" Trust me. You save with me now. Jangan ingat lagi benda tu. Please sayang? I love you. I'm your husband and your love."

Aku gigit bibir dan membuat anggukan perlahan. Ya. Usyair suami aku. Dia penyelamat aku dan cinta hati aku. Aku selamat disamping dia.

" Kita tidur ye?"

Dia baringkan aku dan tarik aku ke dalam pelukannya. Aku cuba pejam mata. Ya Allah. Jauhkanlah aku dari semua peristiwa hitam itu. Aku mohon. Kuatkan hatiku Ya Allah.

**

" Makan sayang?"

Aku hanya mampu perhati je apa yang dia sedang buat sekarang. Dia letakkan sepinggan nasi goreng dan segelas susu depan mata aku. Then dia duduk sebelah aku. Pinggan tadi diambil dan dia ready nak suap aku.

" Aaaa.."

Aku buka mulut dan nasi itu masuk ke dalam mulutku. Sedap. Pandai dia masak.

" Sayang kena makan tau. Lepas tu baru boleh makan ubat. Then baru cepat sembuh."

Sungguh. Aku terharu dengan layanan dia. Tak pernah berkasar dan layan aku dengan baik sangat. Sanggup pula ambil cuti sehari demi aku. Sedangkan kerja dia lagi banyak dari aku.

" Abang."

" Yes sayang?"

" Abang kena pergi kerja. Fia okay."

Dia suap lagi. Aku kunyah perlahan. Sememangnya seleraku dah mati.

" Isteri abang sakit. Takkan abang nak biarkan isteri abang macam ni? No okay. Susah senang kita bersama okay?"

Aku sebak. Nak nangis. Tapi aku tahan dengan tersenyum.

" Mesti Fia dah banyak susahkan abang kan?"

Usyair meletakkan pinggan di atas meja semula selepas habis. Then dia tengok aku tajam.

" You're my wife. Dan tiada istilah menyusahkan dalam hidup abang. Sebab sayang adalah nyawa abang. Please sayang. Jangan cakap yang bukan-bukan lagi. Abang tak suka."

Aku senyum pahit. Ya Allah. Beruntungnya aku dapat suami macam dia.

" Abang."

" Yes?"

Dia serahkan aku segelas susu. Aku sambut dan minum sampai habis. Dia tersenyum puas bila tengok aku minum sampai habis then dia kembali fokus dekat aku.

" Fia nak cakap something."

" What is that?"

Aku tersenyum dan memeluk dia. Erat. Dia membalas pelukan aku.

" Why sayang?"

" I love you."

Akhirnya, aku berjaya juga ucapkan tiga ayat keramat tu dalam satu nafas. Aku pejamkan mata sebab malu. Dadaku dah berdebar.

" Apa sayang? Abang tak dengar."

Aku buka mata dan dongak tengok dia. Muka blur habis. Tak dengar ke buat-buat tak dengar?

" Tiada siaran ulangan." Ujarku selamba.

" Ala sayang. Serius abang tak dengar tadi. Sayang cakap slow sangat. Please. One more?"

Aku mencebik. Mengada. Okay. Fine.

" I. Love. You."

Ambik. Satu-satu persatu aku sebut. Dengan jelas, nyata dan terang. Tapi aku pelik bila dia tak balas pun kata-kata aku. Aku lepaskan pelukan dan tengok dia dengan kerutan di dahi. Wajah dia jangan cakap. Nampak terkejut.

Dendam CintaWhere stories live. Discover now