AxM 3

11K 256 12
                                    

adelXmashah 3

¤¤¤

SELEPAS selesai majlis tahlil arwah atuk, kami sekeluarga berkumpul di meja ruang tamu. Adel memandang muka papa, mama dan abang sulungnya.

''Papa nak discus apa? Kenapa semua senyap pula?'' Soal Adel yang mula penasaran. Kata ada nak bincang tapi semua senyap.

''Kejap kita tunggu seseorang.'' Kata papanya sekilas menoleh ke ruang dapur.

Kening Adel berkerut. Pelik. Tunggu siapa? Setahunya semua tetamu dah balik. Tak kan tunggu orang gaji kot?

''Mashah!'' Tan sri Borheman memanggil nama seseorang membuat dahi Adel semakin berkerut. Setahu dia nama orang gajinya mak pah dengan kak ica, tukang kebun dia nama pakcik shuib mana ada nama orang mashah dalam rumah ni?

Kening yang bercantum terlerai bila figura lelaki yang dia kenal melangkah arah mereka dari ruang dapur. Kenapa dia tak perasan lelaki ini tadi? Oh lupa dari tadi dia hanya terperap di dalam bilik sehingga majlis selesai.

Adel pantas berdiri dari duduknya. Terperanjat. ''You? What are you doing here?!'' Soalnya kasar. Jangan cakap lelaki ni mengekorinya sampai ke rumah.

Tanpa membalas pertanyaannya lelaki itu dengan selamba duduk di sebelah papa Adel. Buat Adel menyeringai geram. Ntah dari mana-mana lelaki itu berjaya membuat hatinya panas.

''Pa siapa dia ni?!''

''Adel please sit down,'' Tegur mamanya. Menggeleng saja melihat perangai Adel. Depan tetamu pun nak di tunjuk perangai tak betul dia tu.

Adel mendengus dan punggungnya di hempas kasar ke kerusi semula. Sakit yang terasa dia tahan. Bodoh betul, pergi duduk macam tu kenapa? Marah Adel dalam hati. Di sebabkan lelaki di hadapannya, bontotnya yang jadi mangsa. Haih

Tangan di bawa memeluk tubuh. ''So apa yang papa nak discus?''

''Woi pendek, kau boleh sabar tak yang kau nak desak papa dari tadi tu kenapa?'' Rungut Adelan. Memang dia tak berkenang dengan perangai Adelina yang baginya terlalu mengada.

Adelina dan Adelan pasangan kembar yang lain jantina. Walaupun kembar mereka tak pernah sebulu dan rapat. Di tambah dengan kepala batu Adel yang tak pernah nak mengalah lagi membuat jarak antara mereka.

''Just shut up, i'm not talking to you loser!'' Tungkas Adel kembali pada abang kembarnya.

Adelan terngangga mulut ingin membalas namun mulutnya terkunci terus bila di tegur papanya.

''Both of you boleh diam tak?!''

Adelina menjelir lidah pada Adelan dan Adelan menjeling tajam adiknya sebelum pandangan di larikan ke tempat lain.

''Macam ni, before that Adel papa nak introduce you ini Masha. Andra Mashah,'' Serentak semua mata memandang ke arah Mashah di sebelah Tan sri Borheman.

''We have seen each other before,'' Kata Adel selamba membuat papa dan mamanya terngangga. Adelan hanya memandang sinis.

''Oh really? So papa tak perlu terangkan lah. You told her already Mashah?''

Mashah menggeleng. ''We just meet, but she doesn't know anything uncle.''

Tercenggang Adel memandang lelaki di hadapanya. Bongok! Sesuka hati kau je cakap aku tak tahu apa-apa. Bentak hati Adel bengang.

''Papa! On this earth I don't know who is he and where he came from but one thing for sure I doesn't like the way he talk.'' Luah Adel rasa tak puas hatinya. Ikutkan hati nak aje di hempuk lelaki di hadapannya ini dengan kerusi.

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now