Bab 27

2.5K 269 67
                                    

Akid, Cahaya dan Bunga telah di bawa Kelembai masuk ke dalam rumahnya. Beberapa orang telah berada di ruang tamu terlebih dahulu.Antaranya Chief Hijau, Chief Arjuna, Jebat, Lord Han Xin, Chibi dan Bella, beberapa bekas bangsawan yang lain bersama orang kanan Lord Han Xin, salah seorangnya ialah .

Sempat Jebat menegur Akid. Mengatakan dia rasa gembira dan bersyukur melihat keadaan Akid yang sudah kembali normal. Akid hanya membalas dengan tawa. Ingatannya terasa samar-samar. Dia gagal untuk ingat sepenuhnya apa yang telah berlaku pada masa silam, dan masih bingung untuk ingat kejadian setelah dia musnah kan MMP.

Matanya sempat melirik ke arah dua orang kanak-kanak yang turut ada disitu. Kelihatan wajah mereka seperti pernah terlibat dengan pelbagai pertarungan dalam umur yang masih muda fikir Akid. Bella dan Chibi juga ikut menjeling melihat Akid. Tertanya-tanya siapa lelaki yang sibuk menatap mereka macam hendak makan orang.

Kelembai mulakan mukadimah perbincangan hari itu.Tidak banyak yang mereka bincangkan kerana sebahagian besar mereka telah bincang di Pulau Hati bersama chief dari pelbagai kampung di Tasik Gelap. Di sini dia menyentuh tentang pembangunan menambahkan ciri-ciri keselamatan perkampungan di bahagian Selatan, bersama rancangan mereka membina markas sesuai untuk orang-orang Lord Han Xin.

Akid kurang berminat untuk menyertai perbincangan ini, dia mengambil keputusan mengambil angin diluar.

"Gargantua eh?" senyum Akid sambil termenung. Jujurnya dia merasa lelah untuk terlibat dengan mana-mana pertarungan dan peperangan. Lagipun dia rasakan tugas menewaskan Gargantua bukan lagi tertakluk padanya. Seingat dia dulu dia ambil keputusan untuk berperang dengan Gargantua pun kerana dia mahu Asrar memulihkan kembali BUnga. Sekarang Bunga  sudah kembali sedia kala maka biarlah orang lain yang uruskan untuk menyelesaikan Gargantua.

"Akid kau banyak termenung semenjak kembali ke masa kini. Kau runsing kan sesuatu?" Cahaya menegur dari belakang.

Akid geleng kepalanya. "Aku cuma terfikir apa yang aku nak buat pada masa akan datang nanti."

"Kau taknak sertai mereka lawan Gargantua? Alamria perlukan kau."

"Rasanya aku pass bab itu. Aku pun dah tak ada apa-apa."

"Tapi kau boleh sumbangkan idea. Kau kan bijak."

Akid melepaskan nafas berat. "Aku serahkan tugas tu pada orang lain. Diorang juga berbakat besar dan aku yakin diorang boleh uruskannya."

"Lepas tu apa?"

"Lepas tu?" Akid melihat lama wajah Cahaya yang menantikan jawapan darinya. "Aku akan dapatkan rumah. Bercucuk tanam sampai mati ke." Akid berseloroh.

"Kau benar-benar ingin jalani kehidupan macam tu? KAu adalah wira Akid. Kau lupa ke apa harapan Gulai sebelum dia meninggal dunia? Dia mahu kau jadi simbol pada Alamria dan lagi satu bagaimana dengan Calamity? Kau dah lupa dia?" Mata Cahaya mula berkaca. Tidak tahu kenapa dia perlu sebak. Tapi dia tak suka Akid bersikap begini.

Akid meletakkan sebelah tangannya ke atas kepala wanita berambut perak itu. "Aku tahu, aku ingat. Tapi aku benar-benar tiada apa. Tak ada magik tiada semua. Macam orang yang cacat. Lagipun aku letih..aku" kata-kata Akid terhenti sampai disitu kerana matanya melihat seorang lelaki cicak bersama dua budak yang dilihat Akid di dalam rumah tadi menghampiri mereka berdua.

Lelaki cicak mengenalkan namanya, Cavelia bersama Bella dan Chibi. Dia memakai jubahyang besar.Dia adalah seorang druid.

"Saya mengenali reputasi tuan Akid sebagai pembebas Wilayah Emas. Tanpa tuan, tak mungkin kami mencapai kejayaan untuk merebut wilayah ini dan berjaya mempertahankan Tasik Gelap dari ancaman musuh. Terima kasih tuan." Cavelia menundukkan separuh badannya tanda hormat.

Alamria (Magical World) BOOK 1Where stories live. Discover now