47 × Mimpi

1.5K 244 139
                                    

Yoon Hoo bangkit dari pembaringannya lalu menggeliat. Terasa sengal badannya akibat tertidur di sofa ruang tamu. Penat balik dari kerja sampai tak sempat masuk bilik. Jam tangan di terpakai kemas di pergelangan tangan kanannya dikerling , 8 pagi.

" Aku tertidur lagi ke ? " Dia menyoal dirinya sendiri bodohnya kau.

Sisi matanya menangkap figura Hobie berlari cemas keluar dari bilik tidur Yoon Hoo.

" Hobie ! " panggilnya menggerakkan langkah ke arah Hobie. Kucing berbulu coklat cair itu didukung.

" Yoon Hoo ! " Hobie menekap kedua pipi Yoon Hoo sehingga mulut lelaki muda itu termuncung.

" Hobie !!!!!! Berhenti kau !!! " Jebon , bersama pistol plastik dan topi koboi tersemat di kepalanya menjerit dan menghalang Hobie dari meneruskan percakapannya.

Jebon lantas berlari ke kaki Yoon Hoo dan menggigit kaki Yoon Hoo. " Arghh !!! " Jeritnya , terlepaskan Hobie dari dukungannya.

Hobie jatuh betul betul didepan Jebon , tanpa membuang masa Jebon terus menerkam Hobie dan memeluknya juga menutup mulutnya.

" Pahal ni ?! " Yoon Hoo separa menjerit sambil mengusap kakinya.

" Tak ada apa apa " Sengih ditayang. Jebon cuba menarik Hobie masuk semula kedalam 'tempat rahsia' mereka namun Hobie tetap berdegil. " Cepatlah ! " Paksa Jebon lagi.

Tersilap langkah , Tangan Jebon yang menutup mulut Hobie terlepas.

" Yoon Hoo , Jinnie hilang !! "

Terbuntang sepasang mata milik Yoon Hoo.
" Pe jadah ni woi watak utama hilang ?! "

" Kenapa kau bagitahu dia ?! " Jebon meluku kepala Hobie.

" Kena bagitahu jugak ! Mana boleh diam ! " Hobie berpaling ke arah Yoon Hoo " Lagi satu , Mon dengan Suga pun hilang dari hari tu jugak ! "

Jebon menepuk dahinya. Dasar tak guna lah Hobie ni.

" Ya tuhan. Kenapa tak bagitahu awal awal ? " Yoon Hoo mengeluh. Rambutnya dikusutkan.

Yoon Hoo duduk semula di sofa hitam tersebut. Otaknya mula berfikir cara nak selesaikan masalah yang dihadapinya sekarang. " Gila ah sekor sekor hilang takleh gak au. Tinggal 3 ekor je ni " sekali lagi dia mengeluh.

Hobie dan Jebon duduk merenung Yoon Hoo.

" Jap. Mana Jimbo ? " Tanya Yoon Hoo.

" Dia tengah minum susu- "

" -susu dutchlady " Jebon senyum memotong Hobie.

" Aku nak tanya lagi. Bila Jinnie hilang ? "

Jebon jawap " Pagi tadi. Dia cakap dia mimpi kat mana Mon dengan Suga. Lepastu dia kata dia nak pergi tempat tu tapi Hobie dengan Jimbo tak kasi dia pergi kitorang kata dia merepek. Lepastu 10 minit lepastu dia dah tak ada. Lepastu en Jimbo nangis. Lepastu kitorang suruh dia minum susu- "

" Amende panjang sangat cerita kau ni ? " Yoon Hoo buat muka menyampah.

Jebon sengih. " Haa Mon dengan Suga hilang masa kat rumah Hansol hari tu. Sampai sekarang tak jumpa. " Beritahu Jebon sebagai info tambahan.

" Aku fikir , aku nak cari diorang lah. Satu satu kawan kita hilang , mana boleh macam tu. "Jelas terpampar riak sedih Hobie.

" Berani ke kau nak cari ? Mana tahu kau pulak hilang " Kata Yoon Hoo. Memandang rendah terhadap Hobie.

" Bro , gua kucing jantan lah. Gagah perkasa lu kata gua tak berani ? " Hobie tersenyum sinis.

" Kau kucing jantan ke Hobie ?! " Jebon seakan akan tidak percaya.

" Yelah ! Kau kenapa ?! "

" Aku fikir kau kucing betina babe. "

" patut ah kau raba aku hari tu "

" Aku tak sangka aku bernafsu dengan kau. Halalkan jelah perbuatan aku tu "

Kembang tekak Yoon Hoo. Nak muntah je rasa.

" Eiii dah dah. Aku taknak dengar lagi apa apa perbuatan terkutuk korang tu. Sekarang ni macam mana nak cari natang natang tu ? "

Hobie dan Jebon menunduk.

" Guys " Jimbo berjalan perlahan kearah mereka lagak seorang hero dengan mulut yang comot dengan susu.

" Diam semua " Jimbo menunjukkan tangan kontotnya tanda 'sila diam' padahal memang dah diam dari tadi.

" Susu aku dah habis. Yoon Hoo pergi beli "

***

" Aku ingat jalan ni " Jinnie membebel sorang sorang.

" Kenapa rasa macam pernah jalan haa jalan ni ? "

Suasana yang sesak dengan lautan manusia , Jinnie tidak hiraukan. Dia sendiri pernah menjadi kucing bandar jadi dia lansung tak hairan dengan kesesakan ini. Dia berjalan di bahu jalan sambil fikirannya melayang tentang mimpi yang dialaminya tiga kali berturut turut.

" Tak mustahil jugak. Aku mimpi rumah tu dah 3 kali. Dalam rumah tu aku nampak ! Ada Mon ada Suga ada Taebu jugak ! Tapi , aku tak cam siapa lagi ada dalam tu. " Jinnie teruskan bercakap seorang diri.

" Mana agaknya arah rumah tu ? " Dia berhenti di tengah dua simpang jalan.

Di sebelah kiri atau kanan ?

Nalurinya kuat mengatakan ianya di sebelah kanan. Lansung dia menyusuri jalan tersebut berharap arah tuju dan nalurinya betul. Well ini Jinnie lah , selalu betul !

Disebabkan jalan ni dah terpisah dengan pekan yang sesak dengan manusia , ia kini berada di jalan yang sunyi dan hanya pokok pokok dan daun yang menghijau tersusun rapi kian bertukar jingga. Musim luruh hampir tiba.

" eHhH DespaCitOo- " Jinnie ter latah saat kakinya tersadung batu kecil.

" Takda rumah ke batu ni tengah jalan jugak kau duduk. Miskin "

Dia hina pulak batu tu.

***

Ayeahhhhhh

Kedah gegurl and boboyy where you at where you at ? Hehehehe aaakitaa raya kat kedah haa ni siapa yang kampung kedah or duk kedah meh ler sungai petani kita berkenalan ewah *campak batu lesung*

Dah bye nak beraya *start enjin kereta kuda*

btw sebelum kita berpisah disini .. *raver di kumbahan*

SelaMat HaRi RaYa MaaF ZaHir Dan BaTin ! 🌝✨🐣💛

Seven Kittens S1[✔] & S2[✔] ◍ BTSWhere stories live. Discover now