"Kalau Encik mahu saya sertai dalam perang ni. Saya terpaksa menolak. Saya dah tak punya magik. Saya tak boleh berlawan lagi." balas Akid.

"Oh. Sayang sekali. Maaf, tapi sebenarnya niat saya bukan untuk memujuk tuan sertai perang ini. Malah kami kaum Cacako sendiri pun tak berminat untuk sertai peperangan melawan penjajah. Kami hanya membantu Lord Han Xin dan tenteranya persediaan perangnya di sini saja. Memandangkan Tasik Gelap merupakan kawasan strategik untuk masuk ke dalam Un-Hana tanpa dikesan."

"Jadi kalau bukan nak suruh saya sertai perang. Apa lagi tujuannya?"

"Ada sedikit permintaan dan pesanan saya mahu sampaikan kepada tuan."

Akid terdiam sesaat. "Pesanan apa?"

"Pesanan daripada rakan lama tuan."

"Rakan lama?"

Cavelia menyerah kan skroll kecil pada Akid. Lantas Akid menyambut, segera dibuka dan membaca isinya.

"Ini..."

"..dari Genesis?"

Mendengar nama itu Cahaya juga turut mendekatkan kepalanya untuk melihat apa yang ditulis oleh Genesis kepada Akid.

[Sejahtera Akid. Ini adalah dari rakan lama kau. Rakan semenjak 700 tahun yang lalu. Pasti kau tahu siapa aku kan?]

"Siapa kau?" gumam Akid.

[Jangan nak bergurau! Ini Aku lah yang tulis! Genesis!]

Akid ketawa. Ini surat ke apa?

[Bila kau dapat pesanan aku ni aku yakin kau telah lalui ujian kau melawan musuh ketat kau di masa lalu.

Tujuan aku tulis surat ni sebab aku nak cakap yang selama 700 tahun ini kami sentiasa berada bersama dengan kau. Aku dan Kakak aku Tiara sentiasa melihat dan menjaga kau. Malah kami jugalah merancang pengembaraan kau. Bukan Asrar, bukan siapa-siapa. Kakak aku dengan jarum halusnya berjaya membuat Asrar mengikut seperti apa yang direncana oleh kami dan membuatkan dia berfikir dia lah yang dalang kejadian yangberlaku pada kau. Sebaliknya ia adalah kerja kami. Aku harap kau tak salahkan dia. Dia hanyalah boneka kami untuk memulakan semua ini.

Kami merancang takdir kau semenjak kau belum lahir lagi Akid.

Ayah dan ibu kau meninggalkan kampung Kodok juga adalah sebahagian dari rancangan kami.

Oh. Aku pasti di era ini kau telah berjumpa dengan kakak aku. Kau masih ingat nenek tilik di kampung Tanah Utara? Ya dia lah Madam Tiara. Terkejut kan.

Aku pula? Kau pun pernah berjumpa aku, malah kita menghabiskan tempoh masa 2 tahun bersama di Kota Oshin. Aku pasti kau sekarang dapat duga siapa aku kan? Aku ada dengan kau selama 700 tahun ini sahabat.

Akhir kalam. AKu minta kau datang la ke Gargantua. Aku menunggu kau di san. Aku akan menerangkan perihal selanjutnya saat kita bertemu lagi. Oh ya, bawa Cahaya sekali dengan kamu. Dia adalah kunci penting untuk kita.

Semoga kau berbahagia Sahabat.]

Tubuh Akid menggigil. Kertas ditangan bergegar. Cahaya sangka Akid akan marah setelah Genesis menceritakan hal sebenar namun dia tersilap menduga. Akid terus menangkap bahunya lalu digoncang kuat. Wajahnya gembira.

"Siapa sangka Genesis masih hidup! Kenapa kau tak bagitahu dia adalah Genesis, Cahaya?"

"A...aku pun baru tahu hari ni. Kau pun tahu dia banyak berahsia dengan kita. Akid kau tak marah?"

"Kenapa nak marah. Sekarang aku rasa bersemangat. Aku nak keluar dari Alamria dan straight ke Gargantua. Siapa sangka apa yang menanti kita disana!" Akid terus melonjak gembira. "Bunga mana Bunga!?" Akid terus menoleh kiri dan kanan.

