Lantas dia berpaling dengan senyuman lebar " Ya kenapa ?? "

" Tolong charge phone aku ? Charger dekat tepi suis Tv "

" Ok .. " Rasa macam nak tumbuk meja. Nak bermanja dengan Minju pun susah , Fikir Yoon Hoo.

Huluran Minju disambutnya dan terua dia pergi ke ruang tamu. Baru sahaja dia melutut mahu mencapai charger tersebut , Handphone Minju berdering memaparkan nama panggilan yang buat dada Yoon Hoo terasa sempit. Tak tahu nak teruja atau pelik atau ...

Baby Yoon Hoo 💙💋 is calling ..

" Aku tak pegang phone aku pun. Macam mana aku boleh call dia ni ? " Yoon Hoo mengerutkan keningnya.

" Oh ! " Yoon Hoo berdiri dan mengeluarkan handphone nya dari poket.

" Lah tertekan rupanya. " Butang end ditekan lalu senyum gatal singgah di bibirnya.

" Dia save nama aku baby hiks .. Ada emoji love dengan kiss " Yoon Hoo memegang pipinya yang terasa panas.

" Gedik ah kau "

Hampir terlepas kedua dua handphone dari tangannya akibat terkejut dengan suara Hobie.

" Macam mana kau masuk ?! " Yoon Hoo mengusap dadanya. Heart attack haaa.

" Lembab sangat ambil kitorang. Kitorang masuklah. Pintu depan tak tutup pun " Jinnie menyampuk sambil mengheret Jebon yang sedang nyenyak tidur masuk kedalam.

Jimbo yang terakhir masuk sambil tersenyum kearah Yoon Hoo. Dia mendongak " Yoon Hoo makin tinggi lah "

" Oh iyaa ? " Tubuh Jimbo didukung dan Yoon Hoo melagakan pipinya pada badan gebu Jimbo. " Rindulah korang ! "

" Mana Minju ? " Hobie mencari sambil matany melilau ke sekeliling rumah.

" Dapur " Jawap Yoon Hoo sepatah sambil bermain dengan Jimbo. Gebu !

***

" Jebon bangun !!! " Jerit Jinnie di telinga Jebon.

Kuat macam mana pun jeritan Jinnie , Jebon tetap berdegil tidak mahu bangun dari tidur. Jinnie mengeluh.

" Jebon bangunlah .. "

" 5 minit 5 minit "

Sedih betul hidup Jinnie. Dari pukul 4 petang tadi Jebon asyik 5 minit 5 minit sampailah ke malam.

" Bangun— "

" Jinnie ! Biarlah aku tidur kalau aku bangun pun bukannya boleh buat apa pun " Jebon memeluk tubuh namun mata masih terlelap dan badan masih terbaring di atas katil Yoon Hoo. Empuk pulak katil ni rasa berat hati pulak nak bangun.

" Masalahnya aku kejut kau sebab Minju noona nak pergi kerja lama tau. Seminggu. Dia dah nak gerak , kau tak nak jumpa dia ke ? "

Hidup terus nyawa Jebon mendengar alasan Jinnie. " Yeke ? Alaaa dahlah dia baru balik lepastu kena kerja lagi ? Eiii aku rindu dia lah !! " Jebon menumbuk katil geram.

Seven Kittens S1[✔] & S2[✔] ◍ BTSWhere stories live. Discover now