Epilog

2.2K 248 32
                                    

EPILOG

700 ratus tahun dahulu. Yakni 400 tahun sebelum Tahun Pembebasan. Pada ketika ini pemerintah Alamria merupakan raja dari kalangan bunian yang dikenali sebagai Raja Vuldok Pemerintah Kerajaan Seluruh Benua. Satu-satunya hero yang berhasil menamatkan penguasaan makhluk-makhluk kegelapan yang muncul secara gerombolan dari Gunung Tunjuk Langit dalam satu peristiwa menakutkan puluhan tahun yang lepas.

Di suatu tempat, di salah satu puncak Gunung Tunjuk Langit. Di tengah pekatnya salji yang memutih, terbinanya satu istana yang besar dan luas. Namun begitu walaupun ia besar dan megah, dalamannya kosong. Sekosong isi hati tuan punya istana.

Seorang lelaki duduk di singgah sananya. Mengusap-ngusap bahagian pemegang kerusinya. Sesekali dia mengeluh.

Dua tiga orang berada di hadapannya melutut dengan penuh taat. Menunggu arahan dari tuan mereka.

Si lelaki tuan punya istana mula berdiri.

"Aku mahu mengembara." Katanya.

Orang-orangnya terus menyahut.

"Akan kami persiapkan kemudahan bergerak Tuan Kida segera."

Si tuan punya istana menolak mantelnya terbang ke belakang.

"Tak perlu. Aku boleh lakukannya sendiri."

Dia mengangkat sebelah tangannya lalu dari permukaan lantai, muncul naiknya sesuatu seperti cairan lalu perlahan-lahan ia membentuk rupa. Ia menjadi kenderaan berhaiwan. Haiwan berupa kuda berwarna hitam, namun mengeluarkan api di empat bahagian kaki dan matanya. Gigi haiwan itu kelihatan tajam seperti mata gergaji. Ia mengaum keras umpama guruh.

Si tuan istana berjalan dan masuk ke dalam pedati yang terbina di belakang haiwan tersebut.

Lalu dia bersama kenderaannya terbang keluar dari istana. Bersama pengikut-pengikutnya.


PS :

Salam ini adalah chapter terakhir untuk volume 4 kita. Hip hip hurrayyy.. Akhirnya setelah sekian lama anda semua bersama saya. Kini kita berjaya juga sampai sejauh ini. Ni adalah satu-satu volume yang mana Akid tak menyerlah ahahahahhah.

Apapun harap semua sedia lah menunggu volume 5 kelak yang bakal menyusul ya. Mungkin ambil masa sedikit.

Oke apapun terima kasih sudi membaca. Teruskan untuk support saya.


Alamria (Magical World) BOOK 1Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα