Writer's Cut: Kenduri Rumah Radhi

Start from the beginning
                                    

"Nak buat macam mana. Entahlah, sejak mak aku meninggal, aku takde nafsu pun nak beli mainan walaupun Toy's R Us dekat je."

"OK, sebelum mak kau meninggal, kau ada mainan?" Adli tanya lagi.

"Jap, jap. Aku baru teringat. Aku ada mainan robot warna merah besi tu. Yang kau kena pusing-pusing tombol dia untuk dia gerak," Kamelia baru teringat dia pernah ada mainan.

Adli mengangguk-angguk.

"Kau simpan gambar mak kau?" tanya Adli.

"Simpan, kau nak tengok?"

Adli pandang wallet Kamelia selepas Kamelia buka walletnya.

"Gambar Eleena kau simpan. Apasal kau tak simpan gambar Nizam?"

Nizam jeling Adli.

"Jap, aku nak isi minyak. Nak isi SmartTag. Kang kat Sungai Ramal tu tol dia boleh tahan berlambak, pantat!" Adli terus belok ke Shell Taman Mesra.

Kelihatan Ziel-O dan Alim Kasut sedang tenang main skate kat tempat isi angin tayar. Mereka nampak Kombi. Mereka teruja. Mereka terus datang ke arah Kombi.

"Fuyoo cool sial!" Ziel-O menjerit.

"Weh, ni kawan Adli la," kata Alim Kasut.
"Eh, hi Kam!" Ziel-O pandang dengan muka turn on.

Kamelia pandang cermin depan.

"Lah, geng Jackall rupanya."

Adli datang untuk mengisi minyak.

"Tepi, tepi. Takde duit, takde duit," kata Adli.

"Sial je buat kitorang macam pemintak sedekah," Ziel-O butthurt.

"Kalau nak sentap, jangan join The Jackalls. Pergi Tarbiyah Sentap!" kata Alim Kasut, tegas.

"Weh, apa cerita projek X?" Ziel-O kata pada Adli.

"Mana kertas proposal kau? Mana pelan pendajalan kau? Mana exit strategy kau? Apa backup plan kau?" kata Adli sambil tengok meter pam minyak.

"Babi, nak dajal pak guard apartment gatal depan taman aku je kot," kata Ziel-O.

"Inilah Melayu. Kecik-kecik ikut perangai Pak Mat, nasi enak jual anak, dah besar, cita-cita nak jadi pendajal berjaya, tapi tak ada karisma. Kau tengok aku, setiap aku plan, mesti cantik je kerja. Aku buat sorang pun boleh," Adli ketuk-ketuk muncung pam minyak pada tangki. Setitis minyak pun sangat berharga di zaman rasionalisasi harga ni.

"Kam, kau kena ada Kam. Aku suka tengok kau kick ass!" kata Ziel-O.

"Kau pahal pandang Kam macam nak terkam je, Ziel-O?" Adli rasa pelik.

"Entah," Kamelia mula rasa tak selesa.

"Macam ni lah. Besok, lepas rehat, kita semua jumpa kat gate belakang sekolah," kata Adli.

"Ala, Li. Lepas rehat, Cikgu Salleh lah," kata Kamelia.

"Taste kau orang tua kerepot ke, Kam? Rupa dia pun macam dah boleh tempah batu nesan. Kadang-kadang aku confused kalau dia masuk, aku ingat dah berlaku zombie apocalypse kat Kajang ni," kata Adli.

"Bukan lah. Aku suka dia ajar BM. Kau ni banyak sangat tengok TeachersPet.com ni," Kamelia menyambung pembacaan.

"Kau tengok blue ke, Kam?" tanya Adli. Ziel-O dah menyengih depan Kamelia. Kamelia diam dan buat bodoh.

"Chow dulu," Adli salam Alim dan Ziel-O.

--

Semua sepupu Radhi usha Eleena. Dah la perfume pun bau sedap gila. Perfume harga lima angka ringgit ni macam ni dia punya pergi.

"Weh, korang! Jemput la, jemput!" Radhi melayan mereka berlima sambil berfistbumpan.

Semua sepupu Radhi berkerumun pada Radhi untuk bertanyakan pasal Eleena.