Cahaya tersenyum serba salah.

"Ehem." Cavelia berdehem. Akid berhenti daripada terus bersikap teruja. "Ada permintaan dari Puan Kelembai. Dia minta, kalau tuan mengembara ke mana-mana. Bawalah dua anak ini ikut bersama. Saya yakin mereka boleh menjadi pedang dan perisai tuan."

Bella dan Chibi terus berlutut sebelah kaki. "Kami sedia berkhidmat untuk tuan!"

Akid tidak tahu berkata apa-apa. Setelah fikir panjang-panjang. Dia akhirnya bersetuju dengan permintaan Kelembai. Untuk pengembaraan yang jauh. Pasti dia perlukan ramai pembantu. Bella dan Chibi saling berpandangan. Mereka juga turut gembira.

<><><><><>

Di suatu tempat di tengah laut. Sebuah kapal kayu dalam perjalanan menuju ke tanah besar Gargantua.

Di bahagian geladak, Lica berdiri melihat air laut di belah kapal. Tidak pernah dalam hidupnya membayangkan dia akan keluar daripada Alamria. Tangan kanan diangkat. Tangan mekanikal yang dikuasakan oleh tenaga magik. Ciptaan khas dari mekanik berbakat bernama Da Vinci.

Da Vinci berasal dari Gargantua, dan mula datang ke Alamria sebagai peniaga. Namun setelah dia mendapat tahu tentera Gargantua berniat untuk menjajah Alamria. Dia sangat tidak bersetuju kerana perniagaannya juga musnah. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tanah besar.

Disebabkan persahabatannya bersama Gambit. Dia bersetuju membawa lelaki itu sekali mengikutnya.

"Hei permaisuri." Gambit berdiri bersebelahan dengan Lica.

"Eh kau ni. Aku bukan lagi permaisuri. Ngaw."

"Maaf. Aku sengaja menyebutnya sebab aku rasa kau patut dipanggil permaisuri sampai bila-bila."

Lica mengeluh dan sedikit tertawa. "Hei Gambit, kau ada cakap kau sangat kenal Akid.Ngaw. Bagaimana kau kenal dia ya? Ngaw. Maksud aku macam mana kau boleh tergerak hati untuk selamatkan Akid di Oblige Bokussu? Ngaw"

Gambit ikut melihat lautan yang luas. "Itu? Haha, panjang ceritanya. Aku dah kenal dia sebelum dari Oblige Bokussu lagi."

"Eh macam mana Ngaw?"

Gambit ketawa. Kemudian secara tiba-tiba matanya menangkap sesuatu yang terapung di atas air. Satu papan kecil melanggar perut kapal. Semakin lama semakin banyak kayu kayan, lautan kelihatan kotor.

"Gambit!" panggil salah seorang anak kapal. "Kau kena tengok ni."

Lica dan Gambit berlari ke depan geladak. Mata mereka terbuka besar. Terkejut dengan apa yang dilihat mereka.

Di tengah lautan itu mereka melihat satu armada kapal telah musnah. Mayat-mayat tentera Gargantua terapung-rapung di atas air. Kapal terbakar sana sini. Asap berkepul-kepul naik ke udara.

"Sebenarnya apa yang dah jadi disini??" tanya Lica.

TAMAT VOLUME 5


---------------------------------------------------------------------------

Ehehm yey. Akhirnya satu lagi volume telah berjaya di tamatkan *clap* clap*

Seperti biasa author ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pembaca yang sudi setia membaca sampai ke sini. Boleh dikatakan dari volume 1 smpai sekarang sudah setahun author menulis cerita ni. Fuh lama jugak tuh.

Buat yang tertanya. Cerita ni nampaknya takkan tamat buat masa terdekat.Mungkin setahun lagi? Ahaha. Apapun semoga setia menanti kemunculan volume 6 nanti. Buat masa sekarang boleh la jenguk cerita Merah. {Author akan luangkan masa habiskan cerita tu dulu}

Okela bye. Assalamualaikum.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now