Sarimah dahulunya menjadi peniaga di kantin sekolah kini sudah berhenti kerana lebihkan perhatian pada keluarganya. Marzuki juga tidak membantah jika isterinya ingin berkerja semula. Jika itu membuatkan isterinya gembira dia ikutkan saja.

Jarum jam bergerak mengikut rutin. Sarimah masih lagi mengulit tepung. Menyukat semua bahan. Sesekali bunyi daun pokok sukun gugur menyapa pendengarannya. Sarimah tekun dengan kerjanya.

SKREETT...!

Bunyi cakaran di bumbung rumah mengejutkan Sarimah. Dia berhenti seketika.

"Tomoi kot.?" Fikirnya Tomoi si kucing hitam ekor putih itu. Sarimah kembali menyambung kerja.

SKREETT...BAM!BAM!

Sarimah terkejut. Bunyi itu dari dinding di tepinya. Jantungnya mula berdengup laju.

"Siapa yang nak main-main ni?" Dia bangun menuju ke tingkap. Di selaknya perlahan-lahan. Matanya meliar ke segenap laman rumah yang masih gelap.

"Allahu Alkhabar!" Sarimah terkejut. Seekor lembaga sebesar gorilla sedang memeluk pokok sukun sambil merenung tajam ke arahnya. Matanya tidak berganjak dari merenung lembaga hitam itu. Bagaikan ada magnet yang manarik kuat.

"Mah?"

"Allah..." Sarimah terkulai ke lantai.

"Ya Allah,Mah!." Marzuki yang menyapa di tangga bergegas lari menuju ke arah isterinya.

"Takkan abang panggil pun boleh pengsan?" Marzuki hairan.

Mesti ada yang lain ni!

Marzuki bangun menilik ke tingkap.

"Astargfirullahhal azim.!" Lembaga itu masih lagi di situ.

"Kau nak apa??" Jerkah Marzuki. Lembaga itu bergerak beberapa langkah. Tangannya di angkat menunjuk ke arah bukit di belakang surau kampung.

Marzuki melihat apa yang di tunjuk oleh lembaga itu.

"Kau tun...eh?" Lembaga tadi sudah menghilang.

Marzuki bingung sendiri. Dia kembali kepada isterinya.

"Mah? Mah...bangun Mah." Pipi isterinya di tampar lembut.

"Abang...uu...takut,bang..." Sarimah teresak-esak dalam pelukan suaminya.

"Tak apalah. Pergi berehat. Karipap tu nanti saya usahakan beli di luar saja."kata Marzuki.

Sarimah mengangguk lemah.

➰➰➰

Azan margrib memanggil semua orang untuk menunaikan ibadah. Marzuki bersiap-siap untuk ke surau. Ada sesuatu yang ingin di bincangkan pada Tok Imam malam ini.

"Mah.. dah siap ke? Cepat sikit."panggilnya dari luar.

Sarimah datang dengan telekung tersarung di badan.

"Marilah." Marzuki melangkah dahulu. Masjid dan rumahnya tidaklah jauh mana. Hanya keluar dari pagar dan melintas sebuah rumah.

Sarimah tidak sabar lagi untuk sampai ke masjid. Seram apabila terkenang cerita awal pagi tadi. Mereka berdua akan merujuk kepada Imam Yahya perkara ini.

➿➿

"Kenapa boleh timbul balik perkara ni?" Imam Yahya mengurut janggut putihnya.

Wajah suami isteri di hadapannya di pandang silih berganti. Marzuki dan Sarimah berwajah bingung.

"Tak tahulah,Bang Imam. Dah nak dekat setahun dah dari kes yang pertama." Sambung Marzuki. Seingatnya kes yang pertama ialah di kebun Brahim. Dan rumahnya adalah kes ke dua.

"Macam mana,Bang Imam? Boleh tak pagarkan rumah kami. Saya ni selalu keluar kawasan hujung tahun macam ni. Risau pula nak tinggalkan isteri lepas ni." Pinta Marzuki.

"Boleh-boleh. Lepas Isya' kita pagarkan,ya?"

Marzuki dan Sarimah menarik nafas lega.

➰➰➰

Imam Yahya pulang ke rumah bila jam berganjak ke pukul sebelas malam. Terlalu asyik bersembang hingga tidak sedar masa berlalu. Cikgu Marzuki memang bukan calang-calang orangnya. Pintarnya layak menjadi Guru Besar. Jika orang begini yang menjadi ikutan pemuda kampung sekarang nescaya kampung mereka akan maju jaya. Sayangnya pemuda lebih suka pada barat.

"Lewat balik,bang?" Zainab menyoal sebaik sahaja melihat suaminya masuk ke bilik.

"Saya ke rumah Cikgu Marzuki. Ada hal sikit."

"Hal apa?" Zainab tidak jadi untuk baring semula. Belakangnya di sandarkan pada kepala katil.

"Esoklah saya ceritakan. Penat sangat ni." Imam Yahya mengucup dahi isterinya dan melelapkan mata. Zainab terkebil-kebil.

Hal apalah agaknya? Macam berat je ni?





Mata KeraWhere stories live. Discover now