HP8

87 18 0
                                    

"Kalau kau nak join makan, boleh je. Aku tadi masak banyak" pelawa Wonho.

"Bila orang pelawa makan ni kita jangan menolak" Hyemin terus menuju ke meja makan dan duduk di salah sebuah kerusi.

***

Selesai makan malam bersama adik-beradik Shin, Hyemin terus berjalan pulang ke rumah.

"Balik awal-awal pun bukannya aku kerja pun"

Hyemin membuat keputusan untuk berjalan-jalan sahaja.

***

Hyemin berjalan-jalan di sepanjang Sungai Han kemudian berhenti di satu tempat di mana dia dan Wonwoo dulu pernah duduki.

"Dah 13 tahun kita berkawan kan ?" - Wonwoo

"Ya. Rasa macam baru semalam kita kenal. Cepat masa berlalu kan ?" - Hyemin

Bayangan Wonwoo dan Hyemin yang sedang berborak riang bermain di layar pemikiran Hyemin ketika itu.

Hyemin mendekati pokok itu.

"Dan aku rasa macam baru semalam kau tinggalkan aku, Wonwoo" kata Hyemin.

Hidupnya berubah serta-merta selepas kematian Wonwoo tiga tahun dahulu.

Selepas pemergian Wonwoo, Hyemin pergi dan balik sekolah seorang diri.

Jika sebelumnya Puan Jeon selalu mengajaknya makan tengahari dan minum petang bersama, selepas ketiadaan Wonwoo, Puan Jeon berpindah ke daerah lain.

Ketika itu, Hyemin banyak meluangkan masa di rumahnya sahaja. Ketika Wonwoo masih ada, Wonwoo pasti akan mengheretnya keluar dari rumah.

Dan perubahan yang paling ketara ialah ...

Apabila Mingyu mengatakan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Hyemin dan meluahkan kepada Hyemin di hari terakhir Mingyu menjadi seorang pelajar sekolah menengah.

Tetapi, Hyemin tidak dapat menerima Mingyu kerana dia masih bersedih atas pemergian Wonwoo dan akan rasa bersalah kerana menerima cinta Mingyu sedangkan ketika Wonwoo hidup dahulu terseksa hatinya.

Sejak itu, Mingyu terus menghilangkan diri.

"Ehem"

Lamunan Hyemin terhenti tatkala mendengar deheman itu.

Hyemin terus melangkah untuk beredar ke tempat lain.

"Dah lama kita tak jumpa kan, Hyemin ?"

Langkah Hyemin terhenti. Dia masih membelakangi orang itu.

"Saya ... Mintak maaf sebab saya luahkan perasaan saya tanpa memikirkan perasaan awak masa tu"

Hyemin dapat mengagak bahawa orang itu ialah Mingyu.

"Takpe. Benda dah jadi pun. Tak payah lah mintak maaf" kata Hyemin sebelum dia meneruskan langkah.

"Hyemin !"

Hyemin terus beredar dari situ tanpa menoleh ke belakang.

***

Hyemin memulas tombol pintu rumahnya dan masuk ke dalam. Sebaik sahaja dia menutup pintu semula, dia terperanjat apabila terdengar bunyi barang terjatuh dari dalam dapur.

"Pencuri ?"

Hyemin terus mencapai payung yang tergantung di belakang pintu.

Perlahan-lahan Hyemin menapak ke arah dapur dan ...

"Eh Hyemin kau dari mana ?"

Yeonhee bersama bungkusan makanan segera di tangannya menegur Hyemin.

"Eh bila kau balik ?" soal Hyemin kembali.

"Lama dah. Tiga jam lepas. Nasib baik kau ada bagi kunci rumah spare kat aku. Kalau tak ... Mereput aku kat luar rumah" jawab Yeonhee sambil menyambung semula agendanya di dapur.

Hyemin menggantungkan semula payung tadi dan terus ke dapur.

"Macam mana dengan 'kecemasan' kau hari tu ?" soal Hyemin lagi.

"Dah selesai dah. Sebab tu aku balik sini dah. Kau buat apa sepanjang aku takde ni ?" Yeonhee menghidupkan gas dapur.

"Biasa je. Cuma tu lah aku buat hal aku je sebab kau takde" jawab Hyemin.

"Kenapa tak lepak-lepak dengan Jooheon je ?"

Aish Yeonhee. Kau tak tahu apa yang aku lalui.

"Macam tak manis lah pulak berdua-duaan. Kalau ada kau takpe jugak. At least makhluk ketiga tu kau"

"Makhluk ketiga ?"

"Kau dengan syaitan kan takde beza"

KLETUK !

Hyemin mengusap kepalanya yang diketuk oleh Yeonhee menggunakan periuk.

"Gurau kasar yeee" Yeonhee mengacau makanan segeranya dengan penuh rasa geram.

HARAPAN PALSU ↭ L.J.H [BOOK 2]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