C7- Memori

18 3 3
                                    

"Saya boleh tolong awak tapi dengan syarat..

"Apa syarat dia?"

"Kahwin dengan aku"

Jungkook tersedar dari lamunannya.

"Pukul berapa dah sekarang? Alamak dah lambat nak gi kerja!

Jungkook bingkas bangun dari katil dan terus mencapai jaket sejuk dan telefon bimbitnya

Jungkook ke ruang tamu mencari ommanya "omma jungkook nak pergi kerja ni" laung Jungkook dari ruang tamu

Kelam kabut Puan Jeon mendapatkan anak sulungnya. "Kamu nak kemana ni?" Puan Jeon kelihatan risau melihat anak lelakinya yang kelihatan sakit dan lesu

"Nak pergi kerja..jungkook pergi dulu omma" belum sempat Jungkook melangkah Puan Jeon sudah memegang erat lengan anaknya

Panas? Demam ke?

Puan Jeon melekapkan tangannya ke dahi Jungkook untuk merasakan suhu badan anaknya

"Kamu demam ni...tak payah la pergi kerja arini minta cuti je" Puan Jeon membawa Jungkook ke sofa

"Mana boleh omma Jungkook kena pergi nanti bos Jungkook marah" Jungkook cuba menghalang ommanya

"Jungkook kamu tu manusia bukannya robot kamu tahu tak..manusia perlukan rehat kalau terlampau kuat bekerja nanti kamu jugak yang susah.." bebel Puan Jeon panjang lebar

Jungkook hanya akur dengan arahan ommanya, tidak mahu menderhaka kepada ommanya

"Baiklah omma.."

*****
Sudah beberapa jam berlalu, jam ditangan dipandang sekilas

hmm dah lambat dah ni tapi batang hidung dia pun aku tak nampak.. mana dia ni lambat pulak tak pernah-pernah dia lambat camni

Keluh Min Yeong, kesal dengan perangai Jungkook yang telah memungkiri janji untuk bertemu dengannya malam ini

Aku mengambil secawan kopi yang panas yang baru dihidangkan dan dengan berhati-hati aku menghirup sedikit demi sedikit

Malam itu Min Yeong menunggu Jungkook sehingga cafe lovers sudah hendak ditutup

"Cik maafkan kami tapi cafe dah nak tutup"

Tegur seorang pekerja disitu yang juga merupakan kawan sekerja Jungkook

Aku tidak menjawab sebaliknya memerhatikan salji yang turun pada malam itu

"Cik...Cik?"

Aku menoleh ke arah pekerja tersebut dan menguntumkan senyuman sambil menundukkan muka tanda hormat "Maafkan saya"

Pekerja tersebut setia menemani aku hingga ke pintu keluar cafe. Aku berpaling dan mengucapkan terima kasih

Aku mula melangkah menuju ke sebuah tasik yang berdekatan dengan cafe lovers yang tidak jauh dari situ

Setibanya di tasik tersebut aku melabuhkan punggung dan melihat air yang tenang dan ditemani cahaya bulan

Segala memori yang berada di minda kembali bermain-main di fikiran..

Flashback

"Kau tak layak untuk dicintai! Sebab apa? Sebab kau tak setaraf dengan mana-mana lelaki dalam dunia ni"

Sun Hee menyilangkan tangan sambil membuat muka berlagaknya

"Ohh lagi? Kau pikir kau seksi sangat hah pakai terdedah sana sini tu.."

Aku membuat muka annoying. Haa aku mula la ni kalau mood menyampah aku datang segala eksperasi muka aku keluarkan

"Eh ofkos la seksi..sebab pakaian terdedah aku ni la pakwe kau sendiri pun tergoda sampai kau pun dia tak pandang"

Sun Hee ketawa dengan lagak gediknya sambil menyelak rambutnya ke belakang.

Eyy acah betul minah ni.. ( ̄へ ̄)

"Hahaha kau ni buat lawak ape do? Kau ingat pakai camni seksi? Pale otak kau lah.. sebenarnya kau bukan mendedahkan body kau yang nampak fit sangat tu tapi kau mendedahkan segala lemak kau yang terjojol keluar dari baju kau tu!"

