Sick

3.6K 326 32
                                    

Matanya yang terasa berat digagahi juga untuk dibuka. Kepalanya yang berpinar dipegang.

" Mummy!" Minhyuk menjerit seraya memeluk ibunya itu. Selepas itu, dia menangis teresak-esak.

" Hey sayang.. Kenapa nangis? Mummy okay lah" Kepala Minhyuk diusap lembut. Dia cuba memujuk Minhyuk untuk berhenti menangis.

" Mummy jangan sakit! Minhyuk tak suka mummy sakit"

" Tak. Mummy tak sakit dah. Taknak nangis dah" Tersenyum Soyeon melihat riak wajah Minhyuk yang penuh kerisauan itu. Tiba-tiba, Soyeon sedar akan sesuatu. Macam mana dia boleh ada di dalam biliknya? Tak mungkin Minhyuk yang mengangkat dirinya.

" Kau dah sedar?" Satu suara mengejutkan Soyeon. Dia menoleh ke muka pintu. Kelihatan Mingyu sedang menatang sedulang makanan.

" Mingyu?"

" Minhyuk sayang, Minhyuk turun bawah ye? Pergi main dengan hyungs yang lain. Daddy nak cakap something dengan mummy" Arah Mingyu. Minhyuk hanya menurut. Sebelum dia keluar dari bilik, dia sempat mencium pipi ibunya.

" Kau ni kan degil! Dah tahu diri tu sakit, kenapa tak pergi hospital? Kau nak harap hospital tu datang kat kau? Kalau tak larat, cakap dekat aku! Ni tak, saja nak buat orang risau" Bebel Mingyu panjang lebar.

" Macam mana kau tau aku sakit?" Soal Soyeon.

" Minhyuk call!" Mingyu menjawab. Bagai mahu meletup jantungnya apabila Minhyuk mengkhabarkan yang Soyeon telah jatuh pengsan. Terus sahaja dia meninggalkan dorm dalam keadaan tergesa-gesa.

" Aku rasa aku dah okay, so kau dah boleh balik" Ujar Soyeon.

" Rude! Mana terima kasih kau? Mulut tu berat sangat nak cakap terima kasih?" Kata-kata Mingyu itu membuatkan Soyeon memutar bebola matanya. Poyo!

" Suka hati lah mulut aku" Sejurus berkata sedemikian satu ciuman singgah di bibirnya. Tergamam Soyeon dengan tindakan berani mati Mingyu tadi.

" Kenapa kau kiss aku?" Soal Soyeon geram.

" Suka hati lah mulut aku!" Bidas Mingyu kembali. Soyeon mengetap bibirnya. Geram apabila Mingyu kembali mengenakannya.

" Dah makan!" Mangkuk berisi bubur dihulurkan kepada Soyeon.

" Aku tak ada selera lah" Soyeon membalas.

" MAKAN!"

" TAK NAK!"

" MAKAN!"

" TAKNAK! TAK..." Tidak sempat Soyeon menghabiskan protesnya, Mingyu terlebih dahulu menyumbat bubur itu ke dalam mulut Soyeon. Ulang semula, MENYUMBAT.

" WAAAAAA! Kejam, kejam!" Bahu Mingyu ditampar berkali-kali.

" Kau ni degil. Selagi aku tak paksa, kau takkan makan" Mingyu berkata. Aktivitinya menyuap Soyeon diteruskan lagi setelah gadis itu tidak lagi memberontak seperti tadi.

" Lepas ni makan ubat!" Mingyu mengeluarkan arahan.

" Tahu la. Aku bukan macam orang tu, nak makan ubat pun menangis macam orang suruh dia pergi berperang" Sindir Soyeon pedas.

" Macam mana kau tau aku takut makan ubat?"

" Eh mengaku!" Soyeon ketawa seakan tidak seperti orang sakit.

" Kim Soyeon, aku serius!"

" Park Soyeon okay!"

" One day, Kim jugak kan?"

" Kim mana pulak nak jadi laki aku ni? Kim Hanbin? Kim Jinhwan? Kim Jiwon? Kim Donghyuk? Kim Jongin? Kim Junmyeon? Kim Jongdae? Kim Minseok? Kim Do Young? Kim Taehyung? Kim Seokjin?" Soyeon berpura-pura.

" Dah kenapa kau pergi sebut nama lelaki lain? Kim Mingyu lah!"

" Kim Mingyu? Yang tu aku dah blacklist nak jadi suami aku"

" Hek eleh! Dah-dah kau rest! Apa-apa jerit je. Nanti aku datang" Mingyu bangun. Dia mula mengorak langkah untuk keluar dari bilik itu.

