Strong

2.4K 219 52
                                    

7 bulan sudah berlalu namun rindu Soyeon terhadap Mingyu dan Minhyuk tidak pernah terpadam. Sejurus keluar dari hospital 7 bulan yang lepas, dia terus sahaja menghilangkan diri. Butiknya ditinggal begitu sahaja. Dia juga menyewa sebuah rumah yang sesuai untuk dirinya seorang diri.

Ting tong!

Mendengar sahaja bunyi loceng, Soyeon dengan susah payahnya cuba bangun. Dia melangkah perlahan-lahan ke pintu utama.

" Hello mummy-to-be!" Terdengar beberapa suara riuh di hadapan rumahnya. Mummy-to-be? Ya, dia mengandung. Kandungannya sudah masuk 8 bulan lebih. Dia sekarang hanya menghitung hari untuk melahirkan. Memikirkan anak di dalam kandungannya itu membuatkan senyuman Soyeon semakin melebar.

Flashback

" Soyeon...." Pinggang gadis yang sedang berbaring di sebelahnya itu dirangkul.

" Tidurlah, Kim Mingyu." Soyeon berkata perlahan.

" Soyeon, aku rasa kita patut bagi Minhyuk adik." Mingyu berkata nakal. Jarinya bermain-main dengan rambut lurus Soyeon.

" No. Kita tak kahwin lagi." Soyeon mematahkan angan-angan Mingyu. Mingyu mencebik.

" But.. aku rasa Minhyuk perlukan adik." Jawapan itu keluar dari mulut Mingyu. Soyeon yang dari tadi tidur membelakangi Mingyu segera menggerakkan tubuhnya untuk berhadapan dengan Mingyu. Matanya bertentang dengan mata lelaki itu.

" Peliklah kau. Dulu kau cakap selagi kita belum kahwin, kau tak akan sentuh aku. Aku tahu, kau sembunyikan sesuatu kan?"

" Tak ada apa lah. Dah, tidur." Mingyu memejam matanya.

" Tak. Aku tak nak tidur. Baik kau buka mata kau!" Soyeon menampar lembut pipi kekasihnya itu.

" Aish! Ye la! Ye la! Aku rasa kita patut ada anak so mummy atau Seohyun tak dapat pisahkan kita."

" Kita kan dah ada Minhyuk." Soyeon membalas hairan.

" Minhyuk seorang tak cukup. Dia pun dah hampir besar." Soyeon hanya terdiam mendengar kata-kata Mingyu itu.

" Kalau kau tak nak, tak apa. Tidur je." Sambung Mingyu apabila melihat Soyeon hanya mendiamkan diri.

" Siapa cakap aku tak nak?"

End flashback

" Mummy!!!" Lamunan Soyeon mati. Beberapa jejaka di hadapannya dipandang. Ada umurnya yang tua darinya, ada yang sama umur dengannya dan ada juga yang muda darinya namun mereka semua itu seperti berumur 3 tahun sahaja. Semuanya lebih manja dari Minhyuk.

" Ada bawa tak orang yang Soyeon suruh bawa?" Soal wanita mengandung itu.

" Ada." Mereka menolak dua orang jejaka ke hadapan.

" Taeyong! Chenle! Mari masuk!" Tangan dua jejaka itu ditariknya ke dalam rumah.

" Pelik lah. Orang mengandung ni selalunya mengidam nak makan tu, nak makan ni, ini tak, ada ke patut dia mengidam nak jumpa Taeyong dengan Chenle?" Bebel Haechan.

NCT. Percaya atau tidak, selepas Soyeon meninggalkan Pledis Entertaiment, dia diterima pula menjadi personal make-up artist kepada kumpulan terbaru SM Entertaiment iaitu NCT. Tidak dia sangka walaupun dia telah berhenti kerja kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan, namun hubungannya dengan NCT masih akrab. Sikap member-member NCT yang persis dengan sikap member-member Seventeen itu membuatkan dia selesa bergaul dengan mereka. Sepanjang dia menjadi jurusolek bagi NCT juga, di terpaksa mengelak dari terserempak dengan Seventeen kerana kedua-dua kumpulan ini sering sahaja bertemu. Lagi pula Jaehyun bersahabat baik dengan Dokyeom dan Jaehyun juga berkawan dengan Mingyu. Semua tentang info tentang Mingyu, akan Jaehyun sampaikan kepadanya. Semua member NCT juga tahu tentang kisah hidupnya bersama Mingyu.

Fallen For You, Again (SEVENTEEN's Mingyu)Where stories live. Discover now