Aku memberikan pandangan sinis, apahal? Tak puas hati? Heh seksi konon

Sun Hee mendengus geram. Uih nak jadi kerbau dah tu.. HAHAHA suka aku tengok muka tenuk dia tu

Sun Hee datang mendekati aku dengan pandangan tak puas hati apabila Sun Hee betul-betul berdiri dihadapan aku

Sun Hee mengenggam kolar baju aku sambil berbisik

"Kau nak tahu something tak? Pakwe kau tu BODOH sebab apa? Sebab dia lebih percayakan aku daripada kau sebab dia ingat kau ni jenis lembab dan tak tahu apa-apa sedangkan kau dengan dia sama BANGANG je..

Sun Hee melepaskan genggamnya dari terus mencekam kolar baju sekolah aku

Aku mengepalkan penumbuk, geram dengan segala kata-kata Sun Hee tadi

Aku dengan perasaan marah yang tak terkawal aku menumbuk muka Sun Hee yang sibuk mentertawakan aku

"MIN YEONG!! Apa kau buat nih!"

Mingyu datang membantu Sun Hee yang terjatuh

Aku terkesima.. tak pernah aku bertindak agresif sampai macam ni, aku memandang tangan aku sendiri yang masih lagi mengenggam erat

"Oppa..sakit dia pukul.." Sun Hee memegang pipinya. Mingyu memandang muka Sun Hee yang lebam kerana ditumbuk tadi

"Mari oppa rawatkan.." Mingyu membantu Sun Hee untuk berdiri sambil memapahnya untuk bangun

Aku memandang Mingyu yang sibuk membantu Sun Hee, rasa senak hati ni melihat kemesraan mereka berdua. Aku tidak pernah dilayan begitu mesra oleh Mingyu

Apa tak layak ke aku menerima layanan seperti itu? Hina sangat ke aku sampai diperlakukan macam tu sekali..

Yelah siapa je kan aku ni, aku ni bukannya lawa sangat pun badan takde la berbentuk sangat tapi aku ade sifat jujur dan setia. Zaman sekarang ni mana la ade orang pandang sifat-sifat ni semua lelaki ni pandang rupa dan body je

"alolo sweetnya pasangan kapel ni..Takyah nak acah sweet sangat lah menyirap aku tengok"

Aku memberikan pandangan sinis

Mingyu menahan geram. "Hey perempuan! Kau nak tahu tak kenapa aku benci kau? Sebab kau tu takde apa! Kau tu bodoh! Selamani aku kapel dengan kau bukan atas dasar cinta kau tu yang terhegeh-hegeh nak kat aku"

Mingyu menghamburkan amarah yang lama terpendam di dalam hatinya.

Min Yeong sangat terkesan dengan kata-kata Mingyu tadi, apa yang diluahkan Mingyu memang tidak dijangka

Oh selama ni memang betul la dia tak pernah cintakan aku? Selamani dia berpura-pura sukakan aku sedang dia bermain cinta di belakang aku?

Wow lakonan yang hebat sungguh tak sangka pandai betul dia berpura-pura

"Mingyu..Saya betul-betul kecewa dengan awak,tak pernah saya rasa sesakit ini"

Terasa hangat air mata ini yang semkain laju mengalir membasahi pipi

"eh pergi mampos la dengan sakit kau tu!"

Mingyu meninggikan suara, Sun Hee di tepi Mingyu hanya tersenyum kemenangan kerana Mingyu berpihak kepadanya

"awak tunggu bila satu hari kebenaran tu datang jangan harap saya nak maafkan awak" aku menjeling ke arah Mingyu dan Sun Hee dan berlalu pergi..

End of flashback

Aku mengesat mata yang mula berlinangan air mata. Bila fikir balik terus rasa beremosi

Malam itu Min Yeong ditemani dengan air mata dan bermalamkan bulan dan bintang

Mengenagkan nasibnya yang agak menyedihkan kebelakangan ni

-To Be Continue-

Untuk pengetahuan semua ff without you tu akan di unpublishe dan dibuang dari hasil kerja saya..sape yg rasa x puas ati dgn keputusan ni mari la berbincang di msj yer

Mαcchíαtσ | JungkookWhere stories live. Discover now