AxM 16

9.2K 229 5
                                    

adelXmashah 16

¤¤¤

            MASHAH termenung jauh, apa yang jadi sebulan lepas masih segar dalam mindanya. Akhirnya dia terpaksa melepaskan Nadeera dari hidupnya demi sebuah amanah yang dia pegang sehingga kini.

Selepas berpisah dengan Nadeera hidupnya bagai hidup segan mati tak mahu. Lemah dan lesu saja. Membiarkan saja Adel dengan kerenahnya. Tak larat dia nak menghalang kedegilan Adel. Seringkali wanita itu menaikan darahnya. Hanya Adelan yang tahu apa yang terjadi padanya.

Bunyi bingit dari phone menghentikan khayalan Mashah. Dia melekapkan phone ditelinga.

''Assalamualaikum, siapa?''

''Weh aku lah, tak save number ke?'' Bunyi suara disana seakan sentap.

Mashah menarik phone dari telinga seketika. Dia menepuk dahi. Aih tulah khayal lagi.

''Sorry bro, aku main angkat je tadi. Apahal?''

Suara disana mengeluh. ''Dah, dah lah tu. Dia pun jauh dah ke kota perancis sana tu hah.'' Dia kesian dengan temanya itu. Keadaan yang menyebabkan dia melepaskan cinta hatinya itu.

''Entah lah weh aku rasa kosong sangat sekarang ni.'' Adunya lemah.

''Jangan macam tu, kau ada bini fokus kau kat bini kau je sekarang ni.'' Dia memberi peringatan pada Mashah.

Mashah mengeluh. Berbicara mengenai Adel buat dia bertambah lemah. ''Hah apahal kau call aku ni?'' Cuba menukar topik.

''Aah lupa pula. Aku nak bagitahu kau, siasatan kita hampir ke penghujung. Tapi bukti pertuduhan belum cukup. Kau bagi aku masa sikit lagi ye.''

Tubuh Mashah menengak semula. Lega sedikit hatinya bila mendengarkan berita itu. ''Aku harap apa yang kita syak itu betul.''

''Insha Allah, semoga Allah bagi jalan pada kita.'' Kata suara dihujung sana. Mashah mengangguk setuju. ''Aminn..''


''Adel kenapa tak panggil Mashah turun makan sekali.''

Adel yang baru nak duduk menoleh mamanya. ''Ala pandai-pandai lah dia ma nak turun cari makan sendiri.'' Malas betul nak ambil tahu tentang lelaki itu.

''Adel! Kenapa cakap macam tu? Pergi panggil suami kamu turun!'' Tinggi suara tan sri Borheman menegur anaknya. Dah jadi isteri orang pun tak berubah lagi.

Adel mendengus. ''Menyusahkan betul!'' Serentak itu kakinya melangkah keatas semula.

Puan sri Ameena menggeleng. Bila agaknya Adelina nak berubah. ''Pa, mama tengok Mashah tu lain je dua menjak ni. Lemah semacam je.''

Tan sri Borheman memandang isterinya. Dia pun marasakan hal yang sama sebenarnya. Nak ditanya pada Adel sah-sah lah budak tu tak ambik tahu langsung pasal suaminya. ''Ntah lah, mungkin dia banyak kerja kot.''

Adelan yang mendengar hanya diam tak menjawab. Dalam diam dia turut rasa bersalah pada Mashah. Tapi tindakannya hanya sebagai seorang abang nak protect adiknya dari ditipu.

Adel masih lagi dalam mood membebelnya bila dipaksa buat sesuatu yang dia tak suka. Pintu bilik ditolak kasar, dilihat Mashah tekun dimeja kerja langsung tak berkutik mendengar pintu bilik dibuka dengan kasar.

Adel menyilang tangan ke dada. Dia menghampiri Mashah. ''Eh you ingat semua orang kat bawah nak tunggu you ke? Cepat turun makan!''

Mashah menoleh Adel sekilas saja. Tak tahu cara apa lagi dia nak pakai untuk ajar perempuan ni bercakap dengan sopan. ''Macam tu ke cara you ajak suami you turun makan?'' Soalnya tanpa menoleh.

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now