14 - Mazlina Beauty Products And Skincare

1.8K 70 8
                                    

Mereka berlima bersila di studio jamming. Eleena mengeluarkan fail serta penemuan yang terbaru.

"Kak, ini sejarah daerah Hulu Langat yang saya jumpa di Internet. Sedikit sebanyak kita boleh tahu sejarah Kampung Perimbun," kata Edry.

"Kampung Perimbun? Perimbun dulu ada kampung ke?" tanya Kamelia.

"Kampung Perimbun adalah tapak untuk Taman Kota Cheras, Taman Megah dan sebahagian dari Cheras Perdana, dengan dahulunya ada tok penghulu yang bernama Tok Perimbun, seorang guru silat," kata Edry sambil menaip pada MacBook Pro miliknya.

Eleena sedang meneliti apa yang dijumpai oleh Edry, sementara Kamelia dan Adli sedang mendengar cerita Dave dari telefon bimbit Eleena.

"Dave pun dah nak kena ke, gila la!" Adli tekun mendengar suara Dave bercerita tentang Diana.

"Aku rasa kita kena pergi jugak la rumah tu, tengok sendiri. Kam dah pernah masuk, aku belum. Eleena, Edry pun belum masuk," Adli mula mahu mengorak langkah.

"Kam, awak masuk tu waktu macam mana?" tanya Eleena.

"Dalam waktu pagi. 9 pagi."

"Kenapa dalam waktu tu?" Eleena mahu kepastian dari Kamelia.

"Sebab kadang-kadang, petang-petang ada kereta parking kat situ. Tapi kereta selalu lain-lain."

"Jadi, ada orang datang di situ lagi?" tanya Edry.

"Entah, last sekali saya datang sana pun tahun lepas," kata Kamelia.

"Rumah tu rumah kosong, atau sengaja dibiarkan macam tu?" Eleena ketuk-ketuk pen di bibirnya.

"Kita kena pergi, kita kena pergi!" kata Adli, bersemangat.

"Nizam, are you on the zone?" tanya Kamelia yang perasan dari awal tak bercakap apa-apa. Kamelia petik-petik jari depan muka Nizam.

"Cinta, awak okay?" Eleena sentuh pipi Nizam. Dari tadi Nizam hanya diam.

"Adli, Kam, Edry, sebentar ya? Saya ada benda nak cakap dengan Nizam, hal peribadi," Eleena bangun, dan menepuk bahu Nizam, dan berjalan ke sofa bahagian cashier.

Nizam duduk.

"Awak, awak ada apa-apa nak cakap?" Eleena pegang tangan Nizam.

"Siapa dalam kereta abah tadi?"

"Cinta, saya rasa awak perlu bercakap dengan abah awak, kalau itu mengganggu fikiran awak."

Eleena cuba menenangkan Nizam, tapi dia masih dalam keadaan yang keliru. Dia genggam tangan Nizam.

"Boleh saya datang rumah awak? Saya berbual dengan makcik Latifah," Eleena cuba meyakinkan Nizam.

"Saya tak nak awak terlibat, macam awak kata, mereka boleh selesaikan masalah mereka sendiri. Ini bukan masalah saya," Nizam mula rasa sebak.

"Cinta, kita akan sama-sama tempuh apa jua masalah kita, kan?"

"Ya."

"Saya jumpa mak awak?" Eleena meminta kebenaran Nizam.

"Saya tak nak keruhkan keadaan," Nizam meletakkan kepalanya pada bahu Eleena. Eleena membelai rambut Nizam, membiarkan Nizam menangis di bahunya.

"Anda, anda okay?" tanya Kamelia yang keluar dari studio.

"Aku rasa kau dah nampak apa benda yang kau tak patut nampak," Adli terus lepaskan apa yang dia terlihat dulu.

"Adli, Kam, kita hold dulu misi kita? Sampai Nizam okay?" tanya Eleena.

Rumah No. 6Where stories live. Discover now