sekarang macam mana?

1.9K 125 0
                                    

Ravi bersiul-siul masuk kedalam biliknya dengan Sehun dan Daehyun. Mereka bertiga terus menerpa kearah katil masing-masing.

Apabila melalui meja Key,tiba-tiba Ravi terasa sakit dibawah tapak kakinya. "Ouchh!!" cepat-cepat Ravi memegang kaki kanannya manakala kaki kirinya digunakan untuk melompat kearah katil Luhan,katil yang paling hampir dengannya. Semua member terus menghampiri Ravi.

"Kaca!" para member terkejut melihat tapak kaki Ravi yang berdarah. Terus Sehun berlari kearah bilik Onew.

"Onew hyung! kaki Ravi terkena kaca!" jerit Sehun cemas lalu terus berlari masuk kedalam biliknya semula.

Daehyun terus memeriksa disekeliling bilik dan "gelas kaca ke ni?" Daehyun menundukkan tubuhnya lalu mengutip serpihan kaca yang bertaburan di bawah meja belajarnya.

Daehyun terus bangun dari duduknya apabila tiba-tiba pintu bilik terkuak dan muncul Sehun dan Onew dibelakang.

Cepat-cepat Onew membuka peti pertolongan cemasnya lalu cepat-cepat merawat luka di tapak kaki Ravi.

" Yah Ravi-ah, hyung rasa baik pergi klinik sebab luka ni dalam..."

Ravi mengangkat wajahnya lalu memandang wajah Onew yang sedang membalut lukanya.

Tiba-tiba suasana bilik bertambah riuh apabila N dan Ken meluru masuk kedalam bilik.

"Ravi-ah,kau ok ke tak ni?" mereka berdua terus menerpa kearah Ravi.

Selepas siap membalut luka Ravi,Onew berjalan masuk kedalam tandas bilik 1 tingkat 1 itu. Pili air dibuka lalu Onew terus membasuh tangannya.

"Haa...hhhh...." nyaring sungguh bunyi itu. Bunyi betul-betul dekat ditelinga Onew. Onew diam.

Onew menutup pili air lalu terus membuka setiap pintu shower yang terkatup.

Apabila Onew membuka pintu shower yang terakhir, Onew membeliakkan biji matanya. terus Onew menerpa masuk kedalam shower itu.

Key terduduk didalam shower itu!

"kenapa ni?" Onew berasa sangat cemas melihat keadaan Key sekarang ni.

Asrama Berpuakaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें