4 × Tak suka

3.4K 611 82
                                    

Jinnie baring diatas daun yang dikutipnya untuk dijadikan sebagai alas. Penat tak terkata!

Selama ni, pembantu tuan dia yang uruskan makan, minum, mandi dan tempat tidur. Dan sekarang, dia pula yang terpaksa buat semua tu sendiri.

" Jimbo, aku lapar lah. " kata Jinnie pada Jimbo yang sedang mengasah kuku pada kayu.

Jimbo menoleh ke arah Jinnie. " Pergilah cari makan. " kata Jimbo selamba lantas menyambung semula kerjanya tadi.

" Ish. Aku mana reti cari makanan sendiri. Kau carikan lah. " Jinnie mengerdipkan matanya beberapa kali pada Jimbo.

" Tak reti tu, belajar. Nak harapkan kucing lain pula. " sampuk Mon yang baru muncul setelah lama menghilang. Dia duduk bersebelahan dengan Jinnie sebelum mencari kutu pada badannya sendiri.

Jinnie mencebik. " Alah selama ni, bila aku nak makan, makanan dah tersedia depan mata. Susahlah macam ni. Ajarlah aku nak cari makan. " Jinnie membuat muka sedih.

Dia ni pemalas. Tak aktif macam kucing lain.

" Apa benda yang susahnya bang? Abang pergi je kat tempat sampah, bongkar. Apa de hal? " kini Jebon pula yang menyampuk.

Jebon menggeliat sebelum dia menjilat mulutnya sendiri. Kemudian dia meniarap dan melentokkan kepalanya diatas simen.

" B-busuk. " Jinnie mencebik.

" Nak makan, cari sendiri. Tak nak, kebulur lah kau. " Suga berjalan ke arah mereka bertiga diikuti oleh Hobie dari belakangnya.

Jinnie memandang Hobie. Dia tengok Hobie ni macam senang dibuli je. Senyuman jahat terukit dibibirnya.

Hobie duduk diantara Jimbo dan Jebon dengan muka innocentnya. Jinnie terus memdapatkan Hobie. Kepalanya digeselkan pada badan Hobie.

" Hobie-ah. " Jinnie masih menggeselkan kepalanya dibadan Hobie.

Hobie memandang Jinnie dengan pandangan sucinya. " Meow? " soal Hobie pada Jinnie.

" Hobie boleh tak carikan aku makanan? Aku lapar~ " Jinnie mencebik sebelum mencuit hidung Hobie.

Hobie blank seketika. " Em. Boleh. " Hobie mengangguk lurus.

Jinnie terus tersenyum kemenangan.

" Hoi. Mana aci! Kalau Taebu tau kau bu--- "

" Siapa buli Hobie? " Taebu tiba-tiba sahaja muncul dengan wajah dinginnya.

" Jinnie! " ucap Jimbo sambil tangan comelnya menunjuk tepat ke arah Jinnie.

Taebu menjeling Jinnie dengan pandangan tajamnya. " Kau fikir kau siapa nak hambakan orang? Raja? Kau ada kaki, ada kudrat, so sila pergi cari makanan kau sendiri. Kau kena ingat yang kau tu cuma bekas belaan orang kaya. " kata Taebu dengan nada sinisnya.

Mon menyinggul badan Taebu. " Don't be so mean. " bisik Mon dengan dahi yang dikerutkan.

Jinnie menundukkan kepalanya. " Takpelah Mon. Betul lah apa yang dia cakap. Aku mana boleh jadi manja sangat macam ni nak harapkan yang lain je. " Jinnie mengeluh.

" Jadi, em... korang ajarlah aku cari makanan. Ajar je. Nanti lepas aku dah pandai, aku dah tak perlu susahkan korang lagi. " Jinnie tersenyum nipis.

" Ha! Kalau macam tu boleh! "

" Jom kita cari makanan belakang McD. "

" Jauh lah. "

Taebu hanya mendiamkan diri sebelum dia berlalu pergi tanpa berkata sepatah apa pun.

Jinnie memandang Taebu sehingga kelibatnya hilang. Apa salahnya sampaikan Taehyung bencikan dirinya? Cecair jernih keluar dari mata Jinnie. mENCI! Rungutnya dalam hati.

#Tak Suka

Seven Kittens S1[✔] & S2[✔] ◍ BTSWhere stories live. Discover now