BAB 3 : HANYA ITU PINTAKU

1.1K 27 0
                                                  

BAB 3

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

BAB 3

Lama Aulia memandang mesej yang dititipkan oleh Eiman itu. Lelaki itu memberitahunya, tiket penerbangan ke Auckland sudahpun dibeli. Dan seperti yang Eiman katakan semalam, hujung minggu ini, lelaki itu dan Benjamin akan terbang ke Auckland.

Dua bulan tanpa bersua muka, merupakan perkara baru baginya. Selama mereka kenal, hampir setiap hari mereka berjumpa. Kadang-kadang, tanpa dijemput Eiman pun, dia sendiri datang ke Brews & Bites Café. Mungkin kerana itu, dia berat hati hendak melepaskan Eiman pergi.

Namun begitu, mesej Eiman segera dibalas.

Okay, good. Habis shooting Brews in Town ni, kita jumpa okey? Atau habis you kerja nanti? Your choice – Aulia

Tak sampai dua minit, WhatsAppnya kembali berbunyi.

Kali ni shooting kat Kali mana? I lupa you ada shooting BIT hari ni – Eiman

Dekat aje. Putrajaya – Aulia

Fuh! Ingatkan jauh tadi. Okay. Take care, sayang. Kita jumpa lepas I habis kerjalah. See you later – Eiman

Sebaik saja dia memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan, salah seorang krew memanggil namanya.

“Ya?”

“Dah ready?”

Aulia mengangguk. “Dah!”

Sebelum dia kembali memulakan penggambaran, wajahnya sempat ditata rias. Bibir cuba diukir dengan senyuman agar hatinya yang resah itu tidak kelihatan terpancar di wajahnya.

 ~~~

SEPERTI YANG dijanjikan, mereka berjumpa di One Utama. Tersenyum-senyum lelaki itu menantinya di hadapan Seoul Garden. Dia menyambut mesra senyuman Eiman itu. Memandangkan minggu ini, minggu terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu.

“Demam apa ajak I makan kat tempat lain?” soal Aulia setelah berdiri di hadapan Eiman.

“I tahu you dah muak makan kat Brews & Bites Café.”

Lengan lelaki itu ditampar lembut. “Even I selalu makan kat sana, tapi you masak menu yang berbeza untuk I. Tak kanlah I muak makan kat situ?”

Eiman mengukir senyuman nipis. Jemari Aulia dicapai lalu disulam dengan jemarinya. “Tak adalah. I terliur nak makan kat sini. Nak buat sendiri, malas.”

“Sejak bila you malas dalam bab-bab nak masak ni?”

“Sejak hari ni kut. Saja… nak makan masakan orang lain pula.”

Hanya Itu PintakuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang