Spoiler

3.8K 334 51
                                    

Bunyi bising dari dapur menganggu lena Soyeon. Matanya dibuka perlahan-lahan. Eh? Kenapa bilik ni lain sangat dari bilik aku? Otaknya cuba mencerna apa yang sebenarnya berlaku. Matanya membulat apabila mengingati situasi sebenar.

" Morning!" Mingyu menyapa ceria setelah melihat Soyeon menapak di dapur. Percaya atau tidak semalam Soyeon mengunci dirinya di dalam bilik tetamu kerana terlampau malu dengan adegan semalam.

" Err.. Mor.. Morning too" Dia masih terasa kekok tentang hal semalam. Macam mana Mingyu boleh selamba je?

" Breakfast?"

" Kau masak?" Masih sama seperti dulu. Ya, Mingyu masih memasak seperti dulu. Masih dia ingat dahulu Mingyu selalu masakkan dinner untuk mereka berdua. Terasa dirinya tidak berguna sebagai seorang perempuan kerana tidak pandai memasak. Minhyuk pun asyik makan luar je. Soyeon mengeluh perlahan.

" Yang kau mengeluh kenapa? Bukan aku suruh kau berkebun pun. Makan je lah" Seperti biasa nada Mingyu kedengaran sinis.

" Aku belum mandi. Kejap lagi lah aku makan" Balas Soyeon. Memang niatnya hanya untuk melawat dapur.

" Bila aku cakap kau kena makan, it's mean no excuse! Mandi tu kejap lagi pun boleh. Kalau kau nak aku mandikan, kecil tapak tangan, Stadium Shah Alam aku tadahkan"

" Kekadang aku rasa nak gam je mulut kau ni! Biar bisu!" Balas Soyeon.

" Daripada kau gam, baik kau kiss. Confirm aku diam" Terkejut Soyeon apabila Mingyu mendekatinya.

" Err.. aku nak makan! Sedapnya bau" Soyeon mengorak langkah tanpa melihat arah tujunya. Namun tindakannya itu terhenti apabila Mingyu dengan selambanya memaut pinggang Soyeon.

" Kalau ye pun nak makan, tak payah lah pergi ruang tamu. Dapur arah sini sayang" Entah kenapa tangan Mingyu yang memaut pinggangnya tidak pula Soyeon tepis. Dia hanya menuruti langkah Mingyu.

" Jemput makan tuan puteri" Mungkin pada pendapat readers, ayat itu ditutur lembut oleh Mingyu. Namun percaya lah, ayat ditutur dengan nada sinis teramat.

" Hm.. Kau tak makan?"

" Nak makan lah ni. Kau ingat aku nak jadi bibik je tengok kau makan?"

" Kalau jawapan tu tak menyakitkan hati, tak boleh ke?"

" Tak!" Sejurus itu suasana terus sunyi sepi. Hanya kedengaran sudu berlaga. Suasana itu berterusan sehingga mereka berdua selesai menjamah makanan.

******

" Soyeon aku.." Kata-kata Mingyu terhenti sebaik sahaja dia merempuh masuk ke dalam bilik yang diduduki Soyeon.

" ARGHHHHHHHHHH! PERVERT! MINGYU TAK GUNA!" Jerit Soyeon yang hanya bertuala. Nasib baik dia belum tanggalkan tuala. Penyapu yang berada di penjuru segera diambilnya lantas mengejar Mingyu yang sudah dapat menjangka perbuatannya.

" Kim Mingyu! Kau jangan cuba nak lari eh? Dah la semalam kau kiss aku, lepas tu kau nak cuba intai aku pulak kan? Eh, kau ni memang nak kena kan?!"

" Kau dah salah paham! Aku bukan nak intai kau. Aku mana tau yang kau baru lepas mandi" Mingyu masih cuba mengelak dari ditangkap Soyeon.

" Ah, Alasan!"

" Weh kang tertanggal tuala tu kang!"

" Aku tak kisah! Asalkan aku dapat pukul kau! Dah lama aku geram dengan kau, tau tak?!" Soyeon berkata. Namun malang nasibnya, dia tersadung karpet yang diletakkan di ruang tamu. Walaupun Mingyu sempat memaut pinggangnya namun tidak dia sangka yang dirinya turut ditarik Soyeon. Akibat itu, part cliche drama terjadi, kedua-dua mereka jatuh di atas sofa dengan posisi Mingyu menindih Soyeon. Keadaan itu kekal sehinggalah..

" Min... OH MY GOD!" 12 suara bergabung serentak.

" Tutup mata Dino!" Arah si leader.

" Baik!" Hoshi menjawab lantas tangannya menutup mata orang sebelah.

" Ni mata aku lah setan!" Carut Woozi.

" Ops salah!"

" Guys, actually kitorang tak..."

" Wah! Hampir-hampir kita rosakkan innocent mind maknae kita" Jeonghan berkata.

" Jom kita keluar. Nanti kalau korang dah habis, panggil kitorang. Kitorang ada dekat luar" Joshua mengajak Seventeen untuk keluar.

" WEH! Sebenarnya Soyeon hampir jatuh, aku cuma tolong dia. Serius tak ada apa-apa" Mingyu memberi penjelasan.

" Ye ke?" Masih sukar untuk mereka percaya. Atas bawah mereka semua scan Soyeon. Melihat tindakan mereka itu, baru lah Soyeon menyedari bahawa dia hanya bertuala. ARGHHHHHHHHH! Pantas dia melarikan diri ke biliknya.

" Mingyu, aku takkan sesekali percayakan kau lagi" Wonwoo menggelengkan kepalanya. Masih terkejut dengan adegan sebentar tadi.

******

Sudah seminggu semenjak peristiwa dia menumpang di rumah Mingyu. Setelah itu, semuanya kembali seperti biasa. Namun, lain pula yang jadi pada pagi itu.

" Mummy, jangan lah sakit" Minhyuk merengek. Sejak dari tadi dia berdiri di muka pintu tandas menunggu Soyeon keluar. Kelihatan Soyeon keluar dari tandas dengan keadaan yang tak bermaya. Dia baru sahaja memuntah kan segala isi perutnya.

" Mummy.. are you okay?" Soal Minhyuk.

" Mummy.." Belum sempat Soyeon menjawab, dia sudah rebah ke lantai.

" Mummy..!" Air mata Minhyuk mengalir laju. Dia sudah panik. Kakinya terus dihalakan ke ruang tamu. Handphone Soyeon dicapai.

" Daddy.. tolong mummy!"



Update. Happy birthday to our Prince Wen Junhui! Happy birthday Jun! Carat love u sooo much! Vote and comment for this chap! Saranghae readers ♡

Fallen For You, Again (SEVENTEEN's Mingyu)Where stories live. Discover now