Tidak Akan Kubenarkan !

8 0 0
                                    

"Andwae!!!" Jerit Jinho tersedar dari mimpinya. Jinho meraup wajahnya. Jinho bangun dan menuju ke bilik adiknya Hongseok.

'Tolonglah.. tolonglah hanya mimpi...' Ujar hati Jinho. Dia pun membuka pintu bilik yang didiami oleh Hongseok dan E' Dawn.

Jinho membuka pintu dan dia melepaskan nafas lega apabila melihat Hongseok yang sedang tidur lena bersama adiknya        E' Dawn.

'Nasib baik cuma mimpi.' Ujar hati Jinho. Jinho mendekati katil adiknya itu. Jinho menatap wajah adiknya. Jinho tak dapat bayangkan kalau dia betul- betul kehilangan Hongseok mahupun adik- adiknya yang lain.

"Hongseok... Hyung tak nak kehilangan kamu... Hyung tak tahu kenapa sikap kamu asyik berubah semenjak dua menjak ni tapi hyung takkan biar kamu sakit." Ujar Jinho sambil mengusap rambut Hongseok.

--------------------#######-------------------

"Pagi!!!!" Jerit Hui kepada dua orang adiknya yang sedang sibuk menguruskan sarapan pagi. Kino dan Hongseok hanya diam dan sibuk dengan hal sendiri.

"Hey!!! Hyung cakap ngan kamu berdua kan?!" Jerit Hui tak puas hati.

"Kino ambilkan ayam tu. Hyung nak goreng." Ujar Hongseok dan Kino hanya menurut sahaja. Kedua- duanya hanya membuat hal masing- masing tanpa menghiraukan Hui yang sedamg memandang tajam ke arah mereka.

"Hey... Hyung tahulah kamu berdua marah sebab hyung bangun lewat tapi jangan buat bodoh je bila hyung panggil." Ujar Hui.

"Tahupun! Lain kali rajin- rajinkanlah diri tu bangun awal!" Ujar Kino marah.

"Yalah! Nanti hyung..."belum sempat Hui melanjutkan kata- katanya, Kino pula memotong percakapannya.

"Hyung cuba bangun awal! Yalah sangat!" Ujar Kino mengejek.

"Dah jangan bising! Hyung sakit kepalalah..." Ujar Hongseok.

"Kamu tak apa- apa ke? Muka kamu pucat." Ujar Hui apabila melihat muka Hongseok yang agak pucat itu.

"Saya tak apa- apa... Cuma pening sikit je." Ujar Hongseok.

"Oklah kalau macam tu tapi kalau kamu betul- betul tak sihat, bagitau hyung nanti kamu pingsan kang susah pulak. Lagipun nanti kita kat sekolah bukannya kat rumah." Ujar Hui.

Hongseok hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian turunlah adik beradik Jung yang lain.

-------------------#######------------------

"Jadi kat sini ko pegi buat selamanya? Saat kali terakhir ko dan ayahku berjumpa dan berpisah selamanya?" Tanya Hongseok.

"Ya. Kat sinilah kali terakhir aku berjumpa dengan ayah ko sebelum berpisah." Balas suara tersebut.

"Bagitahu aku apa sebenarnya yang terjadi antara ayahku dan ko?" Tanya Hongseok.

"Ko tahu yang ayah ko memiliki kuasa yang tiada oleh manusia biasa dan ko tahu bahawa ko dan adik- beradikmu yang lain juga begitu bukan?" Tanya suara itu.

"Ya. Kami bukanlah manusia biasa tapi kami adik- beradik tak pernah melihat tempat asal kami dan kami telah dibesarkan di dunia ini iaitu di alam manusia." Ujar Hongseok.

"Ya, betultu. Kalau ko nak tahu di antara adik- beradikmu yang lain ko memiliki kuasa yang luar biasa dan disebabkan itu juga ko selalu diburu kuasa jahat. Aku cuba menyelamatkan ko dengan membawamu ke tempat asalmu tapi ayahmu salah anggap. Dia ingat aku ingin menculikmu seperti kuasa jahat yang lain." Ujarnya.

"Lalu ayahku menikammu. Dan disebabkan itu ko membenci ayahku dan ingin membunuhku demi membalas dendam?" Tanya Hongseok.

Suara itu tidak membalas pertanyaan Hongseok dan menghilangkan diri.

"Maaf kerana ayahku salah anggap akan niatmu yang ingin menyelamatkanku. Tapi percayalah yang ayahku sayangkanmu dan menyesal dengan tindakannya. Kalau boleh dia ingin mengembalikan masa dan ingin ko menyelamatkanku." Ujar Hongseok entah kepada siapa.

Hongseok memandang jurang yang ada di depannya. Jurang yang telah memisahkan pasangan adik- beradik dan telah dibasahi darah salah seorangnya.
Hongseok harap dia dapat mengulangi masa disaat ayahnya terpaksa membunuh adiknya sendiri demi menyelamatkannya kerana fikir si adik ingin membunuh anaknya.

Hongseok berasa bersalah dan dia tahu dia layak menjadi pembalasan. Lagi satu, orang yang patut dibenci suara itu bukan ayahnya tetapi dirinya.

"Tolong maafkan ayahku... Aku yang bersalah di atas kematian ko bukannya ayahku. Dan tolong jangan sentuh keluargaku yang lain..." Ujar Hongseok.

                        TBC

Tidak Akan Kubenarkan !Where stories live. Discover now