"Kau nak nombor awek kebaya pink tu ke? Tak dapat la kau jon!" jerit Radhi kuat-kuat.

Eleena nampak semua sepupu Radhi usha dia. Tiba-tiba dia buat perangai nakal dia kat Nizam. Dia tiup-tiup telinga Nizam. Nizam hilang fokus untuk makan walaupun makanan kegemarannya iaitu sambal ayam depan mata.

"Awak, saya tengah makan ni, karang saya bertukar jadi Power Rangers kat sini, susah kita semua ni," Nizam cuba fokus untuk makan.

"Awak, saya tengah nak jeleskan sepupu Radhi, sebelah kiri, meja hujung. Jangan pandang! Dorang tengah pandang tu."

Tiba-tiba Eleena gigit telinga Nizam.

--

"Kecemasan! Kecemasan!" pintu belakang ambulans terbuka. Nizam sedang pengsan kerana pendarahan yang mengalir dari telinga.

Semua berkejaran mengikut pasukan medik yang membawa Nizam ke bilik kecemasan.

"Kak, nak bergurau pun janganlah jadi vampire, ni kronik," Edry cuba menenangkan diri dengan fidget spinner di jarinya.

"Kakak tak sengaja," Eleena masih tergamam, tak sangka sampai berdarah memancut-mancut dari telinga Nizam tadi. Tak sangka majlis kenduri Radhi boleh jadi Texas Chainsaw Massacre.

Kamelia masih lagi belum hilang rasa terkejut. Adli hanya tersengih saja.

"Doktor Zamri, macam mana dengan Nizam Lazim?" kata Eleena, risau.

"Dia okay. Lepas jahit, dia dah boleh keluar dah," kata doktor, tenang. Nasib baik hospital swasta pakai insurans Eleena. Kalau hospital kerajaan ni, entah berapa liter darah lagi kena tumpah untuk tunggu turn angka giliran.

"Terima kasih, Doktor Zamri."

"Aku keluar jap, rokok," kata Adli.

"Kenapa awak gigit telinga Nizam?" Kamelia rasa pelik.

"Saya niat nak bergurau je, sekali terkuat pulak, saya betul-betul tak sengaja," Eleena tunduk.

Kamelia tak tahu macam mana nak respon. Nasib baik lah masa makan tu, segmen orang muda biasa hujung table. Kawasan bebas orang tua.

Kalau tak, mahu jadi bahan umpatan dan caci nista.

Kejap lagi Nizam datang, dengan pakai cermin mata senget sebelah.

"Cinta, saya minta maaf, saya memang tak sengaja," Eleena terus peluk arah Nizam.

Kamelia hanya tersenyum.

"Anda ni kelakar lah. Boleh dikatakan setiap buku, mesti anda tercedera. Jatuh basikal lah, jatuh tangga lah. Nasib baik telinga tak tercabut macam peninju tu," Kamelia memeluk tubuh.

"Doktor cakap apa?" tanya Eleena.

"Tak teruk sangat, tapi kenapa awak gigit telinga saya kuat sangat, sakit tau!" Nizam buat muka kesian.

Eleena hanya senyum nampak gigi taring.

"Cium sikit?" Eleena cuba nak bermanja dengan Nizam.

Nizam hulur pipi. Eleena cium pipi Nizam. Eleena ke telinga Nizam yang tak tercedera.

"Eh, jangan gigit telinga lagi sebelah lah!" kata Nizam.

"Tak, tak. Nak bisik."

"Okay."

"Saya geram bila awak senyum,
Seperti syurga di bawah batang hidung,
Jari saya antara jari awak,
Awak terlalu kelakar buat saya gelak."

"Lagu Bil Musa?" tanya Nizam.

"You caught me! Susahlah music geek ni. Ish!" Eleena ketuk-ketuk dada Nizam.

Edry masih bosan melihat drama Hindustan kakaknya, dia terus buka Spotify. Dia dengar lagu Wild For The Night dari A$AP Rocky.

Kamelia sambung baca novel Tere Liye.

Tiba-tiba Adli datang.

"Siapa nak ikut aku cari harta karun kat Melaka?"

Semua memandang tepat pada Adli.

AKAN DATANG DI WATTPAD ANDA

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rumah No. 6Where stories live. Discover now