riuh rendah

1.9K 121 0
                                    

Jongkook terus menerpa kearah Hyunwoo. Hyunwoo cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana Jongkook sedang memeluknya erat. Dengan sekuat hati Jongkook menarik Hyunwoo turun dari atas koridor.

Setelah jongkook membaringkan Hyunwoo kebawah, Nickhun, Ken, N dan  Kyuhyun terus memengang Hyunwoo yang sedang 'memberontak'.

"lepaskan aku!!!" jerit Hyunwoo dengan suara yang garau. Matanya juga dijengilkan dengan besar sekali. N yang melihat biji mata Hyunwoo terus rebah secara tiba-tiba.

Mereka yang lain sudah panik.

"N-ah!!"

Tiba-tiba N duduk lalu tergelak seorang diri. Cara N gelak juga amat menakutkan.

"Kena sampuk pulak dah...."

Taemin, Kai dan Sehun berpeluk sesama sendiri. Apabila suasana kedengaran sunyi sepi, mereka bertiga perlahan-lahan mendongakkan kepala.

Sehun merenung keatas pokok mangga tadi dan 'benda' itu sudah tidak kelihatan lagi.

Mereka bertiga menghela nafas lega lalu tersenyum. Baru mereka hendak bangun, Taemin menundingkan jari kehujung lorong belakang asrama.

ada 'benda' sedang merangkak secara songsang kearah mereka!

"ARGHH!!" apa lagi, pecutlah ketiga-tiga insan itu. Mereka terus berlari dengan sangat laju, menuju kearah anak tangga.

Youngjae, Hongbin dan Jonghyun yang sedang menaiki anak tangga terkejut melihat Taemin,Kai dan Sehun berlari naik keatas. Tiba-tiba mereka bertiga menyerbu kearah Youngjae, Hongbin dan Jonghyun.

" kenapa ni?"

" Huh, benda tu!" tercunggap-cunggap Kai bernafas. Jonghyun menggosok-gosok belakang Kai perlahan.

"HARGHH!!"

Tiba-tiba kedengaran seseorang menjerit ditingkat 3.

"tu bukan Hyunwoo ke?" teka Hongbin. Terus mereka berenam berlari pecut menaiki anak tangga.

Asrama BerpuakaWhere stories live. Discover now