C10- pertemuan yang tidak dijangka

10 1 0
                                    

Semasa Jungkook hendak pulang aku mengekorinya sampai ke cafe tetapi aku hanya berdiri di luar cafe sahaja tidak mahu menganggu

Sedang sibuk memerhatikan Jungkook yang sedang sibuk membuat air di dalam nama ku dipanggil dari jauh

"Min yeong! Itu kau ke? Lama tak jumpa" tegur satu suara dari belakang

Ok suara tu aku kenal macam suara mingyu

Apabila aku menoleh tekaan ku memang tepat riak wajah ku terus berubah

Aku mula mengorak langkah untuk pulang ke rumah tetapi mingyu memanggil aku lagi

"Min yeong nanti.. Aku datang sini nak jumpa kau"

Langkah ku terhenti dan aku berpaling melihat mingyu yang cuba meraih perhatian daripada ku

"Aku suka kan kau min yeong aku nak bercinta semula dengan kau" mingyu datang ke arah ku

Tetapi aku mengundur menjauhi mingyu

"Kenapa kau mengundur? " Mingyu berasa pelik dengan kelakuan ku

"Senangnya kau cakap kau dah buang aku macam sampah sekarang kau nak kutip aku pulak kau ingat aku ni barang kitar semula ke? "

Aku bercakap dengan nada sinis tetapi mingyu tidak menunjukkan riak terkejut sebaliknya riak dia tampak tenang

Ok dia tak sakit lagi dengan kata-kata aku so aku nak tengok sejauh mana dia boleh tahan dengan Min yeong yang kasar dan mulut macam longkang ni

"Aku tahu aku dah buat kau macam-macam tapi tolong la maafkan aku.. Aku menyesal sangat sebab buang kau dulu" mingyu cuba meminta maaf

"Dah ludah sekarang nak jilat balik? Dalam dunia ni takde perempuan yang senang maafkan seorang lelaki yang pernah sakitkan hati dia dulu"

Panjang lebar aku memberi ceramah geram punya pasal en

"Tapi ade je perempuan yang sudi bagi second change dekat lelaki yang di cintainya walaupun lelaki tu buat salah" mingyu menyatakan ayat dia dengan rasa tak bersalah

Wuish dia ni aku nak buat dia marah last last aku yang rasa nak marah

"Oh macam tu tapi yang pasti aku bukan perempuan yang senang senang bagi second chance dekat lelaki tak guna macam kau" aku cuba mengawal perasaan ku

Aku takut aku tidak dapat bertahan aku takut air mata ku tumpah untuk kali yang ketiga

Mingyu datang dan berdiri di hadapan ku cuba untuk mencapai tangan ku dan digenggam erat

"Tolong la aku betul betul sayangkan kau min yeong.. "

Kedengaran ikhlas luahan perasaan mingyu tapi aku tak mudah ditipu jangan ingat kau boleh tipu aku sekali kau boleh tipu aku untuk kali kedua

"Aww So sweet patut la si Sun Hee tu suka sangat dengan kau kan tapi malangnya dia buta aduh kasihan la perempuan tu..

Lelaki berlakon depan dia pun dia tak perasan" aku menepis tangan mingyu dari terus mengenggam tangan ku

Mingyu kelihatan agak marah tapi berlagak tenang. Pikir cool ke?

"Untuk peringatan lelaki tak guna macam kau sila berambus dari hidup aku dan aku meluat tengok perangai kau" aku menjeling

"Yeon kenapa perangai awak berubah sampai macam ni? " mingyu menatap wajah ku dengan pandangan kasihan

Tetapi aku membalas dengan melemparkan pandangan yang penuh dengan perasaan kebencian

"Aku berubah macam ni sebab kau.. Sebab lelaki tak guna macam kau ni buat aku menderita buat aku rasa kau lelaki tak patut wujud dalam dunia ni"

Mingyu tergamam. 

Mαcchíαtσ | JungkookWhere stories live. Discover now