Chanyeol:
Pandai jugak aku, kan. Tak apalah, nanti aku call kau lagi. Nanti pihak atasan marah kau pulak.

Baekhyun:
Yalah, annyeong.

End Call

Chanyeol senyum sendiri, rasa tenang sikit hati bila dapat berbual dengan kawan dia tu. Hilang sikitlah rasa rindu pada dia tu, dia kembali sambung menonton televisyen seperti tadi.

"Boleh gila aku macam ni kalau omma dengan appa aku suruh kahwin dengan mamat kawan Yerin tu. Entah apa apa, semalam boleh tahan panjang jugak bebelan omma aku. Lepas tu malam tu appa aku pulak sambungkan untuk omma aku, tabah je lah hati ni dengar diaorang bebelkan aku macam macam. Macam nak balas pedas pedas tapi nanti berdosa pulak aku" Taeyeon mengadu pada Tiffany apa yang terjadi semalam apabila mereka berjumpa hari ini.

Tiffany tunduk pandang pasir pantai, senyuman yang tertahan tadi terukir apabila dia pandang bawah. Tak tahan nak ketawakan Taeyeon ni, tapi nanti kawan dia ni juga yang merajuk. Susah nak memujuk pula. Terpaksalah simpan rasa nak gelakkan orang ni.

Setelah mampu menahan senyum kembali, Tiffany mengangkat kepala. Taeyeon sedang membuang pandangan jauh ke tengah lautan.

"Jadi lepas kau kena bebel dengan omma appa kau tu, kau setuju ke diaorang nak satukan kau dengan mamat tu?" Tanya Tiffany ingin tahu. Kalau setuju, maknanya apa yang mahu dia bagitahu pada Taeyeon nanti akan terkubur begitu sahaja.

Kepala di geleng. Memang taklah dia nak kahwin dengan lelaki tu, dia lebih rela kena bebel tiga hari tiga malam daripada berkahwin dengan lelaki itu.

"Tak ada masa aku nak kahwin dengan mamat tu, tak kuasa nak berbaik dengan perempuan yang seorang tu" Taeyeon buat muka buruk.

"Dah tu, yang hari tu kau suruh Baekhyun bagi perempuan tu peluang tu kenapa pulak?" Tiffany silang tangan.

"Ha'ahkan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, mungkin aku simpati dekat perempuan tu kut. Tapi seriously aku nampak yang perempuan tu ikhlas cintakan Baekhyun tu" Taeyeon berpeluk tubuh.

"Pelik peliklah kau ni"

"Apa yang pelik"

Tiffany menggelengkan kepala. Dia membuka zip beg tangannya, lalu sesuatu di keluarkan dari beg tersebut. Tersenyum senyum dia memandang Taeyeon yang sudah mengerutkan dahi.

"Kau kenapa?"

"Tiket kau"

Riak Taeyeon sudah berubah ceria, bukan main gembira lagi dia bila tengok tiket pergi ke Malaysia sudah ada di depan mata.

"Gosh. Kita pergi pergi lusa malam?" Taeyeon senyum sambil pandang Tiffany.

"Ya. Takkan kau tak pandai baca pulak kut, kau sendiri pun dah bacakan apa yang dia tulis dekat tiket tu. Lagi mahu tanya?"

"Sekejap. Sekarang hari ke berapa erk?" Tanya angkat kening.

Tiffany angkat bahu. Manalah dia tahu, bukan dia yang perlu cari calon tu semua. Taeyeon je.

Taeyeon masukkan tiket ke dalam beg tangannya lalu mengeluarkan kalendar kecil yang wajib berada di dalam beg sepanjang berjalannya tempoh mencari calon itu.

"Hari ni hari ke dua puluh, jadinya lusa malam kita bertolak dah masuk hari ke dua puluh dua hari. Sampai mesti dah masuk hari ke dua puluh tiga. Tak lama dah aku akan dapat tahu tentang idea gila kau tu. Wah! Tak sabar rasanya" Taeyeon menggoyang goyangkan bahu Tiffany. Sudahlah badan Tiffany tu tak sebesar mana, terhuyung hayang jadinya.

[✔] 나는 네가 필요해 I Need YouNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