• Part XXI •

12.3K 666 11
                                    

Vivir sin ti, no aguanto más..”

•●•●•●•

Iz mengatur langkahnya keluar dari hotel tersebut menggunakan pintu belakang hotel itu. Langkahnya terhenti apabila dia mendengar esakan seseorang. Iz mencari arah suara itu dan mendapati suara tersebut milik seorang gadis yang duduk di bahu jalan.

Lebih spesifik, gadis tersebut adalah Emma. Iz mengambil satu langkah ke hadapan. Dia menghentikan dirinya daripada menuju ke arah Emma. Iz mengeluarkan telefon miliknya dan menaip sesuatu pada skrin telefon kemudian dia mematikan telefon tersebut.

Iz mendongak ke arah Emma, “Sorry.” Ucapnya perlahan dan berpaling ke arah lain untuk meninggalkan Emma.

•●•●•●•

Dylan mengeluarkan sekotak jus lalu diminumnya. Tiba-tiba, telefon Dylan yang terletak di atas kaunter dapur menyala. Dylan meletakkan jus tersebut di atas kaunter dapur dan menggapai telefonnya. Mata Dylan terbeliak apabila melihat pesanan ringkas tersebut.

Dia bergegas keluar dari rumah tanpa mengganti pijama yang dipakainya pada masa itu. Mujurlah sebuah teksi lalu di hadapan rumah Dylan. Dia menghentikan teksi tersebut lalu masuk ke dalam teksi itu.

•●•●•●•

Emma membuka matanya luas dan mendapati dia berada di dalam biliknya. Dia melihat sekeliling dan mendapati tiada sesiapa berada dengannya di dalam bilik itu. Tiba-tiba, pintu dibuka dan mendedahkan Afaaf disebalik pintu tersebut.

“Kau dah bangun?” Soal Afaaf.

Emma meluruskan duduknya lalu mengangguk, “Macam mana aku boleh sampai sini? Seingat aku semalam—”

“Aku kena pergi kerja ni. Nanti aku balik, aku ceritakan semua kat kau, okay?” Ujar Afaaf setelah mengerling ke arah jam di dinding. Emma mengangguk sambil tersenyum. “Aku pergi dulu.” Beritahu Afaaf lalu menutup semula pintu bilik Emma.

Emma teringat semula tentang apa yang terjadi semalam dan rasa sakit hati menyelubunginya sekali lagi. Emma meraup mukanya sambil lututnya dirapatkan di dada.

“Kenapa kau mesti jadi abang tiri aku?” Soal Emma sendirian. “Aku boleh terima kalau kau dah tak sayangkan aku tapi kenapa kau buat aku kena benci dekat kau, Iz?” Tambahnya lagi, setitik permata jatuh ke pipinya. “Kenapa kau jahat sangat?” Emma menyembam mukanya pada lutut dan meneruskan tangisannya.

•●•●•●•

Emma yang lalu di Nurse Station itu kebetulan terserempak dengan Dylan. Dylan terhenti apabila melihat sepasang kasut tumit tinggi di hadapannya. Dia mendongak dan mendapati Emma sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

“Hai.” Sapa Emma. “Afaaf dah bagitahu saya yang Dr. Dylan tolong hantarkan saya balik dua malam yang lalu.” Beritahu Emma, tangannya disorokkan di belakang. Entah mengapa dia berasa agak gementar apabila bersama Dylan.

Dylan tidak tahu hendak berkata apa. Dia akhirnya mengangguk kecil dan melangkah untuk pergi sehinggalah lengannya diraih oleh Emma.

“Um, kalau saya treat doktor lunch, doktor sudi tak?” Emma menggigit bibir.

Dylan melepaskan pegangan Emma pada lengannya dan membuatkan Emma tergamam. Dylan sempat mengerling ke arah Emma sebelum meneruskan langkahnya untuk pergi tanpa mengucapkan sepatah kata.

Emma berasa aneh dengan perubahan layanan Dylan terhadapnya yang agak dingin secara mendadak itu. Sejak Emma menetap di rumah Dylan untuk seminggu itu, mereka semakin rapat tetapi pada hari ini, Dylan kelihatannya bersikap amat dingin terhadap Emma.

“Kan aku dah warned kau.” Tegur suara seseorang. Emma menoleh ke arah empunya suara itu dan mendapati Sheeyra sedang berdiri di belakangnya sambil tangannya disilangkan lalu dirapatkan pada bawah dada. “Jangan sentuh Dylan lagi. Kalau tak—”

“Kalau tak apa? Kau nak bunuh aku? Kau nak bakar rumah aku? Hah, baguslah tu! Dengan barang-barang kau yang tak original tu sekali terbakar, padan muka kau!” Emma mula hilang sabar dengan perangai Sheeyra itu.

Sheeyra tertawa sinis, “Jangan sentuh Dylan lagi or aku akan umumkan kat semua orang yang kau tu, anak Professor Tengku Shamri.” Dia menudingkan jarinya ke muka Emma. “Bayangkan gosip-gosip panas yang boleh terbit lepas tu. Mesti orang akan fikir yang kau ada kat sini sebab bantuan Tengku Shamri je, that you does not deserve to be here.” Tambahnya lagi penuh dengan ugutan.

Emma tidak mengeluarkan kata-kata untuk menafikan apa yang dinyatakan oleh Sheeyra itu kerana dia tahu, semua yang dikatakan oleh Sheeyra itu adalah fakta. Sheeyra tersenyum puas apabila Emma mengaku kalah dalam perbalahan mereka itu.

“Oh and one more thing—make sure yang kau tak akan jadi Thoracic Department Manager. Dylan is the only one yang layak untuk manager baru.” Beritahu Sheeyra dengan senyuman sinis.

Emma tertawa, “What about you? Semua surgeon kat hospital ni nak jadi manager and I think the same goes to you. Kau sanggup lepaskan peluang untuk jadi manager yang baharu tanpa mencuba, without any effort sebab cinta kau kat Dylan yang bertepuk sebelah tangan tu?” Emma membalas. “How pathetic!”

“Kau tak payah nak ajar akulah! Whether Dylan suka kat aku atau tak, in the end kitorang akan bersama juga. Do you want to know why? Sebab aku anak Tengku Daud, one of the most powerful bussinessman kat Malaysia.” Sheeyra dengan angkuhnya berkata.

Emma sekali lagi tertawa, “And I'm the daughter of Tengku Shamri, the Director of Redwood Specialist Hospital. Kau tak rasa ke kalau Dylan kahwin dengan aku, dia akan dapat lebih banyak manfaat? I don't know, maybe instead of jadi the new manager, mungkin dia boleh ganti tempat Tengku Shamri sebagai pengarah hospital ni, am I right?” Emma memanaskan hati Sheeyra. “Kau nak bagitahu semua orang yang aku ni anak Tengku Shamri, be my guest.”Emma kemudiannya meninggalkan Sheeyra yang terpinga-pinga itu.

Genggaman jari jemari Sheeyra semakin erat. Rasa benci membuak-buak terpendam di hati.

•●•●•●•

Siapa dpt teka mksud quote in the beginning tu, saya letak username dia kat wall saya utk seminggu. Ada brani? 😼 klau nak try, personal message me k 🙆 Valid for the first and second person only.

Surgeon In LoveWhere stories live. Discover now