KKAS / 18

636 31 0
                                    

SEJAK kejadian petang tadi , Qisha langsung tidak bercakap mahupun memandang wajah Syukri . Tangannya ligat membasuh pinggan yang digunakan untuk makan malam sebentar tadi .

Hatinya masih lagi sakit kerana perkara petang tadi laju sahaja tangannya membasuh , mengelap dan meletakkan balik pinggan di tempat asal . Mukanya pula tak usah dicakap masam seperti cuka dan ketat sahaja sepanjang masa .

Entah kemana Syukri sudah pergi selepas makan malan pun dia tidak tahu mungkin sahaja dia melepak dengan perempuan petang tadi . Haih bila difikirkan balik , buat sakit hati lebih baik abaikan sahaja .

Usai membasuh pinggan , Qisha masih lagi setia berdiri dihadapan sinki sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya . Aplikasi WhatsApp dibuka dan lantas group mereka berlima dibuka . Ada satu mesej dan ianya audio daripada Farish .

Memandangkan line disitu agak perlahan , dia ambil jalan mudah untuk mendengarnya kemudian . Lantas dia menekan skrin untuk membalasnya .

Friendship goals

FarishPondan
(Audio)

Audio apa tu farish ? Tak pernah pernah pulak kau hantar audio

LanaSengal
Adalah kau buka masa lepas kau dapat kejutan hehehe

MayaSenget
Yezza ! Betul selagi kau tak dapat surprise , jgn bukak

Aikk korang pulak yang balas . Wait a minute . Surprise ape ni ? Aku tak fahamlah

Aliffgemoks
Halah kau ikut jelah tak payah banyak bunyi -,-

Qisha mencebik membaca balasan daripada Alif . Qisha masih lagi tidak mengerti apa yang dikatakan oleh mereka sebentar tadi .

"Haih tak faham betul dengan diorang ni" lantas Qisha menaip untuk membalas lagi .

Friendship goals

Aliffgemoks
Halah kau ikut jelah tak payah banyak bunyi -,-

Aku tanya je salah ke haa ? Itu pon nak marah -_-

Aliffgemoks
Aku marah ke tu Qisha ? Eii aku tk paham dengn minah ni .

Marah lah tu eleh!

FarishPondan
Gado gado aku kawen jugak kang dua ekor ni

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now