BAB 1 : HANYA ITU PINTAKU

2.7K 123 19
                                                  

BAB 1

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

BAB 1

Brews & Bites Café, Bukit Damansara

Aulia Delisya menolak pintu Brews & Bites Café dan mata terus terpandang Eiman yang duduk bersandar dengan mata tertutup. Mungkin lelaki itu letih. Dia tersenyum seraya melangkah mendekati.

“Penat ya?” soalnya setelah duduk di hadapan Eiman.

Perlahan-lahan kelopak mata Eiman terbuka. Tika mata menangkap seraut wajah Aulia, secara tak langsung, bibirnya tersenyum.

“Hari ni ramai yang datang café.” Seloroh Aiman, sambil memicit pelipisnya.

“Biasalah… tengah gaji, kan?”

Eiman mengangguk lemah.

“You dah makan?”

Aulia menggeleng kepala perlahan. Terus Eiman bangkit berdiri pabila melihat Aulia menggeleng sebegitu.

 “You nak makan apa? I will cook for you.”

Laju tangan Aulia mencapai lengan Eiman. Cuba menegah lelaki yang sah-sah kepenatan itu.

“Tak apalah. You rehat. Atau kita makan kat tempat lain?” Aulia menolak lembut. Dia kasihan melihat Eiman yang tampak sangat penat.

“Kat sini tak sedap ya? Atau I masak yang tak sedap?”

“Hish… bukan tak sedaplah!” Lengan lelaki itu ditampar lembut. Dia tahu Eiman sengaja mengusiknya sebegitu. Makanan yang ada di Brews & Bites Café itu memang sedap-sedap belaka. Cuma dia tak nak susahkan Eiman. Dia tahu waktu Eiman bekerja sudah pun tamat. Diganti pula dengan Chef Aidit yang merangkap kawan baik Eiman sendiri.

“Just tell me, you nak makan apa? I boleh masakkan untuk you even masakan tu tak ada dalam menu.”

“Kata tadi penat?”

“I tak kata pun yang I penat,” jawab Eiman.

Aulia gigit bibir. Kadang dia malu nak datang ke café lelaki itu. Setiap kali ke situ, Eiman akan dahulukan dia dari yang lain. Sudahlah setiap kali makan di situ, dia menikmatinya secara percuma.

“Yang simple-simple aje. You tahukan taste I macam mana?” Akhirnya dia jawab juga pertanyaan Eiman tadi.

“Rice, noodles or pasta?”

“Fine. If you insists.”

“I insist, sayang. Cakaplah,” tanya Eiman lagi, benar-benar bersungguh.

Aulia mengeluh. Kalau dah macam tu...

“Rice,” jawab Aulia dengan rasa serba salah sedikit. Dia tahu café Eiman itu lebih ke arah sajian masakan Barat berbanding kampung. Tekaknya memang tekak kampung. Masakan Barat hanyalah pilihan kedua.

“Minum?”

“Mineral water pun dah cukup.”

“Tak nak Hazelnut Macchiato?”

Hanya Itu PintakuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang