"Taehyung-ahh!! Sini!!" panggil Hyera membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku ni dah kenapa asyik termenung jer dari tadi =__=. Ok bye.
Aku menoleh ke arah Hyera. Entah bila masa pulak budak tu dah masuk dalam bot tu pun aku tak tahu. Aku nampak di sedang duduk sambil tangannya melambai-lambai memanggilku.
"Bi-bila masa kau duduk situ?"
"Banyak tanya lah kau ni. Just come here" Aku akur lalu menapak ke arahnya. Dengan berhati-hati, aku melangkah ke masuk ke dalam bot. Aku duduk berhadapan dengannya.
"Tempat apa ni?" soalku lagi. Yelah, dari tadi aku tanya dia taknak cakap. Hyera aku nampak dah tersenyum.
"Dulu, masa aku datang sini dengan Yoongi oppa, Hanbyul unnie ada tunjukkan aku tempat ni. Dia kata ni lah tempat rahsia bila dia nak bersendirian. Unnie kata, bila dia gaduh atau sakit hati dengan oppa, dia mesti datang sini. Untuk tenangkan fikiran" jelasnya panjang lebar sambil bermain jari kat lutut dia.
"Tempat rahsia? Habis tu kenapa kau bawak aku datang sini? Kalau noona tahu, habislah kau"
Hyera tergelak kecil. "Mana ada dia marah. Dia kata aku boleh datang sini bila-bila masa yang aku nak. So aku fikir, daripada aku pergi sorang-sorang baik aku bawak kau. Mana tahu, tenang sikit hati kau tu"
Aku pandang dia sambil menggulingkan mata. "Amboi kau. Cakap macam kau tu Cik Serba Tahu jer dalam bab percintaan ni. Kau sendiri pun tak pernah bercinta"
"Even aku tak pernah rasa macam mana bercinta, tapi aku memang Cik Serba Tahu pun. Thanks to pakcik Google. Dia yang sokong kerjaya aku ni tau tak"
Aku gulingkan mata sekali lagi bila dia acah-acah terharu dan sedih depan aku. Riak sungguh yini budak.
"Ok, done talking. Now, listen. I want you close your eyes" pintanya. Membuatkan dahi aku berkerut.
"What?"
"Buat jer lah. Ini untuk kebaikan kau jugak kan"
"Ok fine"
Aku jatuhkan tirai kelopak mata aku macam yang dia minta. Aku dapat dengar hembusan nafas panjang dia.
"Now, aku nak kau fikir balik. Saat kau mula-mula jumpa dengan Sana unnie" Sekali lagi dahi aku berkerut. Apakah?
"Wha--"
"Just do it, Kim Taehyung" tegasnya sambil ketap gigi. Geram. Yelah, dari tadi aku asyik bertanya. Mestilah dia geram.
Tanpa banyak songeh lagi, aku pejam mata aku makin rapat. Aku cuba ikut rentak Hyera. Setelah lama berfikir, seperti jangkaan aku, wajah Sana unnie mula muncul di benak fikiranku. Senyuman manis terukir di bibir gadis itu. Membuatkan aku tersenyum gembira. Dan pada masa yang sama, memori aku saat pertama kali aku bertemu Sana beransur muncul.
Aku nampak diri aku yang baru sahaja keluar dari rumah. Aku ingat masa ni. Ni masa aku keluar untuk menghadiri kelas Taekwondo pada waktu petang. Kat tangan aku, ada sebuah beg yang ada logo Taekwondo.
Aku dapat tangkap imej seorang gadis yang sedang berlari anak ke arahku. Gadis itu ialah Hyera.
"Taehyung-ahh!!" - Hyera
"Yah, jangan lari lah. Nanti kau jatuh" - Aku
Tak sampai lima saat, tubuh Hyera dah tersungkur jatuh kat laman rumah aku. Dan aku nampak muka fia macam muka nak nangis.
"Kan aku dah kata jangan lari. Kau degil. Tengok, kan dah jatuh. Meh sini aku tolong kau" - Aku
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
6 ; Memory
Start from the beginning
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)