju nombor telefon Emma. “Come on, Emma!” Ujarnya sambil memerhatikan sekeliling, mencari kelibat Emma.

“I'm sorry, the number you have dialled—” Dylan mematikan panggilan setelah mendengar operator yang menjawab panggilan tersebut.

Dylan berlari menaiki eskalator. Dia memohon maaf kepada semua pengunjung yang dilanggarnya dek kerana tergesa. Tiba-tiba langkah Dylan terhenti. Matanya tertancap pada skrin televisyen yang mengumumkan penerbangan.

KLM Royal Dutch Airline to Amsterdam (AMS) : Departed

Dylan memanggil seorang petugas lapangan terbang, “Excuse me, is there's any other flight to Amsterdam?” Soalnya.

“No sir. The last flight has departed.” Balas petugas lapangan terbang tersebut.

Dylan menghampiri tingkap lapangan terbang tersebut. Tangannya diletakkan pada cermin sambil matanya memerhatikan sebuah pesawat yang KLM Royal Dutch Airline yang baru sahaja berlepas. Dylan tertunduk dengan rasa bersalah.

•●•●•●•

Emma bergegas keluar dari airport. Hari telah pun larut malam. Emma menilik jam tangannya yang menunjukkan pukul 9 malam itu. Ini bermakna, di Malaysia sudah pun pukul 2 pagi kerana Amsterdam adalah enam jam di belakang waktu Malaysia.

“Taxi!” Panggil Emma.

Sebuah teksi berhenti di hadapannya. Pemandu teksi tersebut keluar dari perut kereta lalu menghampiri Emma.

“Where to, miss?” Soal pemandu teksi tersebut.

“Monnikenstraat 19, 1012 BP.” Balas Emma.

Pemandu teksi tersebut mengangguk lalu membantu Emma untuk meletakkan bagasinya ke dalam bonet teksi. Emma kemudiannya masuk ke dalam perut teksi. Setelah itu, teksi yang dinaiki Emma meluncur jauh meninggalkan perkarangan lapangan terbang.

Perjalanan menuju ke destinasi Emma mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam. Sepanjang perjalanan, Emma memandang bangunan yang masing-masing bersambung antara satu sama lain. Binaan bangunan di Amsterdam juga kebanyakannya agak berbeza dengan Malaysia.

Bangunan di Malaysia kebanyakan kelihataan moden manakala di Amsterdam pula bangunannya banyak yang kelihatan seperti bangunan zaman medival. Emma melihat pantulan teksi pada Amstel River dengan asyiknya.

Tiba-tiba, teksi berhenti. “We're here, miss.” Beritahu pemandu teksi tersebut.

Emma mengangguk faham. Mereka berdua keluar dari perut kereta. Pemandu teksi tersebut membantu Emma untuk mengeluarkan bagasinya dari dalam bonet. Emma memandang sekeliling akan tetapi dia tidak melihat bangunan apartment yang bakal didiaminya.

“You just have to walk into this alley and your destination is in front of a kebab place.” Beritahu pemandu teksi tersebut setelah membaca riak keliru yang terpampang pada wajah Emma.

“Thank you.” Emma membayar tambang teksi tersebut. “Have a good day.” Ucap Emma.

“You too.” Balas pemandu teksi tersebut lalu memandu pergi.

Emma menarik bagasinya dan berjalan masuk ke sebuah lorong di mana kereta tidak dibenarkan untuk melaluinya. Mujurlah beberapa kedai di situ masih dibuka, membuatkan Emma berasa lebih selamat. Dia bertembung dengan sebuah kedai yang menjual kebab dan berhadapan kedai kebab tersebut, tersergam sebuah bangunan lama, The Monk Amsterdam Apartments.

•●•●•●•

Emma memasukkan kunci ke dalam lubang kunci. Setelah terdengar bunyi KLIK, Emma memulas tombol pintu perlahan. Dia masuk ke dalam apartment yang telah disewanya untuk seminggu itu kemudian menutup semula pintu.

Emma melihat sekeliling. Apartment tersebut agak luas dari yang disangkakannya. Bukan itu sahaja, tempat itu juga kelihatan bersih walaupun terpaksa melalui sebuah lorong yang gelap untuk sampai ke situ.

Dia membawa bagasinya masuk ke dalam bilik yang bakal didiaminya. Emma membuka perlahan zip bagasinya dan mengemas pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam almari baju. Tiba-tiba, Emma terhenti.

Dia perlahan-lahan mengeluarkan sehelai sweater dari dalam bagasinya. Emma membuka lipatan sweater tersebut dan alangkah benar sangkaannya. Sweater yang berwarna kelabu muda itu adalah milik Dylan.

Emma mendekatkan sweater tersebut pada hidungnya. Bau vanila iaitu wangian Dylan yang sering amat dia sukakan itu membuatkannya semakin rindu. Tanpa disedarinya, air mata mengalir ke pipi.

•●•●•●•

Penumpang KLM Royal Dutch Airlines kelihatan kurang pada subuh itu. Dylan membuka kunci telefon miliknya yang kini berada dalam mod penerbangan. Waktu menunjukkan 5.39 pagi. Dia mengeluh.

Setelah kepergian Emma petang kelmarin, Dylan telah menempah tiket penerbangan yang terawal untuk ke Amsterdam. Dia nekad untuk tidak berputus asa selagi Emma belum memberikan kata putus untuk berpisah secara berdepan dengannya.

Pesawat yang dinaikinya mula bergerak menuju ke landasan utama untuk berlepas. Secara tiba-tiba, Dylan mula berasa gugup. Peluh dingin membasahi dahinya. Mujurlah dia tidak berkongsi tempat duduk dengan sesiapa kerana pasti keadaannya ketika itu agak memalukan.

•●•●•●•

• Surgeon in love tinggal 4 bab + epilog je 😭 lepas ni tak tahu nak buat apa dah hm 😴

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now