"Taknak tanya dah? " cikgu memandang seisi kelas.

"Bila kita nak start belajar?" tudia,  bila Aqil melontarkan soalan,  ter'dush' semua orang termasuk cikgu.

"Aaa...  Nak start lah ni" cikgu terus bangun dan membuka bukunya.

Pembelajaran dimulakan.

Loceng rehat berbunyi.

Ema dan Amy membuat rutin harian mereka. Turun kantin untuk jenguk makanan,  kalau makanan tak best maka mereka pun akan cari mangsa buli.  Kalau mak cik kantin tahu,  setiap hari mesti masak sedap2.

Uish,  ada bihun sup lah!  Sedap2...

Setelah membeli,  kelihatan ada seseorang telah mengambil tempat mereka. Okay,  jom tengok siapa yang berani itu.

Ema dan Amy pergi menuju ke lelaki tersebut. Terkejut mereka.

"Hai.. " Ema menegur lelaki tersebut.
"Takde kawan ke? " Amy bertanya.

Lelaki itu mendongakkan kepalanya.  Alangkah terkejut lelaki itu. Inilah kembar yang dimarahinya ketika di kampung atoknya.

"Er... Aku budak baru lah. " lelaki itu seperti mahu bangun,  tapi dihalang oleh Ema dan Amy.

"Duduk je lah. Kitorang puntakde kawan. " Entah kenapa,  Ema dan Amy seperti tidak menyedari permusuhan yang telah wujud tahun lepas.

"Hmm.. " lelaki itu menyambung makannya.

"Kau Raykal Irfan kan? " lelaki itu mengangguk.

"Kau tingkatan? "

"3"

Tanya sepatah,  jawab sepatah.

Takut ke segan?

"Hai bang Raykal,  nah baki duit tadi " hadir pulak si Fatih lalu DUDUKlah dia dengan senang hatinya.

"Ha, inilah kawan saya. " Raykal memeluk bahu Fatih.

Kehadiran Fatih menerbangkan mood mereka untuk mengorek cerita dari Raykal. Nyampah sia!

"Oh ye ke? Okaylah..  Kitorang pergi dululah... " mereka pun bangun meninggalkan  dua jejaka di situ.

"Eh,  pehal tu? " Raykal seakan bersalah. Kembar tu baik je,  kenapalah aku marah diorang kat kampung dulu...

"Diorang tu memang macam tu. Benci sangat kat saya. Entahlah kenapa."

"Sebab kau form 2 kut. Takut jatuh cinta? " Raykal mengusik.

"Taklah. Diorang benci sebab pengawas. " Fatih menjawab soalannya.

"Baik kau tak yah tanya kalau kau yang jawab sendiri" Raykal menyambung suapannya.

"Hehehe.. " Fatih kemudian memerhati muka Raykal. Biasa je,  apesal dua ekor tu macam suka je kat abang Raykal ?  Dahlah budak baru...

"Apsal usha macam tu? "

"Takdee pape" Fatih termalu sendiri.

"Abang tahu,  muka abang macam diorang kan?  Sebab tu kau gila bayang. Hahaha" tersentap tangkai hati Fatih.

Mungkin kata2 Raykal itu gurauan,  tapi baginya,  muka diorang memang macam nak sama.

'Alah,  kebetulan je,  macam muka aku dengan Aiman budak kelas 2Success tu.  Nak seiras macam kembar'

🎅🎅🎅🎅

Satu sekolah gempar bila penjenayah yang membuat vandalisme ke atas cikgu Daniel telah dijumpai iaitu Ema dan Amy. Okay,  sebenarnya tak terkejut pun.. Dah lali.

Mereka berdiri di atas pentas. Di hadapan umum. Ya,  dihadapan semua pelajar dan semua guru dan semua peminat mereka (haha perasan)  ...

"Kenapa awak buat macam tu kat cikgu Daniel? " tanya cikgu Khairyl. Nasib baik ketua cikgu disiplin ini jenis menyiasat sebelum menghukum.

Ema kemudian mengambil mikrofon dan menceritakan cerita dari A hingga ke Z namun nama Firdaus tak disebut kerana dendam mereka dah terbalas.

Cikgu Khairyl mengangguk seperti memahami.

"Akhyar Fatimah dan Akhyar Amirah.  Nama awak berdua penuh dengan makna yang baik. Kenapa awak tak jadi sebaik nama awak berdua.? " cikgu Khairyl nak buat forum kat perhimpunan ke? 

"Kami memang dah cuba untuk jadi sebaik nama kami tapi tak ada yang memahami kami macam atok dan nenek... " Ema bercakap dengan suara yang mendatar.

"tak ada yang beri peluang dan semua orang selalu pandang serong.  Buat apa kami nak berubah kalau dah dicop? Kalau berubah,  takde effect pun" Amy menyambung sambil suaranya agak terketar sebab rasa ingin menjerit.

"Jangan cakap yang kami kurang kasih sayang ibu bapa menyebabkan kami jadi macam ni. Ibu bapa kitorang tak salah. " Ema teringat akan ayat Pian Botak yang memarahi mereka di kampung dahulu.

"Cukuplah atok dan nenek dah didik kitorang. Kalau guru2 dah tak suka kitorang,  takpe. Kitorang tak benci pun,  kita tak paksa,  kita tak nak ilmu yang tak de keberkatan. Cikgu Daniel,  kami minta maaf. Kalau cikgu tak marah kitorang,  kitorang tak buat. Betul tak Firdaus? " Amy memandang ke arah Firdaus yang menunduk.

"Assalamualaikum. " mereka turun dari pentas atas arahan cikgu Khairyl. Cikgu Khairyl mengambil keputusan untuk tidak mengikut arahan cikgu Daniel untuk mendenda mereka di atas pentas. Bagi cikgu Khairyl,  cikgu Daniel adalah punca kepada masalah ini. Sudah2lah kembar ini dimalukan seperti sebelum ini.

Kelihatan orang2 yang betul mendalami dan menghayati kata2 Ema dan Amy memang akan berasa sayu hati.

Begitu juga Raykal. Dia berasa amat kasihan terhadap kembar itu.

😥😥😥

Vote

Comment

Keep reading!!

Twins Fighter!  [C]Where stories live. Discover now