Part of KIT (part 1)

2.8K 26 17
                                    

Because I love MingKit so much so here my translation in Bahasa (I wont never translate into Eng .. Sorry na kaa)
.
.

Dalam keadaan mengantuk aku berjalan masuk ke dalam kelas menuju ke bahagian belakang dimana ia telah menjadi 'spot' bagi kami bertiga selalu duduk. Ai Beam sedang tidur di tempat duduknya tetapi aku tidak melihat walau bayang si Ai Pha

Memang sudah menjadi tabiat dia menghadiri kelas betul-betul tepat pada waktunya. Kalau kelas bermula pada pukul 8.30 pagi..dia selalunya akan berjalan masuk ke kelas tepat pada pukul 8:30 pagi dan disebabkan itu dia akan selalu mendapat perhatian dari semua pelajar. Kemungkinan besar dia akan melakukan hal yang sama pada hari ini juga

"Fcuk! Aku tak nak bangun seawal ini" aku menegur Beam's dengan memukul kepalanya. "Aku tidak cukup tidur semalam" cara Beam bercakap bagaikan dia sedang bercakap dalam tidur.
"Kenapa dengan kau?"
"Nong Dream tumpang tidur dirumah aku semalam. Sepanjang malam"
"Damn! Aku terlupa yang kawan baik ku ini pemburu perempuan. Aku nenggelengkan kepala tapi ini sudah menjafi perkara biasa. Tidak pelik untuk Beam menjalin hubungan 'One Night Stand' dengan perempuan. Berbeza dengan Ai Pha, dia turut mempunyai ramai gadis yang menggoda dia tetapi dia tidak pernah menunjukkan sebarang minat pada sesiapa pun

Selama yang kami berkawan, dia tidak pernah berminat pada sesiapa kecuali Nong Wayo. Jadi, Ai Beam dan aku buat kesimpulan bahawasanya Ai Pha seorang yang 'monogamy' dan ia tidak memberi apa-apa faedah dan membazirkan masa untum perkenalkan Ai Pha pada mana-mana perempuan

Terutamanya sekarang dimana Nong Yo pun sudah ada disini.....berada sangat dekat dengan Ai Pha. Tidak akan ada sesiapa yang akan berjaya merebut hati Ai Pha. Kecuali Nong Wayo

"S**t! Aku terlupa yang kelas hari ini ialah kelas Dr. Auntie"
"Yelaaa....betullah!"

Dr. Auntie ialah salah seorang pensyarah yang terkenal difakulti Medik. Dia merupakan seorang pensyarah yang sangat bagus. Pensyarah yang sangat bagus dan mempunyai mulut yang pedas. Aku mulai risau, takut Ai Pha tak sempat nak sampai tepat pada waktunya. Kerana dia hanya mempunyai 2 minit lagi sebelum kelas bermula. Matilah Ai Pha!!!!

"Kamu semua sudah bersedia?"

Pring berlari memasuki kelas sebelum pensyarah memulakan syarahan. Pring mengambil tempat didepan kami berdua, dia menarik nafas lega dan kelihatan gembira kerana dia tidak terlewat dan sempat sampai sebelum kelas bermula

"Pring. Kamu ada nampak kereta Ai Pha tak semasa kamu keluar dari apartment?" Pring tahu yang kereta Ai Pha ialah Audi putih

"Ai Pha tumpangkan aku pagi ni, tapi dia tak kelihatan dimana-mana"
"Apa?!?! Kenapa?"
"Aku tak tahu"

Aku toleh ke Beam dan menunjukkan kerisauan dimukaku. Jam menunjukkan sudah pukul 8:30 pagi sekarang, jadi pada sesiapa yang datang pada waktu ini sudah tentu dikenakan hukuman

Aku berkeluh dan sudah tidak menaruh harapan untuk lihat Ai Pha sampai tepat pada waktunya, walaupun begitu, mata aku masih di pintu kelas. Ai Pha bukan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dan kalau dia memerlukan apa-apa bantuan, dia akan menghubungi kami berdua. Tapi sebelum ini dia tak pernah begini. Ada apa yang tidak kena dengan Ai Pha?

•••

Okay tell me the truth...isnt it weird to write in malay 😅
And it still not finish yet but it sounds funny when i read the novel

One Shot collectionWhere stories live. Discover now