KKAS / 3

1.2K 55 1
                                    

ASYRAF Syukri menunduk memandang tubuhnya yang basah itu . Giginya diketap penuh geram . Gadis di hadapannya ini memang sangat sangat menjengkelkan .

Qisha terus menutup mulutnya dan berdesup berlari naik ke bilik apabila dia tersedar yang dia masih tidak bertudung .

"Astaghfirullah Syukri kenapa ni ?" Soal Encik Razidh tatkala dia juga sudah berdiri di hadapan pintu .

Penumbuk ditangan Syukri sudah digenggam kemas.

"Ini semua anak tiri papa punya pasallah . Ada ke dia sembur air dekat muka Syukri ? Air teh pula tu" Ujar Syukri .

Encik Razidh terus menekup mulutnya menahan tawa yang bakal meletus .

"Abang , Syuk... Eh kenapa basah ni ? Ya allah" Syukri sudah tersengih sumbing memandang wajah ibu tirinya itu.

"Anak ummi tulah sembur dengan air dalam mulut dia . Ada ke patut" Omel Syukri sambil mengibas air yang tumpah di bajunya .

Ummi menggeleng perlahan.

"Apalah Qisha ni . Masuklah dulu ummi suruh Qisha ambilkan tuala sekejap" Jemput ummi seraya menolak pagar rumah lebih luas lagi.

Encik Razidh dan Syukri akur terus membuka kasut dan masuk ke dalam .

"Qisha ! Ambilkan tuala bawa turun!" Teriak ummi dari bawah .

"Baik ummi!" Sahut Qisha dari dalam bilik .

"Macam tarzan pula main jerit jerit ya . Habislah kita Syukri berjangkitlah penyakit ni" Seloroh Encik Razidh mengundang ketawa Syukri dan Ummi .

"Tak apa sekali sekala jadi tarzan apa salahnya"Balas ummi .

Syukri hanya ketawa perlahan
. Tidak lama kemudian , Qisha dengan tergesa gesa turun bersama sehelai tuala ditangan .

"Hah tu Qisha dah datang . Papa dengan ummi naik atas sekejap ya" Pamit ummi dibalas anggukkan daripada Syukri .

Qisha terus berdiri dihadapan Syukri lalu tuala dihulur ke arah Syukri .

"Mamat bangla nah tualanya" Ujar Qisha mendatar .

Syukri menghampiri Qisha lalu matanya dikecilkan .

"Apa kau panggil aku ? Mamat bangla ? Dah lah lambat pakai tudung senget macam minah senget memang kena dengan muka kau" Bidas Syukri sambil menunjal perlahan dahi Qisha .

Qisha terus mencekak pinggang .

"Ei suka hati kau nak kata aku minah senget . Ni semua salah kau tau tak aku pakai tudung senget ! Kau ni memang bala kan jumpa kau ada je tak kena"  Syukri yang baru sahaja mahu mengelap badannya terhenti .

"Apasal salah aku pula ?! Kau ni kan memang suka tipu ke apa . Pandai pandai kau je kan . Kau tu yang bala minah senget" Qisha merengus geram .

Besar kecil besar kecil je aku tengok kau ni . Nasib kau abang tiri aku eh silap nasib bapak kau ada kalau tak memang aku gusti kau cukup cukup .

"Apa pandang pandang ? Tak puas hati ?" Soal Syukri sambil mencekak pinggang di hadapan Qisha .

"Eii kau ni ..." Kata kata Qisha tergantung tatkala ummi dan Encik Razidh turun ke bawah .

"Qisha , Syukri letakkan beg ni dekat dalam bonet kereta . Ummi dengan papa ada benda nak siapkan lagi . Tolong ya" Pinta Encik Razidh di tengah tengah anak tangga .

Laju saja mereka mengangguk.

"Boleh papa anything for you" Qisha terus mencebik . Poyo je lebih .

"Qisha , Qisha okay kan dengan Abang Syukri?" Dengan tiba tiba Qisha tersedak air liur sendiri manakala Syukri tersenyum perli .

'Abang ? Oh my god please aku nak termuntah'

Dengan teragak agak Qisha mengangguk jua .

"Selesa sangat pak er papa . Macam dunia ini ana yang punya" Ujar Qisha dengan gayanya sekali .

Syukri memeluk tubuh melihat lakonan yang Qisha lakukannya . Sempat Qisha mengerling Syukri lalu kening sebelahnya diangkat berkali kali .

"Baguslah kalau macam tu . Papa dengan ummi naik atas balik ya" Mereka mengangguk lagi .

Hilang saja kelibat orang tua mereka , Syukri terus menepuk belakang kepala Qisha .

"Senget tu ambil beg tu letak dekat bonet cepat" Qisha mengaduh kesakitan .

Giginya diketap geram sebelum menunjal kembali kepala Syukri dengan kuat .

"Kau ni bebal sangat apasal ? Main kepala aku kau ingat aku patung ke hah ?!" Giliran Syukri pula mengaduh dan mengusap kepalanya .

"Memang , patung kepala senget . Cepat ambil beg tu paskan pada aku . Aku tunggu dekat luar" Arah Syukri lalu bergerak ke luar rumah .

Qisha mengecilkan mata sambil penumbuk digenggam kemas .

"Tau mengarah buatnya tak . Dah sah bangla" Omelnya sendiri lalu bergerak ke arah cermin dahulu .

"Patutlah dia kata senget . Memang tudung aku senget" Qisha membetulkan sedikit tudungnya lalu mengangkat beg tersebut .

"Mak oi! Ni baju ke batu berat semacam" Dengan perlahan lahan dia mengangkat beg itu dan bergerak ke luar rumah .

Syukri yang bersandar di tepi bonet hanya menggeleng .

"Lembik ! Beg macam tu pun tak larat nak angkat" Perlinya dengan riak muka sinis .

Qisha mengukir senyum sinis . Di dalam fikirannya ada satu strategi .

"Kau kata aku lembik kan ? Nah cuba angkat" Qisha membaling beg itu tepat mendarat di atas kaki Syukri .

Tanpa membuang masa Qisha mencicit lari masuk ke dalam rumah .

"Qisha!!!!!!!!!!!!!"

Kerana Kau Aku Sayang (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now