bab 9

8.8K 566 41
                                    

Aku memandangnya lalu tersenyum. "Saya ok. Cuma..." Belum sempat aku berkata apa - apa, tiba - tiba sudu dari sinki itu terjatuh. Baru aku hendak mendekatinya, Lily sudahpun mendekati sudu yang jatuh itu.

"Hana tak payah susah - susah. Saya boleh angkatkan. Hana tolong ni pun saya dah cukup besar hati dah," katanya lalu tersenyum sudu yang jatuh tadi kini diletakkan semula di dalam sinki.

"Lah... Saya tolong masak je. Bukan apa sangat..." Kataku sambil menggaru belakang kepalaku yang tidak gatal itu. Rasa malu pulak. 

Setelah menyiapkan masakkan untuk makan tengah hari, kami pun makan bersama - sama. Makan tengah hariku kini hanya berdua sahaja kerana tukang kebun dan pekerja lain masih lagi sibuk menyiapkan kerja masing - masing.

"Erm... Lily, nak tanya sikit boleh?" Tanyaku setelah sekian lama kami menjamu selera di sini.

"Eh boleh... Tanyalah," jawabnya tersenyum lalu meneruskan kembali menjamu seleranya.

"Dah lama ke Lily bekerja dengan Jungkook ni?" Tanyaku tidak lekang memerhatikan seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 20 -an itu.

"Dalam setahun. Wae?" Balasnya yang tadi sedang kusyuk menjamu selera kini sudah pun memandangku.

"Ouh... Saja tanya," jawabku tersenyum.

"Lagipun tak lama lagi saya nak berhenti dah. Nak sambung belajar," katanya dengan nada yang perlahan. Jelas pada wajahnya rasa sedih.

"Hmm... Saya faham perasaan awak. Saya pun tengah belajar sebenarnya, tapi tulah... Nasib saya dah macam ni..." Kataku sayu. Memang hasratku ingin menyambung pelajaranku, tetapi aku tahu ia tak akan berlaku. Hidup aku dah tak ada maknanya lagi.

"Awak mintalah dekat Encik Jungkook nak belajar," katanya. Aku memandangnya sayu.

"Saya kan isteri simpanan dia... Manalah boleh belajar tinggi - tinggi," kataku sinis. Sup yang di dalam mangkuk ku kacau - kacau perlahan.

"Encik Jungkook tu baik. Saya tahu awak boleh bahagia dengan dia," katanya lalu tersenyum. Aku memandangnya pelik.

Baik?!

"Baik apa macam tu," kataku lalu mengeluh kecil. Sungguh perasaan tidak puas hati masih menyelubungiku.

"Semua manusia pernah buat kesilapan, Hana..." Katanya tersenyum lalu melangkah pergi ke dapur.

Aku memandangnya sehinggalah dia menghilang dari pandanganku. Ye memang tak dapat menafikan semua tu. Cuma aku tak rasa Jungkook dapat bahagiakan aku.

Setelah selesai makan, aku dan Lily mengangkat segala pinggan dan mangkuk untuk dibasuh. Sedang kami membasuh pinggan bersama - sama, tiba - tiba kami dikejutkan dengan bunyi pintu ditutup kuat menyebabkan kami terkejut. Aku segera menjenguk di ruang tamu hadapan. Kelihatan Jungkook baru balik dari tempat kerjanya menuju ke tangga.

Belum sempat aku menghampirinya, Lily sudah pun menghampiri Jungkook.

"Awal Encik balik? Encik Jungkook nak makan? Saya dah masakkan makanan tadi," kata Lily namun dibalas dengan jelingan oleh Jungkook.

"Kau jangan sibuk hal aku boleh tak?! Pergi buat kerja kau !" Katanya kasar. Akur kata - kata Jungkook itu, Lily segera menuju ke dapur semula bagi menyelesaikan segala tugasannya.

"Haa... Kau! Sini!" Arahnya. Aku yang mendengar arahannya itu segera pergi ke arahnya dengan terburu - buru.

"Waeyo?"

"Kau tau kan aku ni penat, buatkan air kat aku. Bawak naik atas," arahnya lalu memasuki perut lif untuk ke biliknya.

Aku yang memandangnya itu hanya mengeluh. Tak pasal - pasal kena marah. Apa masalah dia tu?!

