C9- Kenangan yang menyakitkan

11 2 0
                                    

Pagi yang sangat indah...Hmm sangat indah..

Aku membuka mata dengan perlahan-perlahan

Aku ternampak samar-samar bayangan seseorang 'aku bermimpi ke?'

Aku tersenyum sendiri kerana ingatkan itu hanya sebuah mimpi tidurku

"Min Yeong?"

Satu suara memanggil nama aku. Macam kenal la suara tu tapi dimana ya?

Aku tidak menjawab sebaliknya memejamkan mata dan menikmati tidur yang lena

Aku tidak mahu dikejutkan oleh sesiapa kerana aku kepenatan semalam.

"Min Yeong sayang~"

Suara tu memanggil lagi kali ni dengan nada lebih lembut, aduu malas la nak bukak mata

"Saya kira sampai 3 je kalau awak tak bangun saya bukak baju awak.."

Dengan pantas aku bangun dari pembaringan dan..

"aduh!" aku mengerang kesakitan dengan memegang dahi ku

"tak boleh bangun elok-elok ke adui bukannya tengah main bola sepak nak tanduk orang.."

"yang kau tu duduk depan muka aku kenapa ha padan muka" aku mengusap-usap dahi ku menghilangkan kesakitan yang dirasai ketika ini

Jungkook hanya tergelak kecil.

Aku memandang ke arah Jungkook yang sedang mentertawakan aku. "Apa? Orang tak buat lawak la" aku menjegilkan mata

Jungkook mengeleng kepala "takde apa"

Aku bangun dari katil dan mencapai tuala hendak ke tandas, langkah ku terhenti apabila teringatkan sesuatu

Aku menoleh ke belakang, Jungkook sedang memandang ke arah aku.

"keluar lah cik abang oi aku nak mandi"

Jungkook bingkas bangun dan melangkah mendekati aku

Laa ingatkan dia nak keluar

Dalam tak sedar Jungkook sudah berada dihadapan aku. Aku melihat wajah Jungkook dengan perasaan takut-takut tapi cuba berlagak tenang dihadapannya

"apa?"

Jungkook semakin meratapi dan mengunci pergerakan ku di dinding.

"boleh tak saya nak mandi sekali?" Jungkook membelai rambutku yang kusut lagi masai

Aku menghantukkan kepala ku dengan kepala Jungkook. Haa rasakan gatal sangat en

"maaf tapi anda terlalu besar untuk masuk ke tandas ini..Izinkan saya~"

Aku tersenyum sinis sambil melangkah ke tandas

Jungkook mengusap-usap kepalanya yang kesakitan kerana dihantuk oleh aku

Selang beberapa minit..

Aku keluar dari tandas dan siap berpakaian

'nasib baik aku dah siap pakai baju fuu kalau tak habis si miang ni tengok'

Aku melangkah ke arah meja solek untuk mengambil sikat rambut tetapi sikat rambut tidak pulak kelihatan

"cari ni ke?~"

Jungkook menghayunkan sikat dihadapan wajah ku. Aku cuba untuk mencapai tapi gagal

Aku la dia ni kalau tak kacau orang tak sah la. Geram pulak aku

"Bak la" aku menghulur

Jungkook ingin memberikan sikat itu tetapi dia menariknya kembali dan memikirkan sesuatu

Mαcchíαtσ | JungkookWhere stories live. Discover now