" Mingyu.." Suara Soyeon itu membuatkan Mingyu menoleh.

" Thanks.." Ucap Soyeon. Mingyu hanya mengangguk lantas tersenyum nipis.

*****

" Bye Soyeon! Jaga diri. Mingyu, kau tolong tengokkan Soyeon. Tengokkan aje. Jangan buat benda lain!" Walaupun itu arahan, namun arahan itu tetap berbaur usikan.

" Ye lah. Tahu la aku nak jaga diorang!" Bidas Mingyu geram.

" Muka kau susah nak percaya" Hoshi tergelak kecil. Bahu Mingyu ditumbuknya perlahan.

" Dah-dah pergi balik!"

" Eh bukan rumah kau. Suka hati je nak halau orang balik" Wonwoo mencebik.

" Bye!" Pintu utama ditutupnya tanpa menghiraukan reaksi member yang lain yang membebel di luar rumah.

" Daddy, daddy tidur sini ke?" Minhyuk menyoal.

" Haah. Kan mummy sakit" Jawapan yang diberikan Mingyu itu membuatkan Minhyuk bersorak keriangan.

" Eh kenapa happy sangat ni?" Mingyu ketawa kecil. Dia tunduk lantas mengangkat Minhyuk untuk mendukungnya.

" Sebab Minhyuk boleh main dengan daddy!"

" Eh kira nak main je" Pipi Minhyuk diciumnya. Minhyuk ketawa kegelian.

" Apa pula skandal dua beranak ni?" Soyeon menegur. Dari tadi dia memerhati perlakuan Mingyu dan Minhyuk itu.

" Ada lah. Rahsia orang lelaki. Kan sayang?" Minhyuk hanya mengangguk setuju. Soyeon hanya mencebik. Rahsia konon!

" Yang awak kenapa turun? Kenapa tak panggil saya?" Kening Soyeon terangkat apabila mendengar butir bicara Mingyu yang lembut. Oh lupa! Ada Minhyuk. Sekarang tak main lah mummy-daddy tu. Menggelikan!

" Saya dahaga la. Lagi pun saya dah okay je. Boleh jalan sendiri" Balas Soyeon.

" Degil!" Pipi Soyeon diciumnya. Soyeon membiarkan. Dia dah lali dengan ciuman Mingyu. Keadaan itu amat mirip semasa mereka masih bercinta dulu.

Ting tong!

" Siapa yang datang?" Soyeon hanya mengangkat bahunya. Minhyuk pula sudah hilang entah ke mana.

" Eo.. eomma.. a.. appa.." Soyeon tergamam apabila pintu dibuka. Peluh sudah merenik di dahi. Dia tidak pernah menceritakan yang dia sudah bertemu kembali Mingyu kepada ibu bapanya.

" Soyeon, siapa datang?" Mingyu menyoal. Setelah mendekati Soyeon, riak mukanya berubah pucat.

" Apa jantan ni buat kat rumah kamu Soyeon?" Suara Encik Park naik 3 level dari biasa. Puan Park yang berada disebelah turut cuba menenangkan suaminya.

" A.. Appa.."

" Kamu nak malukan appa lagi ke Soyeon? Tak cukup ke Minhyuk je yang lahir? Kamu nak lahirkan anak tanpa ayah lagi?!" Pedas. Itu lah yang Soyeon rasakan. Ayat appanya itu seakan menghiris hatinya.

" Uncle, jangan marah Soyeon. Sebenarnya.." Mingyu cuba memberi penjelasan namun kata-katanya dipotong oleh Encik Park.

" Kau diam! Tak cukup ke kau tinggalkan anak aku dalam keadaan dia mengandung dulu? Apa lagi yang kau nak sekarang? Nak buat perkara yang sama?!" Jerkah Encik Park. Entah kenapa hatinya berasa marah yang teramat dengan perbuatan Mingyu dahulu.

" Saya tahu saya salah. Saya nak tebus balik kesilapan saya dekat Soyeon dulu" Balas Mingyu.

" Kau memang tak guna!" Tangan Encik Park sudah naik. Membulat mata Soyeon melihat situasi itu. Dengan pantas dia melindungi Mingyu.

" Appa!" Pang! Pipi Soyeon terasa kebas. Kepalanya berpinar. Akhirnya dunianya kelam.


Updatee hee xD Author tengah merajuk dengan mingyu sekarang ni. hm mingyu curang ㅠㅠㅠㅠ vote and comment for this chap. Saranghae readers ♡

Fallen For You, Again (SEVENTEEN's Mingyu)Where stories live. Discover now