"Omo!!! Kamu ni Hyera kan?! Adik perempuan Yoongi?!"
Aku angguk. Tubuh kecil ibu aku peluk erat-erat. Aku pernah jumpa dengan ibu dulu. Masa temankan Yoongi oppa jumpa parents Hanbyul unnie. Nak minta restu nak berkawan katanya. Baik kan oppa aku? Macam aku. Ho ho ho.
"Yoongi oppa ada bagitahu tak yang Hyera nak datang sini?" Aku leraikan pelukan seraya memandang wajah ibu. Masih cantik walaupun usia dah nak masuk 60-an.
Ibu angguk laju. "Ada.. Seronok lah ibu kalau kamu ada.. Kalau tak sunyi jer rumah ibu yang tak seberapa ni"
"Ehh, mana ada tak seberapa. Cantiklah rumah ibu. Macam tuan rumah jugak" usik aku. Membuatkan ibu tergelak kecil.
"Ada-ada jer kamu ni. Erm, ni siapa pulak? Boyfriend kamu ke?" Aku tertawa kecil mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibu. Aku toleh ke belakang. Aku dapat lihat Taehyung hanya berdiri sambil berpeluk tubuh. Senyuman nipis dia ukir dibibirnya. Ikhlas ke tak, aku tak tahu.
"Haah ni memang 'Boyfriend' Hyera pun" Aku senyum senget sambil kerling Taehyung. Saja nak mengusik. Aku nampak riak wajah dia dah lain macam. Hish, aku gurau je lah cek abang oii.
"Jinjja? Owh, bakal adik ipar Yoongi lah ni. Hensem" puji ibu. Dibalas dengan senyuman kambing Taehyung.
Tawaku meletus. "Ibu, ni boyfriend Hyera lah. Maksudnya, kawan lelaki. Perkenalkan, chingu dan jiran Hyera...Kim T--"
"OMAIGADD!!! Taetae!!! Kim Taehyung!!! Itu kau ke?!!"
"Woah!! Park Jimin!! Pendek!!!"
~~ *** ~~~
[ Hyera POV ]
Aku kini berada di ruang tamu rumah ibu sambil minum kopi yang dihidang oleh ibu. Taehyung pula sudah melabuhkan punggungnya di sofa sebelahku. Aku nampak dia bukan main rancak lagi berborak dengan mamat pendek sebelah dia. Tak silap aku, masa mula-mula sampai tadi, Taehyung ada sebut nama lelaki tu. Apa nama dia? Jimeng? Park Jimeng? Entah lah.
Secawan kopi suam di atas tapak tanganku aku rapatkan ke mulut dan aku hirup. Mataku pula asyik melilau memerhatikan dekorasi rumah kampung yang agak unik itu. Saje, aku bosan. Ibu pulak tengah sibuk memasak kat dapur. Aku nak tolong dia kata tak payah. Takut aku penat katanya. Chingu aku yang sorang ni pulak, bila jumpa kawan, dah tak pedulikan aku dah. Syiall betul.
Sedang aku asyik memerhati dekorasi rumah itu, ibu sudah keluar dari dapur sambil membawa semangkuk besar stu kimchi. Feveret aku^^
"Nah, makanan dah sampai. Hah, Jimin? Sudah-sudah lah berborak tu. Tolong ambilkan mangkuk dan periuk nasi kat dapur" arah ibu kepada lelaki tadi. Lelaki yang bernama Jimin itu hanya mengangguk tanda akur lalu terus menapak ke arah dapur.
"Eh, susah-susah jer ibu bawa ke sini. Kitorang boleh makan kat dapur jer"
Ibu tersenyum. "Alah takpe. Sekali-sekala makan kat sini kan best. Boleh juga hirup udara petang ni"
Sebenarnya, ruang tamu rumah ibu ni macam beranda tapi lebih luas. Jadi, angin boleh lalu. Nyaman gitew. Betul jugak kan? Baru lah makin berselera nak makan.
Aku mengukirkan senyuman manis lalu mengangguk. Tidak lama kemudian, kelibat Jimin mula muncul dari dapur sambil membawa sebuah periuk nasi dan mangkuk yang disusun rapi dengan kedua-dua belah tangannya.
Setelah semua makanan sudah dihidangkan, tiba lah masanya untuk kami menjamah makanan.
"Kami makan dulu!!" kata aku dan Taehyung serentak.
"Ermm, Machita^^" ujarku apabila stu kimchi itu sudah selamat masuk ke dalam mulutku. Ibu tersenyum gembira.
"Baguslah kalau kamu suka. Ni pun first time ibu masak. Sebelum ni tak pernah. Si Jimin ni cakap yang budak-budak Seoul sukakan makanan yang macam ni. Jadi, ibu cuba lah buat" jelasnya seraya mencubit manja pipi Jimin.
