BAB 3 : HANYA ITU PINTAKU

Start from the beginning
                                    

Aulia mencemik. “Macamlah kat sini tak masak sendiri.”

Eiman tergelak kecil. “I tahu.”

“Nasib baik you tak ajak Eid… I mean, Benji sekali,” ujar Aulia tanpa berkias. Dia mahu meluangkan masa bersama Eiman tanpa gangguan sesiapa pun. Termasuk Benjamin.

“I memang ada ajak dia tadi tapi dia menolak. Lagipun, dia nak gantikan shift malam ni.”

Aulia mengangguk lega. “Jomlah masuk. Perut I dah merengek minta isi. Sebab habis aje shooting BIT tadi, I terus balik rumah.”

Ketika mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu, Eiman menyambung bicaranya. “You tak makan banyak ke waktu shooting BIT tu?”

Perlahan kepala Aulia menggeleng. “I makan tapi tak banyak. Risau terlebih kenyang. You kan tahu, untuk satu episod tu, kita orang kena cuba tiga café. Macam yang I buat kat café you dulu. Dishes yang paling laku, tulah yang kami rasa.”

“Patutlah badan maintain.”

Mengherot bibir Aulia. Kata-kata Eiman itu seperti memperlinya. “Alah… orang tu pun sama aje. Jaga badan.”

“I pernah obese dulu. Daddy masak sedap sangat sampai I makan pun tak terkawal. Tapi I tengok, Benji elok aje. Makan banyak mana pun, badan dia macam tu juga. Untung sangat jadi dia. Kalau I tak kawal cara I makan, mungkin I akan jadi macam dulu. Sebab tu I kena jaga badan. Selain nak jadi macam orang lain, I nak jaga kesihatan juga. Sekurang-kurangnya.”

Ketika punggung mencecah kerusi dan badan bersandar santai, sepasang mata Aulia memandang wajah Eiman dengan kening yang berkerut.

“What?” soal Eiman setelah dia memesan Super TomYam Soup untuk mereka.

“You selalu bandingkan diri you dengan Benji, why Eiman? You’re just fine the way you are. Nothing less.”

“I don’t know. Mungkin sebab, he always gets what he wants.”

“Maksud you?”

“In many aspects… he always gets what he wants. I look up to him.” Ulang Eiman lagi.

Perjalanan hidup Benjamin, sangat teratur. Apa yang si abang cita-citakan, pasti tercapai. Manakala dia pula, terlalu banyak cabarannya. Atau mungkin, hanya dia yang merasa sebegitu?

“Tapi dia tetap tak ada girlfriend. Itu kekurangan dia. He may look perfect in many ways, tapi dia tak pandai nak handle perempuan. Tak tahu nak jaga hati orang lain.” Aulia cuba sedaya upaya mencari kekurangan Benjamin. Baginya, latar belakang sempurna tak menjamin sifat seseorang itu juga sempurna.

“Dulu dia pernah bercinta tapi putus dua atau tiga tahun lepas tak silap I. Perempuan tu tinggalkan dia sebab lelaki lain.”

“See! So, dia macam mana waktu tu? Frust tak?”

Eiman geleng kepala. “Biasa aje. Dia bagitahu yang dia dah putus dan dia buat kerja macam biasa.”

“Kadang-kadang I rasa, abang you tu macam tak ada perasaan,” luah Aulia jujur.

Eiman hanya tersenyum nipis. Mungkin Benjamin buat begitu, supaya hati yang terluka dulu, tak dilukai lagi. Mustahil si abang tak merasa sedih ditinggalkan begitu saja. Lagi-lagi disebabkan lelaki lain.

“Ah, dah-dah! Stop cakap pasal dia. I lapar,” sambung Aulia lagi saat terasa perutnya berbunyi.

Eiman yang melihat gelagat Aulia itu menggeleng-gelengkan kepala seraya ketawa kecil. “Pergilah ambil apa yang you nak. I tunggu kat sini.”

Tanpa berlengah, Aulia bergerak menuju ke ruang yang menempatkan pelbagai bahan mentah itu. Satu per satu dicuba. Apabila melihat meja mereka hampir penuh dengan bermacam-macam hidangan mentah, langkah Aulia terhenti.

Hanya Itu PintakuWhere stories live. Discover now