C8- Rindu

28 3 2
                                    

Harini aku bangun awal pagi untuk berjogging dan mendapatkan bentuk badan yang fit la katakan ╮(─▽─)╭

Pagi ni mood aku ceria lepas melepaskan semua kesedihan malam semalam.

Ingat lepas jogging ni nak pergi cafe minum teh..Hmm pagi-pagi yang sejuk ni minum air teh boleh menyegarkan badan

Kalau ade Jungkook ni mau dia suruh aku minum macchiato dia tu, apa yang sedap pun aku tak tahu la

Lepas penat berlari, aku berhenti dan mengambil udara seketika bagi menghilangkan letih aku mencari bangku untuk diduduk malangnya ada orang pulak

Adui bangku pun satu je masalah betul dorang ni bangku tu buat la lebih sikit orang lain nak duduk

Sedang aku membebel seorang diri aku memerhatikan gelagat pasangan kekasih yang sedang sibuk bergelak ketawa sambil minum kopi

Aku tersenyum sendirian. Bahagia betul dorang, teringin nak cam tu tapi apakah daya..

aku memegang dada yang terasa sesak, sejak dua menjak ni rasa hati ni macam tak kena je

Cemburu ke? Hmm tak mungkin.. Rindu ke? Alahai malas la nak pikir

Seusai berjogging aku mengatur langkah ke cafe lovers di mana tempat Jungkook bekerja. Dengan hati gembira aku menuju ke cafe lovers

Nak jumpa Mr. Macchiato la katakan

Setibanya di cafe lovers aku mengambil tempat kosong yang bersebelahan dengan tingkap kaca yang menampakkan taman herba di luar. Tenang je rasa

Seorang pekerja datang menghampiri aku dengan membawa sebuah buku menu ditangan

"Cik boleh saya ambil pesanan?" pekerja yang berwajah manis menguntumkan senyuman buat pelanggannya

Aku membalas senyuman dan mengambil menu yang dihulurkan oleh pekerja yang bernama Sera

Aku mula membelek-belek menu untuk melihat jenis perisa teh disitu. Menarik setelah melihat keseluruhan menu didalam aku memesan teh herba dan sedikit manisan untuk mengisi perut yang kosong

Baru je jogging haih naik balik la badan ni.

Aku menghulurkan buku menu itu kepada pekerja yang berambut ikal mayang yang tersenyum sejak dari tadi

"itu sahaja ke cik?" Sera bertanyakan untuk kepastian agar pelanggannya tidak terlupa untuk memesan apa-apa

Min Yeong mengeleng.

"kejap" aku memegang lengan Sera yang baru hendak berlalu pergi. Sera berpaling dengan pandangan hairan

"ye cik?"

Aku melepaskan lengan Sera, hendak tanya tapi takut pulak

"boleh saya tanya satu benda?"

Sera mengangguk "tanyalah."

"saya nak tanya sejak dari semalam saya tak nampak kelibat Jungkook harini pun sama, awak tahu tak kat mana dia? Sebab saya nak jumpa dia" aku memadang wajah pekerja yang bernama Sera untuk kepastian

Sera mengeluh nampak kerisauan di wajahnya "dia dah dua hari mc sebab demam panas katanya, semalam dan harini"

Aku hanya mengangguk faham dan mengucapkan terima kasih, kemudian Sera tunduk dan meminta diri sebelum berlalu pergi menyambung kerjanya semula

Aku mengeluh. Aku melepaskan pandangan ke luar terbit rasa risau di hati

Dia dah makan ke? Dah kebah ke demam dia? Hmm nak melawat tapi takut menganggu pulak

Mαcchíαtσ | JungkookWhere stories live. Discover now