"Ahh, ibu. Janganlah. Malu lah Chim" ujar Jimin sambil menggosok pipinya ycng menjadi mangsa cubitan ibu. Aku tersenyum. Comel jugak Jimin ni.
"Oh, lupa nak bagitahu. Kenalkan, ni Park Jimin. Satu-satunya adik bongsu manja Hanbyul" ujar ibu. Jimin yang berada di sebelahnya tersenyum manis ke arahku. Aku mengangguk tanda faham seraya membalas senyuman Jimin. Comel^^
"Hai, saya Park Jimin. Saya jugak kawan lama kepada Taehyung sejak di sekolah rendah lagi" kata Jimin. Sekarang barulah soalan dalam kepala aku ni terjawab. Patutlah diorang mesra semacam. Tak kekok langsung. Bila berbual pulak, dah macam tak jumpa bertahun-tahun. Tapi memang betul pun.
"Ahh hai, saya Min Hyera"
"Owh, comel nama tu. Macam tuannya" Aku sengih malu bila dipuji oleh Jimin. Sweet jugak mamat ni.
Tapi ada jugak yang tak sweet =__=. Siapa lagi kalau bukan budak sebelah aku ni. Siap buat muka nak muntah pun ada. Huh, jealous lah tu!
"Kau tak payah buat muka macam tu. Aku jolok chopstick ni dalam lubang hitung kau baru tahu" seloroh Jimin dengan nada mengugut. Taehyung menjelir lidah mengejek. Nampak sangat macam rapat dulu.
Aku kerling Taehyung kat sebelah aku sekejap. Dia cuma jeling aku dengan pandangan apa-tengok-tengok. Aku cebik. Aku ketuk jugak kepala mamat ni kang. Tadi bukannya nak kenalkan kawan dia tu kat aku. Dahlah tak pernah cerita yang dia ada kawan lama kat sini. Lepastu jeling aku macam tu. Aku korek biji mata kau kang baru tau.
Baru sahaja aku nak masukkan makanan ke dalam mulut, tiba-tiba rambut aku yang dibiar terlepas tadi ditiup angin. Lalu TERmasuk ke dalam mangkuk stu aku.
"Omo!!" Aku terkejut. Membuatkan semua orang memandangku. Termasuk Taehyung.
"Isy, tu lah kau. Tak reti nak ikat rambut. Kan dah masuk dalam makanan tu. Kotor lah" bebel Taehyung.
Aku mencebik. "Yelah. Semuanya salah ak--ehh"
Entah bila si Jimin ni dah ada kat belakang aku pun tak tahu. Aku nampak dia tengah sibuk dandan rambut paras bahu aku bila aku toleh ke belakang.
"Jimin-sshi. Apa yang--"
"Dah siap"
Belum sempat aku menghabiskan kata, Jimin terlebih dahulu memotong. Rambutku yang di dandan tadi diikat kemas pula dengan gelang getah rambut berwarna biru. Siapa punya, aku taknak ambil tahu. Sorry.
"Cantik. Macam Elsa dalam cerita Frozen" ujar Jimin sambil menayangkan eye smile. Comel syangatt^^. Macam tahu-tahu jer aku suka tengok cerita tu. Hehe.
"Ahh, thanks" ucapku ringkas. Sekali lagi, eye smile nya ditayangkan sambil tersengih manis. Baguslah. Aku baru terfikir nak buat, tapi dia dah buat dulu.
Lagi sekali, aku jeling Taehyung kat sebelah sambil tayang muka toya aku. Kan best kalau kau boleh jadi sweet macam si Jimin ni. Taehyung balas jelingan aku malas.
"Aku tahu aku tak sweet macam dia. Tak payah tengok aku macam tu" bisik Taehyung perlahan tanpa gerakkan bibir.
Wow! Faham rupanya. Sah memang psikik mamat ni.
Ibu berdehem. Membuatkan aku dan Taehyung berpaling memandangnya.
"Kamu berdua tidur kat sini kan?!" soal ibu.
Aku dan Taehyung mengangguk. "Nae" serentak kami menjawab.
"Erm, ada problem sikit sebenarnya"
"Hah?! Problem apa??" soalku. Dahiku dah mula berkerut akibat hairan.
"Erm, macam ni. Ibu ingatkan kamu jer yang nak tinggal kat sini. Jadi ibu cuma siapkan sebuah bilik jer. Jadi--" Ibu sengaja menggantungkan ayatnya. Membuatkan aku dan Taehyung semakin tertanya-tanya.
"..kamu tak kisah kan, kalau kongsi bilik?" sambungnya.
"Mwo?!!"
- TBC -
Vote and Comment^^
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] Move On + KTH
Fiksi Penggemar"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
4 ; Chim
Mulai dari awal
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)