HP10

98 17 6
                                    

Jooheon termenung jauh di atas salah satu buaian yang terdapat di sebuah taman permainan.

Buaiannya di buai perlahan dengan kakinya sendiri.

Mingyu memerhati Jooheon dari jauh di sebalik sebatang pokok.

"Okay kenapa aku tengok dia ??? Takde kerja lain ke ???" Kata Mingyu dalam hatinya.

Mingyu terus mendekati Jooheon dan duduk di buaian kosong.

"Hai" tegur Mingyu.

Jooheon tersentak lalu memandang ke arah Mingyu. Mingyu sekadar memberikan senyuman kepada Jooheon.

"Kau buat apa kat sini ?" soal Jooheon.

"Takde apa. Saje jalan-jalan, ternampak pulak kau kat sini" jawab Mingyu. Mingyu mula mengayunkan buaian yang didudukinya.

Jooheon hanya membiarkan sahaja.

Selepas itu, Mingyu memberhentikan buaiannya.

"Dah lama ke kau berjiran dengan Hyemin ?" soal Mingyu.

"Takdelah lama sangat pun. Tapi aku yang sampai dulu"

"Eh Hyemin yang sampai dulu"

"Kenapa pulak ?"

"Sebab ni tempat kelahiran dia"

Jooheon teringat di mana Hyemin pernah berkata bahawa dia mendiami rumah itu sejak dia kecil lagi.

"Kau pulak baru je lagi ke kat sini ?" soal Jooheon kepada Mingyu pula.

"Aku pun sama dengan Hyemin. Dari kecik sampai sekarang aku tinggal sini"

Kehidupan Jooheon penuh dengan kejutan. Mula-mula Hyemin, kemudian si kembar diikuti dengan Wonho, seterusnya Changkyun dan kini Mingyu pula.

"Maknanya ... Kau kenal lah dengan Changkyun ... Abang Wonho ..."

"Ya kami satu sekolah. Aku dengan Wonho kawan sekelas"

Sekali lagi Jooheon terkejut.

Jooheon teringat apa yang diperkatakan oleh Changkyun ketika Jooheon hendak mencari rumah untuk didiami selepas tamat pengajian.

FLASHBACK

"Hari tu kau cakap nak cari rumah kan ?" soal Changkyun sebaik sahaja dia baru pulang dari kelas.

"Haah. Kenapa ? Kau nak tolong carikan ke ?"

"Taklah. Aku dah jumpa dah pun"

Jooheon menggaru kepalanya.

Masa bila pula si Changkyun ni pergi cari rumah kosong ?

"Kat mana ?" kata-kata Changkyun tadi mula menarik perhatian Jooheon.

"Nanti kau ikut je aku balik lepas kita dah habis ujian akhir ni nanti"

Jooheon masih ragu-ragu dengan cadangan Changkyun tetapi dia ikutkan sahaja.

***

Setelah mereka tiba di tempat Changkyun membesar, Jooheon hanya mengikut ke mana sahaja Changkyun pergi.

Setelah Changkyun selesai berurusan dengan tuan rumah, Changkyun menghulurkan kunci rumah kepada Jooheon.

"Nah. Lepas ni kalau ada apa-apa masalah nanti kau datang je rumah aku. Aku dah tunjuk jalan ke rumah aku. Dekat je kan ?" kata Changkyun.

"Wah Changkyun. Macam mana kau boleh dapat rumah cepat macam ni ?"

"Hmm rumah yang kau bakal duduk tu, rumah kawan aku" jawab Changkyun dengan yakinnya.

HARAPAN PALSU ↭ L.J.H [BOOK 2]Where stories live. Discover now