Setelah selesai membuat air yang disuruh tadi, aku segera menuju ke bilik nya untuk menghantar air tersebut.

"Ni airnya. Ermm... Saya keluar dulu eh," kataku setelah meletakkan segelas air di atas meja.

"Siapa suruh kau keluar ah?!" Belum sempat aku melangkah keluar dari bilik itu, tiba - tiba dia bersuara. Serta -  merta tubuh badanku menggeletar. Manalah tidak aku terkejut dengan pekikkan dia yang tak tahu kenapa.

"W... Wwae?" Tanyaku aambil memandangnya ketakutan.

"Asal lambat hah?!" Tanya Jungkook sambil membuka baju kemeja kerjanya itu. Dia mula mendekatiku sedikit demi sedikit. Bajunya tadi sudah ditanggalkan dan dilempar ke atas tilam.

Selangkah demi selangkah mula didekatkan kepadaku. Tubuh badanku tiba - tiba dicempung dan dilempar ke atas tilam. Belum sempat aku berkata apa - apa, tiba - tiba mukaku ditampar kuat. Pedih.

"Kau tau tak yang aku ni penat. Yang kau lembab tu asal?! Kau ni memang tak gunalah!" Hamburnya dengan penuh marah sekali. Kini posisi kami berubah apabila aku mula bangun dan duduk memeluk kedua - dua belah kakiku ini dihujung katil. Dengan tidak sengaja air mataku mengalir laju.

Dia menghampiriku lalu menarik tanganku yang melingkari kedua - dua belah kakiku itu.

"Kau tahu tak tadi dekat pejabat ada setan tak guna tu reject aku punya kertas kerja. Senang - senang je dia dia batalkan projek syarikat aku. Nampak sangat dia tu setan tak guna kan?!" Katanya lalu memandangku sambil tersenyum sinis. Aku hanya membalasnya dan menggangguk tanda bersetuju dengannya.

"Boleh pulak dia kata syarikat aku tak layak dapat projek tu?! Wtf!" Sambungnya lagi dengan penuh marah. Tercungap - cungap dia bernafas tanda menahan kemarahannya itu. Dia berhenti seketika sebelum mula memerhatikan ku lama. Aku yang hanya melihat kelakunya itu terdiam kaku.

"And kau, asal lambat hah?!" Kepalaku kini ditolak kasar ke dasar tilam. Segera dia menarik rambutku yang panjang ini ke hujung tilam. Sehelai demi sehelai rambutku putus akibat tarikkannya itu. Mukaku yang lembut ini menjadi bahan gustinya sekarang. Berkali - kali dia menumbuk mukaku tanpa sebab sehinggakan hujung bibirku berdarah penangannya.

"Kau memang suka kan aku macam ni?!" Kini, dia menarikku jatuh dari atas katil itu. Sakit teramat apabila hampir seluruh tubuh badanku dihempap mozek biliknya itu.

"Weii pabo! Orang tanya jawablah!" Katanya mula menarik keluar tali pinggangnya yang terlilit kemas di pinggangnya itu. Aku yang melihat itu hanya dapat menggelengkan kepala. Air mataku mengalir dengan deras sekali. Sungguh aku tak sanggup.

"Tau pulak tak eh... Yang kau sengaja cari pasal dengan aku asal?!" Katanya dengan nada yang tinggi. Kini dia mula melibasku dengan tali pinggangnya berkali - kali. Terasa sakit yang teramat.

"Ssakit..."

"Tau pulak sakit... Hati aku ni lagi sakit kau tau tak," jeritnya. Aku cuba bangun dari situ namun tak terdaya. Sakit dapat dirasai di mana - mana sahaja. Dia menarik rambutku menghadap mukanya yang amat menakutkan itu. Tali pinggang yang digunakan untuk melibasku itu dicampakkan ke tepi.

"Kau tahu hati aku ni... Sakit sangat..." Katanya dengan penuh geram sebelum kepalaku mula terasa teramat pedih akibat hentakkan kuatnya itu.

Sedikit demi sedikit cahaya mula hilang dari pandanganku. Dunia semakin kelam dam akhirnya gelap gelita...

Mungkin ini pengakhiran buatku...

Vote and Comment ✌

Isteri Simpanan JJKWhere stories live. Discover now